Oleh pada 04 Aug 2021 kategori

Sepanjang sejarah, ramai atlet yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan prestasi mereka di padang dan juga trek.

Sesetengah orang Yunani kuno menggunakan buah ara, ada yang menggunakan cendawan dan orang Mesir kuno percaya bahawa kuku keldai dapat meningkatkan kehebatan atletik mereka.

Pada tahun 1807, atlet jalan kaki Britain mengambil laudanum (larutan alkohol yang mengandungi morfin) untuk terus berjaga sepanjang pertandingan berlangsung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih dahsyat, seorang pelari maraton Olimpik tahun 1904 meminum campuran strychnine (alkaloid kristal digunakan sebagai racun perosak), telur mentah, dan brandy dan memenangi perlumbaannya.

atlet sukan menggunakan dadah untuk lebih kuat 2

Dan pada tahun 1930-an, sebuah kelab bola sepak Inggeris berbangga dengan memberikan ekstrak kelenjar monyet kepada para pemainnya.

Namun dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penggunaan bahan-bahan terlarang seperti steroid danhormon pertumbuhan manusia (HGH) agak berleluasa bagi meningkatkan prestasi.

iluminasi.com kongsikan 6 skandal doping yang mengubah dunia sukan selamanya.

1. Atlet berbasikal Tom Simpson meninggal dunia selepas Tour de France

tom simpson mati akibat dehidrasi

Atlet berbasikal Britain Tom Simpson meninggal dunia semasa Tour de France pada 13 Julai 1967, ketika melalui Mont Ventoux pada hari yang sangat panas.

Punca kematian Simpson disenaraikan sebagai serangan jantung kerana dehidrasi.

Walau bagaimanapun, ditemui tiub amfetamin pada jersinya dan hasil autopsi mendapati tedapat kesan amfetamin.

Laporan rasmi menyatakan bahawa dadah yang diambil oleh Simpson mendorong dirinya untuk bekerja dengan lebih keras dan sampai ke tahap dehidrasi.

Kematiannya menyebabkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa melarang penggunaan dadah peningkatan prestasi dalam berbasikal.

2. Kerajaan Jerman Timur paksa atletnya guna steroid

atlet jerman timur dipaksa mengambil dadah

Pada tahun 1970-an dan 80-an, pemerintah Jerman Timur memutuskan untuk memberi dadah peningkat prestasi terutamanya steroid, dengan kepercayaan bahawa kemenangan sukan akan menunjukkan keunggulan komunisme.

Para atlet Jerman menyedari bahawa badan mereka mengalami perubahan, namun tidak mempunyai banyak pilihan selain mengikuti sistem auritarian Jerman Timur.

Malah, sesetengah perenang Jerman Timur berkata kepada satu sama lain, "Kita makan pil, atau kita mati".

Pada Sukan Olimpik 1976 di Montreal, pasukan renang wanita Jerman Timur memenangi 11 pingat emas daripada 13 pingat yang dipertandingkan, menyumbang kepada keseluruhan 40 pingat emas.

Pesaing dan pemerhati mengesyaki Jerman Timur mengambil steroid, tetapi sumber negara digunakan untuk meneruskan dan menutup program doping mereka.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 9,000 atlet diberi ubat peningkatan prestasi.

Setelah penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, mereka yang bertanggungjawab dalam program doping ini telah dihadapkan di mahkamah dan didapati bersalah.

Namun ini tidak dapat menghapuskan apa yang dialami atlet yang mana kebanyakannya mengalami masalah kesihatan seumur hidup, termasuklah penyakit jantung, kemandulan dan juga kanser.

3. Bintang trek Ben Johnson positif steroid

ben jonson doping dadah

Ketika bintang trek Kanada Ben Johnson memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter di Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 24 September 1988, dia bukan sahaja telah mencipta rekod dunia baharu tetapi juga mengalahkan saingannya dari Amerika Syarikat, Carl Lewis.

Akan tetapi, Johnson diuji positif stanozolol steroid dan akibatnya, pingat yang dimenanginya terpaksa dipulangkan yang kemudiannya diberikan kepada Lewis.

Johnson menerima pelbagai tawaran bernilai jutaan dolar serta kemahsyuran selepas kemenangannnya itu, namun semuanya hilang sekelip mata selepas didapati positif dadah.

Namun kejatuhan Johnson ini telah membantu membuka mata dunia bahawa doping yang sebelumnya dilihat sebagai masalah Komunis, sebenarnya berlaku melibatkan dunia olahraga di seluruh dunia.

4. Diego Maradona diharamkan dari Piala Dunia

maradona positif dadah 2

Bintang bola sepak Argentina Diego Maradona, yang memimpin pasukannya memenangi Piala Dunia 1986, diuji positif terhadap lima varian efedrin (stimulan) yang berbeza di Piala Dunia 1994.

Walaupun dia digantung selama 15 bulan pada tahun 1991-1992 karena penggunaan kokain, Maradona kembali ke kancah bola sepak dengan badan yang lebih ideal setelah kehilangan hampir 12kg.

Namun setelah diuji positif, Maradona diharamkan daripada mengambil bahagian dalam Piala Dunia.

Kerjayanya sebagai pemain bola sepak masih diteruskan untuk beberapa tahun kemudian tetapi beliau tidak lagi bermain untuk Argentina.

5. Lance Armstrong dilucutkan gelaran Tour de France

lance armstrong dilucutkan gelaran le tour de france kerana doping dadah

Pelumba basikal Amerika, Lance Armstrong memenangi tujuh gelaran Tour de France berturut-turut dari tahun 1999 hingga 2005.

Kemenangannya menjadikan Armstrong tersangat popular dan menerima lebih banyak pujian kerana mencapai semua ini sebagai kanser "survivor".

Walaupun pelbagai soalan berkenaan kemungkinan Armstrong menggunakan dadah peningkatan prestasi, namun tiada tuduhan dilakukan.

Dan pada tahun 2010, Floyd Landis, bekas rakan sepasukan yang pernah terlibat dalam skandal doping, menuduh Armstrong mengambil dadah.

Pada tahun 2012, Agensi Anti-Doping A.S. menuduh Armstrong menggunakan dadah yang dapat meningkatkan prestasi.

Armstrong tidak menentang tuduhan tersebut, yang mengakibatkan kehilangan gelaran Tour de France dan larangan sukan berbasikal.

Agensi itu mengeluarkan laporan pada Oktober 2012 yang menyebut Armstrong adalah sebahagian daripada "program doping yang paling canggih, profesional dan berjaya yang pernah dilihat dalam dunia sukan."

Pada Januari 2013, Armstrong mengaku kepada Oprah Winfrey bahawa dia telah melakukan doping untuk semua kemenangan Tour de France.

6. Rusia diharamkan dari Olimpik 

skandal doping dadah rusia 2

Pada tahun 2016, bekas ketua makmal anti-doping di Moscow mendedahkan bahawa terdapat inisiatif yang dikendalikan oleh kerajaan Rusia untuk memberikan dadah peningkat prestasi kepada atlet Rusia pada Sukan Olimpik 2014 di Sochi, Rusia.

Dia menerangkan tentang penyembunyian yang melibatkan perkhidmatan perisikan mengakses botol "tamper-proof" (tidak boleh diubah) untuk menggantikan air kencing dari atlet Rusia di-doping dengan sampel yang selamat untuk diuji.

Berikutan pendedahan ini, Agensi Anti-Doping Dunia melakukan siasatan dan mendapati bahawa lebih dari 1,000 atlet Rusia terlibat dalam program doping besar-besaran yang ditaja oleh kerajaan antara tahun 2011 dan 2015. 

Dengan itu, Agensi Anti-Doping Dunia mengenakan larangan empat tahun ke atas Rusia daripada menyertai Sukan Olimpik dan kejohanan olahraga.

roc rusia olimpik tokyo 2020

Hukuman ini kemudiannya dikurangkan kepada larangan dua tahun oleh Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan.

Atlet dari Rusia masih dapat mengambil bahagian di Sukan Olimpik 2021 dan 2022, tetapi bukan di bawah bendera Rusia atau dengan lagu kebangsaan mereka.

Oleh sebab ini, anda tidak akan dapat melihat nama Rusia dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung, sebaliknya mereka bertanding di bawah nama "ROC, "atau" Jawatankuasa Olimpik Rusia,

Rujukan:

1. NJ

2. History

3. ESPN




Hakcipta iluminasi.com (2017)