Oleh pada 03 Aug 2021 kategori

Jika dahulu perlumbaan memungut pingat dikuasai negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Jerman, namun melihat China mendominasi perlumbaan ini bukanlah satu perkara yang pelik pada sukan Olimpik hari ini.

Ini jelas menunjukkan bahawa atlet-atlet dari China mempersiapkan diri mereka dengan begitu rapi untuk sukan ini dan hampir sempurna dalam setiap acara yang disertai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sudah tentunya oleh kerana populasi China yang tertinggi di dunia membuatkan mereka memiliki kebarangkalian untuk menghasilkan bakat yang hebat, namun populasi bukanlah penentu kepada pingat di sukan teragung di dunia ini.

Untuk melihat dengan lebih jelas, jadual di bawah menunjukkan bagaimana prestasi di Olimpik sejak tahun 2000.

Tahun & lokasiPingat emasPingat keseluruhanKedudukan
2000 Sydney28583
2004 Athens232632
2008 Beijing511001
2012 London38882
2016 Rio26702
2020 Tokyo (masih berlangsung)32681

Dan untuk Olimpik 2020 di Tokyo, China memperlihatkan aksi yang hampir serupa jika dibandingkan dengan di Beijing 2008.

Sukan Olimpik Beijing adalah satu bukti kepada apa yang ingin dicapai oleh China dalam sukan.

Inilah sebabnya mengapa China menjadi negara pertama sejak 1936 yang memecah monopoli Amerika Syarikat-Rusia di puncak pingat emas Olimpik.

Ia juga bagaimana China memenangi 100 pingat dalam 25 sukan yang berbeza dan cara China meraih emas dalam acara lawan pedang, berenang, berlayar, mendayung, memanah dan perak di hoki padang wanita (hanya dalam Olimpik ketiga).

Rechelle Hawkes, pemenang pingat emas hoki Olimpik tiga kali berkata, "China mempunyai budaya di mana mereka berusaha sangat kuat untuk sampai ke tahap seterusnya."

Daya saing dan bakat yang kompetitif

atlet muda dilatih di china olimpik

Di China, kanak-kanak lebih digorong untuk bermain sukan yang berbeza dan digalakkan oleh ibu bapa mereka untuk menjadikannya sebagai profesion.

Oleh kerana populasi negara ini yang tersangat tinggi, ini membawa kepada persaingan yang tersangat sengit dalam kalangan kanak-kanak di China dan hanya yang terbaik sahaja yang terpilih untuk menjadi juara dunia.

Dan disebabkan Olimpik 2008 diadakan di negara sendiri, jumlah atlet China yang mengambil bahagian adalah sangat ramai iaitu 639 atlet yang mana memainkan peranan yang besar untuk negara ini menduduki kedudukan kedua dalam edisi ini.

Projek 119

atlet china 610

Selepas Olimpik Athens 2004 apabila China menamatkan saingan di kedudukan kedua di belakang Amerika Syarikat dengan 32 pingat emas, wujudnya kesedaran bahawa gergasi sukan dari Timur ini akan melonjak lebih-lebih lagi mereka akan menjadi tuan rumah 4 tahun akan datang.

Namun pegawai-pegawai China menafikan bahawa mereka tidak mempunyai tujuan untuk mengatasi AS dalam pungutan pingat di Olimpik. Sebaliknya, China hanya dikatakan ingin mengetuai "kumpulan kepemimpinan kedua" iaitu bersaing dengan Rusia dan Jerman.

Namun apa yang berlaku di belakang tabir adalah perancangan sistematik oleh China untuk mengenal pasti sukan yang memberikan lebih banyak pingat emas daripada acara tunggal dan untuk menghasilkan program mapan.

bagaimana china hebat dalam sukan olimpik

Projek ini dikenali sebagai Projek 119, projek yang menyasarkan 119 pingat dalam sukan yang mana China tidak cemerlang secara tradisionalnya dalam sukan Olimpik. Ini adalah usaha untuk memaksimumkan jumlah pingat di Beijing 2008.

Namun, China menafikan wujudnya projek seperti ini.

Berbelanja besar untuk pingat emas

lin dan sukan olimpik

Keazaman China dalam perancangan, pembiayaan dan latihan membuktikan bahawa mereka mempunyai keazaman yang lebih tinggi berbanding pesaingnya.

Akan tetapi, perubahan terbesar dalam falsafah sukan China sebenarnya bukanlah Projek 119 tetapi kesanggupan untuk mengupah jurulatih profesional terbaik untuk atlet mereka tidak kira berapa kosnya.

Untuk Olimpik Beijing, China mengambil 38 jurulatih asing, di mana jurulatih hoki wanita mereka dari Korea Selatan, jurulatih lawan pedang dari Perancis, jurulatih besbol dari Amerika Syarikat dan jurulatih mendayung dari Rusia.

Jurulatih mendayung dari Rusia iaitu Igor Grinko yang dibayar RM380,250 setahun (RM31,687.50 sebulan) berkata, "Jurulatih seperti saya membantu mereka memenangi pingat emas, atau kami akan dipecat,".

Ini terbukti benar kerana 44 hari sebelum Olimpik Beijing berlangsung, jurulatih kayak dari Jerman iaitu Josef Capousek dipecat.

Sejak tahun 2001 selepas memenangi hak untuk mengacarakan Olimpik 2008, China meningkatkan perbelanjaan untuk sukan dengan tujuan mengungguli pingat emas di Beijing.

Laporan China Youth Daily menganggarkan bahawa kos bagi mempersiapkan para atlet China untuk Beijing 2008 hampir RM2.475 bilion.

Ini menjadikan China membelanjakan lebih dari RM46.5 juta untuk setiap pingat emas, atau RM24.8 juta untuk setiap pingat di Olimpik Beijing.

Menurut Pentadbiran Umum Sukan, dana untuk menyiapkan atlet berasal dari dua sumber utama setiap tahun iaitu peruntukan bajet RM532 juta dan jumlah yang sama dari Loteri Nasional yang diberikan kepada Jawatankuasa Olimpik Nasional China.

Di Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan memperuntukan RM22.5 juta sebagai persiapan atlet ke temasya Sukan Olimpik Tokyo.

Kegigihan dan kesungguhan tiada tandingan

sekolah sukan di china

Jurulatih bola keranjang wanita dari Australia iaitu Tom Maher berkata bahawa beliau tidak pernah melihat etika dan kesungguhan dari mana-mana atlet seperti yang ditunjukkan oleh atlet China.

Dan ini kemungkinan besar hasil yang diperoleh melalui sistem sekolah sukan bersatu China.

Kanak-kanak yang tidak begitu mempunyai minat dalam bidang akademik dibenarkan mengejar minat lain seperti sukan sejak dari awal usia.

Sehingga kini, terdapat hampir 5,000 sekolah sukan di mana lebih daripada 3,000 buah sekolah sukan dikendalikan oleh kerajaan, 20 program sukan utama dan 200 program di peringkat yang lebih kecil.

china latih atlet sejak kecil

Usaha yang sangat meluas dari sekolah dan program ini telah menghasilkan hampir semua atlet Olimpik China.

Ini adalah rejimen gaya komunis 1950-an, di mana kanak-kanak dibahagikan kepada sukan berdasarkan ciri-ciri fizikal mereka. Kanak-kanak yang lebih kecil menjadi gimnas dan penyelam manakala yang mempunyai fizikal lebih besar mengambil bahagian dalam sukan yang memerlukan kekuatan.

Dan ini bermula seawal usia enam tahun.

Taktik pintar untuk meningkatkan jumlah pingat

sukan olimpik trampolin china

China mempunyai kemampuan taktik dalam memilih sukan yang tepat untuk memaksimumkan peluang mereka untuk memenangi pingat. Mereka sentiasa mengawal selia kekuatan dan kelemahan lawan mereka dalam sukan tertentu serta merancang dengan sewajarnya untuk masa depan.

Sebagai contoh, China pada awalnya tidak begitu hebat dalam selepas Trampolin diperkenalkan pada Olimpik 2000 Sydney.

Tetapi negara itu melihat terdapat kurangnya persaingan lants mempersiapkan atlet mereka untuk meraih pingat emas setelah dua edisi pada tahun 2008 di Beijing dalam acara lelaki dan wanita.

Lu Chunlong memenangi emas dalam kategori individu lelaki dan He Wenna memenangi emas dalam kategori individu wanita pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

Seorang lagi atlet Dong Dong telah memenangi pingat gangsa di Sydney dan kemudiannya merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik London 2012.

Usaha kerajaan sejak dahulu lagi

deng xiaoping

(Deng Xiaoping)

Lonjakan China dalam sukan disebabkan oleh fokus dan usaha yang berterusan sejak dahulu lagi.

Selepas masuk semula ke dalam gerakan Olimpik pada tahun 1984, Perdana Menteri ketika itu, Deng Xiaoping berkata: "Kelihatan seperti kesan dan pengaruh sukan adalah sangat besar sehinggakan ia menggambarkan ekonomi dan peradaban negara. Jadi kita perlu meningkatkan sukan kita,".

Dengan ini, arahan ini dengan pantasnya menjadi polisi rasmi China.

Undang-undang berkaitan sukan pertama di China diluluskan pada tahun 1995 dan menyatakan bahawa aktiviti sukan harus berada di bawah kawalan langsung dewan negara dan atletnya harus dilatih mengenai patriotisme, kolektivisme dan sosialisme.

Ini adalah satu beban yang sangat berat untuk digalas anak muda terutamanya apabila Olimpik bakal diadakan di Beijing. Setiap hari di Beijing, ada gambar dan rakaman atlet China yang menangis dalam kegembiraan atau kesedihan, kekecewaan atau berasa lega.

xian dongmei atlet judo china

(Xian Dongmei, atlet Judo China)

Tekanan dari pihak kerajaan untuk merangkul pingat memberikan kesan kepada atlet muda yang tinggal jauh dari kampung halaman, menghabiskan berjam-jam berlatih dan kurang kebebasan memilih.

Pemenang pingat emas Judo Xian Dongmei hanya dapat bertemu dengan anak perempuannya sekali dalam 15 bulan sebelum temasya berlangsung.

Li Fenglian, doktor untuk pasukan penyelam kebangsaan China, menerbitkan satu kajian yang menyatakan bahawa 26 dari 184 penyelam pasukan kebangsaan China mengalami kerosakan retina.

Pegawai rasmi sukan China memberitahu Sun Haiping, pelatih atlet lari berpagar Liu Xiang, bahawa jika Liu gagal memenangi emas di Beijing, semua pencapaiannya sebelumnya akan menjadi 'tidak bermakna'.

Setelah dipecat, jurulatih kayak dari Jerman Josef Capousek berkata, "Sukan China seperti tentera, dengan hierarki yang besar. Atlet adalah yang paling rendah dalam hierarki."

Rujukan: 




Hakcipta iluminasi.com (2017)