Walaupun kita menderma darah untuk keselamatan dan kesihatan orang lain, tapi adakah anda tahu bahawa menderma darah juga boleh memberi faedah kepada tubuh badan si penderma juga?

#1 Memelihara kesihatan kardiovaskular

Satu tinjauan yang dibuat menunjukkan risiko serangan jantung dan strok dapat dikurangkan apabila seseorang menderma darah. Kajian yang dibuat oleh sepasukan penyelidik bahagian Pentadbiran Perubatan Veteran di Amerika mendapati penderma yang berusia antara 43 hingg 61 tahun mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat sakit jantung atau strok apabila mereka menderma darah setiap 6 bulan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam kajian lain pula yang dibuat oleh John Hopkins University, sebanyak 2,682 sampel dari warga lelaki Finland telah diperiksa dan mendapati sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya sekali dalam setahun mempunyai 88% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

#2 Membakar kalori

Penyelidik dari University of California, San Diego pula menganggarkan seorang penderma akan membakar lebih kurang 650 kalori apabila mereka menderma 1 pain darah. Lagi banyak daripada berlari selama satu jam! Namun ini tidak bermakna anda boleh menggunakan kaedah menderma darah ini sebagai langkah utama untuk menguruskan badan. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang jika anda mahu mengurangkan berat badan.

#3 Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

Pada tahun 2015, sekumpulan pakar penyelidik dari Charite-University of Medicine, Berlin, Germany telah mendapati pendermaan darah secara berkala boleh mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi.

selain dapat pahala tubuh badan anda juga selepas menderma darah

#4 Mengurangkan risiko kanser

Menurut sebuah kajian pada 2008 oleh National Cancer Institute, pendermaan darah boleh mengurangkan bilangan zat besi dalam badan dan seterusnya merendahkan risiko penyakit kanser. Zat besi berlebihan dikatakan meningkatkan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan kanser dan penuaan.

Dalam kajian itu, penyelidik telah mengikuti perkembangan 1,200 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan selama lebih 4 tahun. Kumpulan peserta yang menderma darah sebanyak dua kali setahun didapati mempunyai kadar zat besi yang rendah dalam badan dan ini telah merendahkan risiko penyakit kanser dan kematian.

#5 Meningkatkan tahap kepekaan

Satu tinjauan yang dibuat oleh University of Sweden pula mendapati, majoriti daripada 528 peserta berkata mereka mempunyai reaksi positif selepas menderma darah. Antara reaksi positif yang dinyatakan adalah seperti tahap kepuasan diri, peningkatan tahap kepekaan (alertness) dan rasa badan menjadi lebih sihat berbanding sebelum menderma.

#6 Analisis darah dan nasihat perubatan 'percuma'

Secara umumnya, apabila anda menderma, darah anda akan diuji untuk sebarang jangkitan kuman merbahaya seperti HIV, hepatitis dan syphillis sebelum disimpan. Ujian ini akan dibuat ke atas kesemua darah yang diterima untuk keselamatan penerima darah. Jadi, anda mungkin akan dihubungi pihak hospital untuk rawatan dan konsultasi lanjut sekiranya mereka menemui sebarang keganjilan dalam darah anda.

Jadi apa tunggu lagi, jom derma darah!




Hakcipta iluminasi.com (2017)