Kami ada berita baik buat semua penggemar kopi.

Satu penyelidikan antarabangsa yang melibatkan 10 buah negara mendapati kopi yang anda minum boleh menyumbang kepada jangka hayat yang lebih panjang.

Ini kerana kajian terbesar yang pernah dijalankan ke atas penggunaan kopi itu menyatakan meminum secawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian awal disebabkan apa-apa penyakit dan ia juga secara drastik boleh merendahkan kebarangkalian anda mengalami sebarang masalah penghadaman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut Profesor Sir David Spiegelhalter dari University of Cambridge, hasil kajian secara pro-rata mendapati secawan kopi menambah purata 9 minit 'nyawa' kepada seorang lelaki dan lebih kurang 3 minit kepada wanita.

minum kopi boleh panjangkan usia

Jika anda meminum secawan kopi setiap hari, anda mungkin boleh memanjangkan jangka hayat anda selama 3 bulan bagi lelaki manakala bagi wanita pula, jangka hayat anda boleh diperpanjang selama sebulan.

Kajian yang dijalankan selama 16 tahun itu menyatakan mereka yang minum sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari adalah 12% kurang berisiko untuk mati berbanding mereka yang tidak minum kopi langsung.

Dr. Veronica Setiawan dari University of Southern Carolina pula menegaskan bahawa kopi mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan sebatian fenol yang memainkan peranan penting dalam membanteras kanser.

minum kopi senyum panjangkan nyawa

Walaupun kajian ini tidak membuktikan penyebab utama atau menunjukkan bahan kimia mana satukah yang memberi kesan eliksir itu, namun kita dapat tahu dengan jelas bahawa kopi amat bagus dijadikan sebahagian daripada diet harian dengan gaya hidup yang sihat.

Tapi minum biarlah berpada-pada. Janganlah sehingga tidak boleh tidur malam pula.

Rujukan:

1.Annals of Internal Medicine

2.Telegraph UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)