#1 Orang badan besar je boleh derma darah sebab darah diorang banyak. Orang kurus tak boleh derma darah, nanti pengsan.

Badan kurus atau badan besar tidak menjanjikan kuantiti dan kualiti darah dalam badan anda. Saiz badan yang besar bukan bermakna mereka mempunyai bekalan darah yang lebih banyak. Sama je kuantiti darah orang dewasa. Selain itu, orang yang mengalami kegemukan mungkin juga mempunyai pelbagai penyakit lain. Asalkan berat badan anda melebihi 45kg, anda boleh menderma, ok?

BESARKAN TEKS     A-  A+

#2 Derma darah ni sakit.

Jika sakit seperti tercucuk jarum atau digigit semut pun anda kata sakit, maka sakitlah ia. Masa nak mula cucuk tu saja yang rasa sakit. Bila dah mula ambil darah, tak rasa apa-apa pun. Selepas menderma, rasa sengal-sengal di bahagian cucukan jarum pula boleh menjadi tanda ingatan bahawa anda telah berjaya melakukan kebaikan.

#3 Nanti habislah darah saya.

Hanya 350 - 450ml sahaja darah yang akan diambil dalam satu sesi. Tubuh badan manusia masih mempunyai bekalan darah yang cukup iaitu lebih kurang 5 liter walaupun selepas menderma darah. Lagipun selesai sahaja menderma, badan anda akan mula proses menghasilkan sel darah yang baru. Tak luak pun darah anda, jangan risau.

derma darah

#4 Lepas derma darah tak boleh bersukan.

Menderma darah tidak mengganggu kegiatan sukan atau aktiviti fizikal anda. Anda cuma dinasihatkan untuk tidak mengangkat berat atau membuat senaman yang terlalu berat pada hari yang sama selepas menderma. Namun, anda boleh teruskan aktiviti seperti biasa pada keesokan harinya.

#5 Kesihatan boleh terjejas kalau menderma darah.

Sebenarnya badan anda akan menghasilkan sel-sel baru lebih cepat daripada anda sangkakan. Kalau anda sihat tubuh badan semasa menderma, secara umumnya anda pulih seperti sediakala dalam sehari dua sahaja. 

#6 Mesti ada kilang kat China yang boleh buat darah.

Darah ialah sesuatu yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia atau mana-mana teknologi. Ia hanya boleh diambil daripada tubuh badan manusia yang sihat sahaja.

vip pun derma darah anda bila lagi 724

#7 Saya tak boleh derma darah sebab saya ni mixed blood, mixture, mixed a lots.

Bangsa, agama dan keturunan tidak mempunyai apa-apa kesan pun sekiranya anda ingin menderma darah. Hanya jenis dan kumpulan darah sahaja yang mereka nak tahu.

#8 Saya seorang yang sangat sibuk. Tak ada masa nak derma darah.

Proses derma darah tu sebenarnya tak sampai 10 minit pun. Tapi anda dinasihatkan untuk berehat dan berada di kawasan tempat menderma tu dalam 30 minit. Sekejap je.

Dan anda tidak perlu menderma setiap bulan pun. Memang tak boleh pun derma setiap bulan walaupun anda sendiri yang nak. Anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menderma semula.

#9 Saya boleh kena jangkitan kuman atau dapat HIV positif kalau derma darah.

Setiap jarum mengambil darah yang disuntik pada lengan anda adalah jarum baru yang telah disterilkan. Dijamin selamat.

#10 Derma darah boleh jadi gemuk.

Derma darah sebenarnya boleh menghilangkan berat badan lagi adalah! Menurut kajian oleh University of California di San Diego, Amerika Syarikat, setiap kali anda menderma 1 pain darah, anda membakar lebih kurang 650 kalori.

Selepas menderma darah, anda mungkin berasa sedikit letih dan kurang bertenaga. Ada orang yang sangka ini disebabkan kelaparan, maka mereka menghilangkan rasa lesu ini dengan mengisi perut. Tapi ini bukanlah alasan anda jadi gemuk sebab derma darah. Makan biarlah berpada-pada, jangan mengkedarah hingga tidak ingat dunia.

selamatkan nyawa orang lain hanya dengan menderma darah




Hakcipta iluminasi.com (2017)