Berkhatan merupakan salah satu amalan tradisi masyarakat Melayu di negara, biasanya melibatkan kanak-kanak berusia 6 ke 12 tahun di mana organ zakar mereka perlu dikhatankan atau dalam bahasa tidak rasmi - 'disunatkan' bagi melindungi bahagian tersebut daripada jangkitan kuman.

Secara amnya, kita semua tahu faedah amalan berkhatan pada golongan lelaki; bahagian itu akan jadi lebih bersih, mudah dijaga dan menyucikan zakar selepas kencing juga lebih mudah. Walau bagaimanapun, faedah-faedah sebenar amalan berkhatan ini sebenarnya jauh lebih besar berbanding apa yang selalu kita sebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

amalan berkhatan faedah kebaikan

Tahukah anda apakah faedah, kebaikan dan kelebihan amalan berkhatan yang jarang orang kita perkatakan? Berikut adalah lima faedah amalan berkhatan yang kurang disebutkan orang ramai, tetapi sebenarnya merupakan faedah sebenar kenapa amalan ini diwajibkan bagi setiap lelaki Muslim.

1. Menghalang kanser zakar

why circumcision is good

Kami tak sampai hati nak kongsikan rupa kanser zakar, jadi anda boleh cari sendiri ya! Kanser zakar atau 'penile carcinoma' merupakan sejenis penyakit yang berbahaya kerana penyakit ini menyerang secara senyap dan hanya mampu dikesan bila pesakit mula merasai sakit pada bahagian zakar.

Walaupun sangat ganjil untuk berlaku pada kadar 1 kes setiap 100,000 orang dalam setahun, penyakit ini tetap berisiko kerana kesan buruknya pada lelaki. Banyak berlaku di benua Afrika dengan negara Uganda mencatatkan jumlah kes tertinggi. Apa yang membimbangkan, purata umur penyakit ini dikesan adalah ketika pesakit sudah pun berusia 68 tahun. Lambat!

Kajian pertama berkenaan hubungkait berkhatan dengan 'penile carcinoma' ditemui pada tahun 1932, apabila kajian mendapati daripada 1,103 kes 'carcinoma' yang ditemui di Amerika Syarikat bagi tahun tersebut - tidak ada seorang pun pesakit datang daripada orang Yahudi yang telah melalui proses khatan.

Kajian-kajian seterusnya berjaya membuktikan proses berkhatan pada individu lelaki mampu mencegah penyakit ini daripada berlaku, dengan kadar sangat tinggi kebarangkaliannya mereka yang dijangkiti kanser zakar didapati tidak berkhatan. (rujukan)

2. Mencegah kanser serviks pada wanita

kelebihan wanita berkhatan bersunat

Adakah anda menyedari, seorang lelaki yang berkhatan turut sama berkongsi faedah dengan pasangannya? Begitulah yang telah dibuktikan sekian lama apabila didapati wujud hubungan di antara individu yang berkhatan dengan kadar berlakunya kanser serviks pada golongan wanita.

Bukan itu sahaja,  lelaki yang berkhatan turut sama melindungi pasangannya daripada penyakit dysplasia serviks, herpes, chlamydia dan sifilis. Virus penyebab kanser serviks yang dikenali dengan nama 'human papilomavirus' atau HOV juga didapati tidak mampu menjangkiti wanita yang pasangannya telah dikhatan.

Peratusan wanita yang dilindungi daripada kanser serviks sekiranya mereka mempunyai pasangan yang berkhatan, dianggarkan berada pada kadar 82%. (rujukan)

3. Mengalang jangkitan pada saluran kencing

kelebihan kebaikan bersunat berkhatan

Dalam sebuah kajian pada tahun 1993 melibatkan kanak-kanak, didapati bahawa risiko kanak-kanak yang tidak dikhatankan jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang telah dikhatankan sejak kecil, untuk dijangkiti penyakit 'urinary tract infection' atau jangkitan pada saluran kencing.

Kajian serupa yang dilakukan pada tahun 2005 melibatkan lebih 400,000 orang kanak-kanak dalam 12 penyelidikan mendapati bukti kukuh berkhatan merendahkan risiko penyakit ini sehingga pada kadar 1% sahaja.

Sebuah lagi kajian susulan pada tahun 2012 yang dilaporkan oleh Canadian Medical Association Journal pula mendapati kanak-kanak yang dikhatankan, bukan saja dilindungi penyakit jangkitan pada saluran kencing malahan mereka juga dilindungi daripada menerima jangkitan pada buah pinggang. Penyelidik mengesyorkan agar semua kanak-kanak lelaki dikhatankan sebagai langkah pencegahan. (rujukan)

4. Wanita lebih suka rupa zakar yang dikhatankan

kenapa wajib berkhatan

Sekiranya anda merasakan zakar yang tidak dikhatankan lebih seksi - tolong betulkan pandangan anda! Lebih ramai wanita merasakan bentuk zakar yang dikhatankan lebih indah dari segi fizikalnya - selain daripada faedah-faedah kesihatan yang diperolehi wanita itu.

Dalam kajian besar-besaran melibatkan beberapa negara yang dilaporkan pada tahun 2019, beberapa kumpulan wanita diberikan pilihan sama ada mereka menggemari bentuk zakar yang dikhatankan atau tidak dikhatan. Hasilnya - 90% respoden pelajar universiti di Georgia College, Amerika Syarikat merasakan zakar yang dikhatankan lebih seksi.

Sementara itu 69% responden wanita di Kenya mengakui mereka lebih gemarkan zakar yang dikhatankan berbanding yang tidak dikhatankan. Hanya 7% wanita Kenya dalam kajian mengakui mereka seronok berhubungan dengan pasangan yang tidak dikhatankan. (rujukan)

5. Berkhatan mencegah penyebaran virus HIV

jangkitan hiv kurang berisiko berkhatan

Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik selama ini membuktikan wujudnya hubungan besar di antara berkhatan dengan pengurangan risiko penyebaran virus HIV yang menyebabkan penyakit AIDS, sehingga pada kadar 60% pengurangannya. Walaupun begitu, bagaimana perkara itu boleh berlaku belum dapat dikenalpasti dengan lebih jelas.

Beberapa hipotesis bagaimana perkara ini boleh berlaku sudah disuarakan penyelidik, dengan teori paling popular menyebut selepas zakar dikhatankan - akan berlaku perubahan pada permukaan batang zakar yang memperkuatkan bahagian tersebut daripada serangan HIV. Tisu-tisu zakar akan mengalami perubahan seterusnya menjadi perisai utama daripada kemasukan virus HIV pada tubuh lelaki.

Selepas beberapa tempoh, zakar dikatakan mampu menghasilkan sistem imunisasi yang dapat mencegah serangan HIV, walaupun bukan 100% berkesan. Sistem imunisasi ini juga dipercayai mempercepatkan penyembuhan batang zakar sekiranya permukaannya melecet atau mengalami radang.

Apabila zakar yang dikhatankan mempunyai imunisasi yang lebih kuat terhadap serangan kuman atau bakteria, secara tak langsung interaksi yang mungkin berlaku di antara virus HIV dengan kuman yang ada pada bahagian dalam kulit zakar seseorang menjadi lebih rendah risikonya. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)