Oleh pada 01 Jul 2023 kategori

Ramai di antara kita akan mengalami perasaan malu, sekiranya kita tersalah sebut sesuatu perkataan atau istilah khususnya dalam bahasa Inggeris.

Sehinggakan ada di antara kita jadi was-was, cemas dan berhati-hati semasa bercakap secara 'speaking', bimbang diketawa atau dipandang sinis. Tak kami nafikan perkara ini memang biasa berlaku kepada semua orang, termasuklah kami. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi di sini kami senaraikan 10 istilah Inggeris yang kerap kita dengari serta cara sebutannya yang betul dalam kaedah Bahasa Melayu, supaya kita tak perlu diserang panik memikirkan 'betul atau tidak cara aku sebut tadi?'

1. Chameleon

colorful panther chameleon 1024x580

Merujuk kepada cicak yang mampu bertukar-tukar warnanya, chameleon seperti makhluknya juga mempunyai kaedah sebutan yang bertukar-tukar di kalangan penuturnya.

Ada yang sebut 'ke-mi-li-yun', ada yang sebut 'kaa-mi-li-yon' dan pernah juga penulis dengar yang sebut 'cha-mi-li-yon.'

Bagaimana sebutan rasminya? 'KE-MI-LI-YEN' dengan E dalam YEN disebut menggunakan bunyi 'E pepet.'

2. Caramel

karamel kaedah sebutan

Sebutan 'caramel' dalam bahasa Inggeris sebenarnya agak berbeza dengan sebutannya dalam bahasa Melayu.

'Caramel' disebut sebagai 'kar-uh-muhl.' 

Nak menyebutnya 'karamel' dalam bahasa Melayu juga tidak mudah, kerana ramai tidak pasti 'mel' dalam istilah itu, membawa bunyi E pepet atau E taling. Anda rasa yang mana satu sebutan rasminya? Cuba teka.

3. Worcestershire

8247b73234e930bbb8e536132dd19fa0

Bagi peminat burger, sos worcestershire merupakan pelengkap yang perlu ada setiap kali menjamah makanan ini.

Tetapi bila dah hadir di gerai dan nak minta sos itu ditambah ke dalam daging, kadang-kadang rasa malu pula nak sebut takut tersasul.

Jangan risau. Lepas ni selamba aje sebut 'brader! Sos wus-ter-shier letak lebih ye!'. Begitulah cara sebutannya. Baca dalam bahasa Melayu tau!

4. Colonel

colonel sanders

Istilah ini sangat sinonim dengan bidang ketenteraan dan juga jenama restoran ayam goreng yang menjilat jari kesedapannya. 

Walaupun begitu, masih ramai yang menyebutnya sama seperti kita menyebut perkataan 'colony' atau 'colonial', di mana kita menyebutnya satu per satu sebagai 'ko-lo-nel.'

Sebutannya lebih ringkas. Pendekkan terus menjadi 'keh-nel.'

5. Entrepreneur

bunting conference pisture

Masyarakat kita ramai yang mengaku diri mereka entrepreneur, tapi sayangnya entrepreneur-entrepreneur sendiri kadangkala failed nak menyebut entrepreneur.

Oleh kerana istilah ini tidak wujud dalam bahasa Melayu, sebutannya juga harus mengikut kaedah asal bahasa Inggerisnya. 

Entreprenur disebut sebagai 'AN-TRUH-PRUH-NUR'. Tersembur air liur nak menyebutnya kan?

6. Karaoke

perkataan yang kita tak reti nak sebut

Dalam banyak-banyak perkataan, karaoke mungkin adalah juara paling banyak versi sebutannya. 

'Ke-ri-yo-ki.'

'Ka-ra-o-kei.'

'Ka-ri-yo-kei.'

'Ka-rau-ke.'

Senang cerita banyaklah. Jika dirujuk kepada ejaan dan sebutan asalnya dalam bahasa Jepun, bunyinya adalah 'KA-RA-O-KEI.' Memang itulah bunyi asalnya kerana istilah ini terhasil daripada gabungan istilah 'KARA' (kosong) dan 'OKESTURA' (orkestra).

Bagaimanapun, perubahan sebutan menjadikan sebutannya lebih kompleks dan berbeza daripada asal. 

Kini disebut sebagai 'KA-RII-YO-KI.' Entah kenapa sebutannya jauh berbeza dengan yang asal, entahlah. Orang Jepun dengar pun pelik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)