Oleh pada 26 Apr 2024 kategori

Dalam menulis dan bertutur menggunakan bahasa Inggeris, pasti ada masa di mana kita keliru dalam menggunakan istilah yang betul disebabkan dalam minda kita, kita tahu ada istilah lain yang hampir serupa dengannya.

Kumpulan istilah ini memang telah lama memeningkan kepala kita, khususnya bagi mereka yang kurang jelas tentang perbezaan bagaimana mengamalkannya dengan betul. Salah guna, memang jauh lari makna yang ingin kita sampaikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 10 istilah Inggeris berkembar yang cukup mengelirukan penggunaannya dan kami harap anda dapat menguasainya dengan betul dan sempurna.

1. Than dengan then

istilah inggeris yang kelihatan serupa tapi berbeza

Dari segi ejaannya, nampak sama tapi tak serupa. Uniknya, bukan saja kita di Malaysia yang bukan menggunakan Inggeris sebagai bahasa utama berdepan masalah menggunakan dua istilah ini dengan betul...mat saleh pun mengaku mereka mudah terkeliru dengannya.

Kedua-duanya dikategorikan ke dalam istilah homophones dalam bahasa Inggeris. 'Then' haruslah digunakan dalam situasi di mana kita merujuk kepada masa atau tempoh seperti 'back then, I live in Kuala Lumpur for a while' atau 'the then Prime Minister is caught red handed.'

Sementara 'than' pula digunakan dalam melakukan perbandingan, seperti 'I am taller than you' atau 'Iluminasi is better than most website.'

2. Principal dan Principle

istilah inggeris yang kita keliru nak guna

Yang mana satu antara dua istilah di atas merujuk kepada guru besar atau pengetua sekolah? Cuba jawab. 

Jika jawapan anda adalah principal, anda betul. Principal hanya digunakan apabila kita merujuk kepada sesuatu atau seseorang yang dianggap paling penting, berpengaruh dan berkedudukan dalam sesuatu situasi atau organisasi. Uniknya, principal juga digunakan secara rasmi bagi merujuk jumlah dana yang dilaburkan.

Principle pula jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, adalah prinsip. Ini bermakna principle diguna bagi menterjemah atau mempersembahkan suatu kod, peraturan, dasar atau undang-undang yang digunakan dalam menentukan sesuatu perbuatan, tindakan atau sifat.

3. Immigrate dan emigrate

istilah inggeris yang serupa

Kita jarang menggunakan perkataan emigrate, kerana dalam perbendaharaan kita tidak menerima istilah tersebut berbanding kembarnya iaitu immigrate. Kita ada Jabatan Imigeresen Malaysia tetapi tidak ada Jabatan Emigresen Malaysia.

Apa bezanya selain ejaannya? Immigrate adalah istilah Latin yang membawa makna seseorang yang hadir ke sebuah kawasan atau negara baru dan merancang untuk bermastautin di dalamnya secara kekal.

Emigrate pula lawannya. 'Em' dalam tulisannya membawa makna keluar, jadi emigrate merujuk kepada tindakan seseorang ingin keluar ke negara lain, meninggalkan negara asalnya secara kekal.

4. Affect dan effect

affect effect istilah serupa

Secara jujurnya, penulis sendiri kadang-kadang keliru dengan tatacara penggunaan kedua-dua perkataan ini. Ini kerana kedua-duanya lebih mirip berbanding semua contoh yang kami sebutkan dalam artikel ini daripada segi maknanya.

Kedua-duanya mewakili perubahan atau kelainan yang berlaku, tetapi untuk lebih memahaminya kita harus jelas effect adalah kata nama sementara affect pula adalah kata kerja. Tetapi bukan dalam semua situasi formula ini terpakai ya. Sebab itu, bagi kami penggunaannya sangat-sangat-sangat mengelirukan.

Affect sebagai kata kerja diguna apabila kita cuba menerangkan sesuatu yang berubah akibat faktor terlibat, seperti 'the hot temperature affected the timetable' atau 'the journey was affected by the traffic jam.'

Effect pula sebagai kata nama, diguna apabila kita menerangkan hasil perubahan yang telah atau bakal berlaku, sebagai contoh 'the perfume has no effects on me' atau 'I have to run the system effectively.'

5. Invincible dan invisible

invincible invisible

'Ahmad strength make him invisible to his opponent.'

Betul tak ayat di atas? Salah. Invisible merujuk kepada sesuatu keadaan atau situasi yang tidak keliharan dengan mata kasar atau terlindung daripada penglihatan. Sementara itu invincible pula merujuk kepada sesuatu yang kukuh, kebal dan kuat serta mampu bertahan daripada sebarang bentuk faktor.

Jadi untuk ayat contoh di atas, istilah yang betul untuk digunakan adalah invincible kerana kita merujuk kepada kekuatan.

Walaupun kedua-duanya sangat mirip, asal-usulnya jauh berbeza. Invisible diambil daripada istilah Latin invisibilis yang merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat kita lihat atau dilindungi. Sementara itu invincible hadir daripada istilah Latin yang berlainan iaitu invincilibilis, merujuk kepada sesuatu yang tidak mudah dikalah atau ditakluk.




Hakcipta iluminasi.com (2017)