Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

haiwan terpantas di dunia

Jika dibincangkan mengenai haiwan terpantas di dunia, ramai yang menyangkakan Cheetah adalah yang terpantas. Namun ramai yang silap. Haiwan terpantas di udara yang juga merupakan haiwan terpantas di dunia adalah seekor burung yang bernama Peregrine falcon. Burung ini boleh mencapai kelajuan 384 kilometer sejam, sama dengan kelajuan kereta Lykan Hypersport. 

Namun, bagi haiwan di atas darat, lain pula ceritanya. iluminasi.com ingin berkongsi 5 haiwan darat yang terpantas di dunia.

6. Arnab coklat Eropah

european brown hare

Kecil-kecil cili padi. Pasti anda memandang rendah dan tak menyangkakan arnab adalah antara darat terpantas atas muka bumi. Arnab coklat ini tersangat pantas sehinggakan kepantasannya adalah dua kali ganda pelari pecut Olimpik.

Pada Kejohanan Dunia di Berlin pada Ogos 2009, Usain Bolt telah mencatatkan kelajuan manusia terpantas dengan kelajuan 44.72 kilometer sejam, namun bagi arnab coklat terutamanya "European Brown Hare" ini, ia boleh mencapai kelajuan 72 kilometer sejam.

5. Blackbuck

blackbuck

Dikenali sebagai kijang India, Blackbuk ini biasanya dijumpai di India, Pakistan dan Nepal. Haiwan ini mempunyai tanduk yang sangat unik berbanding kijang-kijang yang lain dan berpusing-pusing seperti keris. Berat maksima Blackbuck boleh mencapai sehingga 57 kilogram dan lebar bahu sepanjang 84 sentimeter. Sebagai haiwan darat ke-5 terpantas di dunia, Blackbuck mampu mencapai kelajuan 80 kilometer sejam.

4. Wildebeest

wildebeest

Haiwan herbivor yang mempunyai rupa yang "gangster" ini boleh dijumpai di barat dan timur Afrika. Wildebeest adalah haiwan yang sangat terkenal dengan penghijrahan tahunan ke padang rumput yang baru. Walaupun berbadan agak besar yang boleh mencecah setinggi 145 sentimeter dan berat 290 kilogram, namun ia mampu memecut dengan kelajuan 80.5 kilometer sejam.

3. Springbok

springbok

Bersaiz sederhana, springbok adalah sejenis haiwan dari keluarga kijang-rusa yang berasal dari barat daya Afrika. Ia boleh melompat setinggi 4 meter ke udara dan melompat sejauh 15 meter secara mendatar. Ia boleh membesar sehingga 150 sentimeter dan seberat 42 kilogram, dan mencapai kelajuan maksima 85 kilometer sejam.

2. Pronghorn

pronghorn 2

Pronghorn adalah haiwan daripada keluarga kijang seperti Springbrook, namun bersaiz lebih besar dan merupakan haiwan darat kedua terpantas di dunia. Kepantasan Pronghorn ini digunakan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pemangsa seperti harimau dan singa.

pronghorn

Pronghorn boleh mencapai panjang 150 sentimeter dan ketinggian 104 sentimeter serta berat maksima 65 kilogram. Dengan bentuk badan yang ideal ini, Pronghorn boleh mencapai kelajuan 88.5 kilometer sejam.

1. Cheetah

cheetah

Seperti yang dijangkakan, Cheetah atau nama saintifiknya Acinonyx jubatus adalah haiwan terpantas atas muka bumi. Cheetah boleh membesar di antara 1.1 hingga 1.4 meter dari kepala ke punggung, dengan kelebaran bahu dari 70 hingga 90 sentimeter. Beratnya pula di antara 21 hingga 72 kilogram.

cheetah 2

Haiwan terpantas di dunia ini biasanya berkelajuan 64 kilometer sejam ketika memburu, dan boleh mencapai kelajuan maksima 115 kilometer sejam. Cheetah hanya memerlukan 3 saat untuk mencapai kelajuan 100 kilometer sejam.

Rujukan :

1. Conservation Institute

2. Wikipedia

3. Wonderslist


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)