Oleh pada 31 Jul 2022 kategori

Kepupusan haiwan berlaku di seluruh dunia tanpa mengenal haiwan dan spesis. Masalah ini sangat membimbangkan dan boleh menjejaskan ekosistem semula jadi sekaligus mengancam kehidupan yang lain.

Ia bukan sahaja berlaku di luar negara tetapi juga di Malaysia yang mana jarang kita ketahui. iluminasi.com kongsikan 10 haiwan yang sedang diancam kepupusan di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Burung botak upeh

burung botak upeh diancam kepupusan

Satu lagi haiwan yang tergolong dalam spesis sangat terancam adalah Burung Botak Upeh atau nama saintifiknya ‘Mycteria Cinerea’.

Burung yang lebih popular dengan panggilan burung bangau ini ialah burung randuk besar dan merupakan spesis yang terancam dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.

Perkembangan burung ini dipantau sejak tahun 1980-an lagi dan ia mendapati bahawa jumlahnya semakin menurun dan sangat membimbangkan.

2. Ungka tangan putih

ungka tangan putih makin pupus

Tergolong dalam keluarga ungka (Hylobatidae) dengan nama saintifik Hylobates lar, Ungka Tangan Putih adalah spesis ungka yang tinggal di barat daya China dan Myanmar timur ke Thailand, serta barat laut Sumatera dan seluruh Semenanjung Malaysia.

Haiwan unik ini berada dalam ancaman kepupusan disebabkan oleh pelbagai perkara, termasuklah ia diburu untuk mendapatkan dagingnya. Tidak cukup dengan itu, untuk mengangkap anak-anak ungka ini bagi dijadikan haiwan peliharaan, ungka dewasa kadang-kala dibunuh.

Akan tetapi, ancaman terbesar bagi haiwan ini adalah kehilangan habitat di mana hutan-hutan Asia Tenggara diranapkan bagi membuka jalan kepada ladang dan penempatan manusia.

3. Tapir Malaya

tapir malaya pupus

Tapir Malaya dengan nama saintfik Tapirus indicus adalah satu-satunya spesis tenuk yang berasal dari Asia.

Ia biasanya ditemui di sepanjang sempadan barat Thailand-Myanmar hingga ke selatan Semenanjung Malaysia serta Sumatera di Indonesia.

Tapir ini disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) sejak tahun 2008, populasinya dianggarkan terdiri daripada kurang 2,500 ekor spesis dewasa.

Hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil, pemburuan manusia dan pembangunan membuatkan habitat haiwan ini pupus sekaligus mendedahkan tenuk spesis ini terdedah kepada kemalangan dan jerangkap samar.

Dari tahun 2015 hingga 2020, sekitar 92 ekor Tapir Malaya menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

4. Seladang

seladang kepupusan 19

Seladang adalah antara haiwan yang sangat sinonim dengan negara kita dan ia boleh dikatakan mudah untuk ditemui satu ketika dahulu.

Ini kerana haiwan bovin besar yang memiliki kulit gelap seperti berminyak ini hidup secara liar di hutan hujan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Seladang adalah mamalia darat kedua terbesar di Malaysia selepas gajah.

Namun kini hanya sejumlah kecil haiwan yang dikategorikan sebagai warisan negara ini ditempatkan di zoo serta hutan simpan bagi tontonan umum.

Punca utama seladang diancam kepupusan adalah disebabkan pemburuan yang sangat tidak terkawal. Usaha untuk meningkatkan populasi seladang dilakukan oleh Pusat Konservasi Hidupan Liar (Seladang) di Jenderak Selatan, Pahang melalui pembiakan dalam kurungan.

5. Orang utan

orang utan makin pupus

Orang utan adalah tiga spesies mawas ekstan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia, yang biasanya ditemui di kawasan merangkumi hutan-hutan hujan Borneo dan Sumatera.

Penurunan drastik dilihatkan berlaku kepada spesis ini di mana populasi orang utan pada tahun 1986 dianggarkan sebanyak 20,000 ekor, namun pada tahun 2004 populasinya hanyalah 11,000 ekor.

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah kepupusan orang utan termasuklah kemusnahan habitat akibat penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pertanian dan pembalakan seperti di Pulau Borneo. Selain itu, aktiviti pemburuan haram juga menyebabkan populasi orang utan menurun.

Banyak faktor penyumbang kepada permasalahan ini. Sebagai contoh di Pulau Borneo. Kemvsnahan habitat akibat penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pertanian dan pembalakan disamping aktiviti pemburuan h4ram dikenalpasti sebagai antara aktiviti manusia yang menyumbang kepada penurunan populasi Orang Utan.

6. Harimau Malaya

harimau malaya 436

Hanya terdapat di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri seperti Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu, nama saintifik Panthera tigris jacksoni atau lebih popular dengan nama Harimau Malaya adalah subspesis harimau belang yang masih wujud di dunia.

Walaupun ditakuti, namun harimau ini kini dikatakan sebagai haiwan yang lemah, terancam dan penakut akibat pemburuan tidak terkawal, menurut Pensyarah Kanan Sosio Perundangan dan Sains Kelestarian di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr. Mohd. Istajib Mokhtar.

Ketika ini, sembilan subspesis harimau belang sedang terancam oleh kepupusan dan tiga subspesis yang lain telah pupus.

Tinjauan Harimau Kebangsaan sekitar tahun 2018 menunjukkan bahawa jumlah Harimau Malaya adalah kurang dari 200 ekor. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana penurunan ketara berlaku di mana kajian ilmiah sebelum ini yang dilakukan pada tahun 1950-an menunjukkan jumlahnya sekitar 3,000 ekor.

7. Kambing gurun

kambing gurun makin pupus

Masalah ancaman kepupusan haiwan liar semakin bertambah dengan kambing gurun menjadi spesis terbaharu yang dilihatkan mengalami penurunan populasi.

Bukan sahaja sukar ditemui di habitat semula jadi, tetapi jumlah populasi kambing gurun dari keluarga Bovidae ini juga sangat sedikit iaitu sekitar 200 hingga 500 ekor sahaja di seluruh Semenanjung Malaysia.

Selain dijadikan sebagai sumber makanan, haiwan yang hidup berkeliaran di kawasan bukit berbatu ini juga menjadi mangsa pemburuan bagi menghasilkan minyak yang mana dikatakan mempunyai fungsi perubatan, namun tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

8. Kancil

kancil makin pupus

Dengan nama saintifik Tragulus kanchil, haiwan comel popular ini dikenali sebagai kancil dan juga pelanduk.

Ia merupakan spesis terkecil antara empat spesies yang masih wujud dalam keluarga Tragulidae serta infraorder Tragulina.

Sama seperti spesies-spesies lain dalam famili Tragulidae, kancil tidak mempunyai tanduk, dan kakinya pendek dan kurus.

Jika ancaman kepupusan kancil tidak dibanteras, tidak mustahil generasi akan datang tidak lagi dapat melihat spesis ini.

9. Gajah pygmy

gajah pygmy makin pupus

Gajah Kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu sub-spesies Gajah Asia yang tinggal di Pulau Borneo.

Manusia yang rakus dan menghapuskan habitat gajah ini adalah salah satu sebab utama mengapa kepupusan haiwan ini.

Sebahagian kawasan habitat gajah yang dahulunya dilitupi hutan telah dijadikan sebagai ladang penanaman kelapa sawit, menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga.

Baki kawasan hutan di Sabah tidak semuanya sesuai menjadi habitat gajah ini kerana berbukit bukau.

10. Penyu

penyu makin pupus

Akibat aktiviti manusia yang rakus, hidupan laut seperti penyu juga mengalami nasib yang sama diancam kepupusan.

Haiwan yang menjadi ikon negeri pantai timur Terengganu ini semakin pupus akibat menjadi mangsa penangkapan ikan pari.

Akibat kepupusan yang berpunca dari aktiviti memakan telur penyu, negara kita kerugian kerana tidak lagi dapat menyaksikan salah satu spesis tersebut iaitu penyu belimbing.

Rujukan:

1. Kosmo

2. AAwani

3. Sinar Plus

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)