Oleh pada 06 Jul 2019 kategori

Ketika ini kita mungkin mempunyai pelbagai cara untuk berhubung seperti melalui Whatsapp atau Gmail, namun haiwan adalah lebih kreatif dalam berkomunikasi sesama spesis.

Malah, cara haiwan berkomunikasi biasanya tidak memerlukan percakapan atau bunyi, tetapi melalui isyarat unik dan tersendiri sahaja.

Isyarat-isyarat ini lebih mudah difahami membuatkan semua jenis spesis yang sama dapat bertindak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 sistem komunikasi haiwan yang paling unik dan menakjubkan.

5. Paus sperma

paus sperma

Tahukah anda bahawa ikan paus mempunyai nama? Para saintis yang meneliti ikan paus sperma di Caribbean mendapati bahawa panggilan spesis ini adalah unik untuk rantau itu sahaja.

Ini bermakna ikan paus di Caribbean mempunyai loghat tersendiri sama seperti manusia di darat. Lebih menarik, ikan paus sperma ini juga mempunyai panggilan yang eksklusif kepada keluarga serta mempunyai nama masing-masing.

Para penyelidik mengkaji urutan pendek bunyi "klik" yang dihasilkan oleh ikan paus dan menemukan analisis yang lebih hampir iaitu bahawa setiap urutan atau "coda", adalah tanda panggilan individu untuk setiap ikan paus.

4. Bison

cara bison berkomunikasi antara satu sama lain

Mungkin anda tak tahu tetapi bison mungkin boleh dianggap sebagai spesis haiwan yang paling demokratik.

Apabila bison mahu memutuskan lokasi meragut rumput yang seterusnya, anggota kawanan haiwan ini akan menghala ke arah yang mahu dituju.

Terdapat beberapa pemimpin yang berpotensi dalam kumpulan itu yang biasanya akan nekad menghala ke arah tertentu dan melampaui kawanan tersebut. 

Mana-mana haiwan yang diikuti oleh anggota lain akan menjadi ketua kawanan dan ia akan menentukan di mana tempat meragut seterusnya.

Apa yang uniknya kawanan haiwan ini biasanya diketuai oleh bison betina.

Spesis betina lebih cenderung untuk mencari tempat meragut terbaik kerana ia memerlukan lebih banyak nutrien untuk kehamilan dan penyusuan.

3. Jackdaw

cara burung jackdaw berkomunikasi

Jackdaw adalah spesis yang kelihatan seperti burung gagak. Apa yang membezakan ia adalah mata biru terang yang menonjol di sebalik bulu hitam.

Dan mata biru ini mempunyai kelebihan dan kegunaan tersendiri. Kajian menyatakan bahawa jackdaw adalah spesis burung pertama yang berkomunikasi menggunakan mata.

Burung membuat rumah di dalam lubang batang pokok tetapi ia tidak mampu untuk membuat lubang ini dengan sendiri. Jadi, haiwan ini harus menjaga rumah daripada diambil oleh burung jackdaw yang lain.

Caranya? Burung ini akan merenung "musuh" dengan pandangan yang tajam seperti gangster bagi menandakan bahawa rumah tersebut miliknya.

Untuk memastikan bahawa mata digunakan dalam komunikasi oleh burung ini, penyelidik dari Cambridge meletakkan setiap 100 kotak sarang dengan satu daripada empat gambar iaitu wajah jackdaw, wajah jackdaw bermata hitam, gambar mata jackdaw sahaja atau imej hitam.

Jackdaws akan mengelak daripada memasuki kotak-kotak yang mengandungi wajah-wajah yang cerah dan terus bergerak ke tempat lain. 

2. Cordon Bleu Kepala Biru

blue capped cordon

Anda mungkin menyangkakan bahawa penguin adalah penari terbaik dalam kalangan haiwan. Tetapi bagaimana pula dengan burung yang boleh menari 200 langkah dalam masa seminit?

Burung Blue-Capped Cordon menari dan menyanyi untuk menarik pasangan di mana spesis jantan lebih cenderung untuk menari dengan bertenaga manakala betina akan bertindak balas kepada "peminat" nya dengan tarian tersendiri.

Oleh kerana burung-burung ini mempunyai hubungan monogami, ia cenderung bersikap memilih tentang pasangan mereka. Ini bermakna tarian yang dilakukan haruslah menarik dan mempesonakan.

Pergerakan tarian yang dilakukan tersangat laju sehinggakan ia mustahil untuk dilihat dengan mata kasar.

Lebih lama ia menari, lebih sihat ia akan kelihatan dan berkemungkinan besar berjaya menarik perhatian pasangan.

1. Udang mantis

cara udang mantis berkomunikasi

Udang mantis terkenal dengan penumbuk maut tetapi juga memiliki sepasang mata yang tersangat mempesonakan dalam kalangan haiwan.

Bagi manusia, kita mempunyai 3 reseptor foto dalam retina yang membolehkan kita mengesan warna dalam julat merah, biru dan hijau.

Udang mantis pula mempuanyai 12 hingga 16 reseptor foto dalam matanya. Namun, ia lebih teruk dalam membezakan antara warna.

Haiwan ini boleh melihat cahaya ultraungu dan ia adalah satu-satunya haiwan yang dapat mengesan cahaya terpolarisasi.

Jadi, apa kegunaan ciri-ciri yang ada pada mata udang ini?

Tubuh badan udang ini mempunyai corak yang hanya dapat dilihat oleh haiwan yang juga berkilauan dalam cahaya polarisasi, iaitu udang mantis yang lain.

Dan apabila terjumpa dengan lubang-lubang untuk dijadikan rumah, spesis ini lebih suka memilih lubang yang tidak mencerminkan cahaya terpolarisasi.

Ini menandakan bahawa lubang tersebut masih belum dihuni mana-mana udang mantis dan secara tak langsung menghormati ruang peribadi udang lain.

Rujukan:

1. Hakai

2. The Week

3. QBI




Hakcipta iluminasi.com (2017)