Hodoh di sini tidaklah bermaksud menghina makhluk ciptaan tuhan. Tetapi dalam ertikata berlainan dari segi rekabentuk dan struktur tulang-tulangan wajah berbanding makhluk kebiasaan yang kita pernah lihat. Contohnya macam durian lah. Bagi kita rakyat Malaysia, ianya sangat menyelerakan. Tetapi bagi masyarakat barat ianya jijik dan meloyakan.

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl62

Terdapat pelbagai jenis haiwan yang kita pernah lihat dan ambil tahu. Namun, ada sebahagian daripada spesies haiwan yang sangat jarang kita dengar dan ada juga yang mempunyai rupa yang agak pelik. Di sini, kami kongsikan bersama anda 16 spesies yang dianggap paling hodoh (dan menakutkan) dalam dunia liar:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Burung Hering California

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl10

Merupakan salah satu spesies burung yang paling jarang dijumpai. Burung berkepala botak yang memakan bangkai ini hidup di kawasan gunung dan padang pasir Amerika Utara. Hampir pupus pada penghujung tahun 70-an dan kini hanya terdapat 213 ekor sahaja yang direkodkan hidup.

2. Blobfish

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl89

Ikan ini hidup di dasar laut yang dalam dan sangat tahan tekanan udara yang rendah. Ia kelihatan seperti puding lembik yang berbentuk bulat. Ikan ini juga menjadi maskot kepada Persatuan Perlindungan Haiwan Hodoh di Britain.

3. Tikus Mondok Bogel

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl95

Tikus ini mempunyai bulu halus yang sangat jarang untuk kesesuaian habitatnya di dalam tanah seperti koloni serangga. Ia tidak memerlukan penglihatan untuk melihat di dalam tanah yang gelap, ia hanya merasa menggunakan bulunya yang kurang daripada 100 helai itu. Spesies tikus ini juga merupakan yang paling lama hidup dengan purata hayatnya selama 30 tahun dan boleh bertahan daripada serangan kanser.

4. Monyet Belalai

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl46

Bagi spesies monyet ini, lebih besar hidungnya adalah lebih bagus. Ini disebabkan monyet betina lebih tertarik dengan monyet jantan yang lebih besar hidungnya. Ia juga sangat pandai berenang dan dilaporkan boleh berenang lebih laju daripada buaya.

5. Warthog

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl60

Spesies daripada keluarga babi hutan ini mempunyai dua pasang taring. Sepasang taring bersaiz besar melengkung ke atas dan sepasang lagi sedikit kecil di bahagian bawahnya. Ia juga mempunyai kepala yang besar, panjang dan keras bagi tujuan perlindungan. Di bahagian sisi kepalanya juga ada seakan-akan ketuat yang besar pada bawah matanya. Haiwan ini juga dikenali dengan sifatnya yang tahan lasak.

6. Tikus Mondok Hidung Berbintang

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl9

Tikus mondok ini mempunyai hidung yang paling pelik di dalam alam haiwan. Hidung haiwan ini mempunyai 22 sesungut yang berfungsi sebagai pengesan seperti jari manusia. Terdapat lebih daripada 25,000 reseptor yang membantunya untuk bergerak di dalam tanah dan juga membantunya mengesan mangsa yang boleh atau tidak untuk dimakan.

7. Aye-aye

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl99

Spesies haiwan ini hanya terdapat di Madagascar dan ia hanya aktif dan keluar memburu pada waktu malam. Ia mempunyai telinga yang besar untuk membantunya mendengar bagi mencari serangga dan larva di dalam gelap. Ia juga mempunyai tangan kurus dan jari tengah yang panjang yang memudahkannya berburu.

8. Monkfish

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl27

Monkfish ialah spesies ikan berkepala besar yang mempunyai banyak gigi tajam seakan-akan mata pisau dan kulit yang sedikit menggerutu. Walaupun ia mempunyai wajah yang hodoh, namun ikan ini banyak dihidangkan di restoran-restoran mewah kerana rasanya yang unik dan sedap.

9. Burung Hering Marabou

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl41

Burung pemakan bangkai ini banyak didapati di negara Afrika. Dengan ketinggian 5 kaki, ia mempunyai sayap lebar sepanjang 10 kaki. Burung ini juga dilaporkan memakan spesies burung yang lain termasuk flamingo. Burung ini kurang aktif dan kelihatan sangat malas. Mereka banyak menghabiskan masa berdiri dan melihat sekeliling terutamanya ketika cuaca panas.

10. Gajah Laut

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl35

Anak gajah laut dan gajah laut betina tidak mempunyai belalai. Belalai hanya terbentuk pada gajah laut jantan sahaja apabila ia mencapai usia matang iaitu sekitar usia 3 hingga 5 tahun. Apabila mencecah usia 7 hingga 9 tahun barulah gajah ini akan mempunyai belalai yang sempurna.

11. Kelawar Ladam Kuda

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl54

Kelawar ini sama seperti kelawar pemakan serangga yang lain. Mereka menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan mangsanya. Akan tetapi, spesies kelawar ini mendapat namanya kerana bentuk hidungnya yang menyerupai ladam kuda.

12. Penyu Matamata

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl4

Haiwan ini mendapat namanya matamata yang bermaksud "Bunuh! Bunuh!" dalam bahasa Sepanyol. Ia mempunyai cangkerang, kepala dan leher yang seakan berduri. Selain itu, penyu ini juga mempunyai leher panjang bagi memudahkannya untuk bernafas di permukaan ketika memburu ikan di dalam air. Sesuai dengan namanya, haiwan ini menyedut mangsanya dan menelan keseluruhan ikan yang dimakannya bulat-bulat.

13. Katak Lubang Mexico

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl58

Katak ini mempunyai hidung yang panjang, badan yang kembung dan mata terbeliak. Ia juga mempunyai jari yang seakan-akan penyodok, sesuai dengan habitatnya yang tinggal di dalam tanah. Katak lubang Mexico lebih gemar bersembunyi dan hanya akan keluar setelah hujan lebat.

14. Almiqui

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl40

Mungkin anda tidak pernah mendengar nama haiwan ini. Ia juga tergolong dalam spesies tikus mondok yang menjadikan serangga sebagai menu diet utamanya. Spesies tikus ini hanya terdapat di pergunungan Cuba Timur sahaja.

15. Jerung Goblin

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia 5dl96

Spesies jerung ini merupakan haiwan laut dalam yang paling hodoh. Kepalanya seakan-akan mempunyai tanduk dan ia juga mempunyai mulut yang menakutkan dengan gigi yang tajam. Jika dilihat sekilas pandang ia kelihatan seperti haiwan dari planet lain.

16. Kambing Damascus

spesies makhluk haiwan binatang paling hodoh aneh ganjil dalam dunia

Kambing spesies ini banyak terdapat di Syria, Cyprus dan Lubnan. Kambing ini dibela bagi tujuan penghasilan susunya yang dianggap lazat. Ia juga banyak dijadikan kambing induk untuk dikacukkan kerana mempunyai saiz badan yang besar.

Walaupun pada mata manusia haiwan-haiwan ini dianggap jelik dan pelik, namun ia adalah masih ciptaan Tuhan yang sempurna.




Hakcipta iluminasi.com (2017)