Oleh pada 01 Jul 2017 kategori

Haiwan atau binatang ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di pertengahan riwayatnya. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.

Di dalam dunia ini, terdapat banyak hidupan yang masih belum ditemui dan dikaji dan ada sesetengah haiwan yang anda tidak percaya bahawa ia wujud. Hal ini kerana, sesetengah spesies haiwan berada dalam kategori haiwan terancam dan sesetengah haiwan yang lain telahpun pupus.

1. Snub-nosed monkey

snub nose monkey 201

Haiwan ini merupakan antara spesies monyet yang tertua di dunia. Haiwan ini menetap di benua Asia dan ia banyak dijumpai di kawasan Selatan China, Utara Vietnam dan Myanmar. Haiwan ini menetap di kawasan hutan pergunungan. Mereka menghabiskan hayat mereka untuk berada di atas pokok dan tinggal di dalam kumpulan yang besar. 1 kumpulan haiwan ini boleh mencecah sehingga 600 ekor.

2. Greta oto / glasswinged butterfly

glasswing butterfly 99

Rama-rama ini merupakan satu spesies yang unik kerana sayapnya adalah lutsinar. Sayapnya boleh membesar sehingga 6.1 cm lebar. Haiwan ini banyak dijumpai di kawasan Amerika Selatan tertutamanya di negara Chile. Ketika musim penghijarahan, haiwan ini boleh terbang jauh dan berhijrah ke negara Mexico dan Texas.

3. Eastern long-necked turtle

long neck

Haiwan ini merupakan spesies yang banyak di temui di Australia terutamanya di bahagian selatan Australia. Tidak seperti kura-kura biasa, haiwan ini mampu mengeluarkan kepalanya dengan banyak kerana lehernya yang panjang. Rekod panjang maksimum bagi seekor kura-kura ini untuk mengeluarkan kepalanya adalah sebanyak 28.2 cm iaitu hampir bersamaan dengan 2 pembaris normal!. Apabila haiwan ini berasa terancam, ia akan mengeluarkan satu cairan yang busuk untuk mengelakkan musuh daripada mendekatinya.

4. Red Lipped Batfish

red lipped batfish

Haiwan ini merupakan sejenis ikan yang tinggal di kawasan perairan Peru. Ia merupakan spesies haiwan yang unik berukuran 10 kaki dan mampu membesar sehingga 249 kaki panjang. Ikan ini seolah-olah dipakaikan dengan gincu dan ia merupakan haiwan yang tidak mampu berenang dengan baik. Oleh hal yang demikian, haiwan ini lebih kerap ditemui "berjalan" di dasar laut berbanding berenang bebas di dalam laut.

5. Saiga antelope

saiga antelope

Haiwan ini merupakan spesies haiwan terancam dan hampir pupus. Pada masa kini, haiwan ini hanya dapat ditemui di satu lokasi di Russia dan 3 lokasi di Kazakhstan. Pada abad ke-19, haiwan ini dapat ditemui di negara China dan Mongolia namun kini haiwan ini telah pupus di kawasan tersebut.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)