badak sumbu pupus

Antara salah satu faktor utama berlakunya kepupusan spesis haiwan adalah kerana kerakusan nafsu manusia membangunkan bumi menjadi hutan kongkrit. Dengan ini, aktiviti penebangan hutan menjadi berleluasa meninggalkan haiwan-haiwan tanpa habitat.

Jika ini diteruskan kemungkinan satu hari nanti bumi kita tidak lagi mempunyai spesis haiwan. iluminasi.com ingin berkongsi 4 spesis haiwan pupus yang ditemui semula.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Salamander Jackson

salamander jackson

Pakar amfibia Paul Elias dan Jeremy Jackson telah menemukan 3 spesis salamander dalam ekspedisi di hutan di Guatemala pada tahun 1975. Salah satu daripadanya adalah salamander Jackson ini yang berwarna kuning terang dan diberi nama "golden wonder". Walaupun menarik namun haiwan ini dikatakan sukar untuk difahami.

Selepas penemuan itu, tiada siapa lagi yang berjaya menemui spesis ini selama 42 tahun. Kedua-dua Paul dan Jeremy melawati kawasan yang sama pada tahun 2014 namun gagal menjejaki spesis ini.

Pada tahun 2015, sebuah kumpulan antarabangsa yang dikenali sebagai Global Wildlife Conservation (GWC) telah membantu menubuhkan Rizab Amfibia Finca San Isidro di barat Guatemala. Dan pada tahun 2017, salah seorang daripada renjer kumpulan ini yang sedang berehat telah ternampak seekor salamander kuning.

Gambar salamander itu diambil dan dihantar kepada ahli amfibia Carlos Vasquez yang mengesahkan ia merupakan salamander Jackson.

2. Oriental Blue Clearwing

oriental blue clearwing dijumpai semula di selatan malaysia 659

Serangga yang dikenali sebagai oriental blue clearwing ini menyerupai beberapa jenis lebah dan tebuan. Bagi mengubah dirinya menyerupai serangga yang mempunyai sengat, haiwan ini berubah menjadi warna seperti lebih.

Spesis ini mula ditemui pada tahun 1887 apabila satu spesimen yang mati dipungut dan dihantar ke Natural History Museum di Vienna, Italy. Dan dalam masa 130 tahun selepas itu sehingga 2017, tiada spesimen lain ditemui sama ada hidup atau mati. 

Disebabkan ini para saintis pasti bahawa spesis ini telah pupus. Namun seorang pakar serangga dari Poland, Marta Viloponi dari University of Gdansk bersama suaminya telah mengambil gambar spesis serangga ini di antara tahun 2013 hingga 2017. Selepas ujian DNA dilakukan, spesis yang disangka telah lama pupus kini kembali hidup.

Lebih menakjubkan, spesis ini ditemui di selatan Malaysia.

2. Monyet Saki Vanzolini

monyet saki vanzolini

Monyet saki yang mukanya tidak berbulu ini dikenali sebagai Vanzolini. Ia sangat jarang ditemui dan pandai bermain sembunyi. Spesis ini mula-mula ditemui oleh saintis pada tahun 1936.

Semenjak itu, spesis monyet ini tidak lagi dijumpai. Walaupun beberapa spesimen haiwan ini yang dijumpai mati pada tahun 1956, namun tiada laporan yang mengesahkan ia masih wujud.

10 bulan yang lalu, sebuah pasukan ditubuhkan untuk mencari bukti bahawa spesis ini masih wujud. 7 orang primatologis, beberapa orang pemandu arah dan jurugambar termasuk helikopter drone mengambil bahagian dalam ekspedisi ini.

Ekspedisi ini membuahkan hasil apabila mereka menemukan spesis monyet ini di sepanjang Sungai Jurua, Tarauca dan Liberdade di Amazon. Namun spesis ini dalah bahaya akibat aktiviti pembalakan dan penduduk tempatan menjadikan monyet ini sebagai makanan. Jika ia tidak dilindungi, spesis ini akan benar-benar pupus.

4. Mulgara berekor puncak

mulgara berekor puncak

Crest-tailed mulgara adalah mamalia marsupial yang sangat kecil dan menyerupai tikus. Bukti fosil menunjukkan mulgara dahulunya wujud di Australia namun jumlah mamalia ini berkurangan dengan cepat sekali.

Diandaikan bahawa haiwan ini telah lama pupus di sempadan New South Wales, Australia. Namun pada 15 Disember 2017, University of New South Wales membuat satu sidang media pertama kali dalam sejarah bagi mengesahkan bahawa spesis telah dijumpai di Sydney. 

Haiwan ini yang berjantina betina ditangkap di Taman Nasional Sturt oleh pasukan penyelidik. Spesimen itu dilepaskan kembali selepas diambil ukuran badannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)