Terdapat beribu-ribu spesies haiwan di dunia ini. Ada sesetengahnya sudah kita kenali dan biasa dijumpai. Namun, ada sesetengah yang lain seolah-olah kelihatan datang dari alam lain kerana sangat jarang ditemui. Mungkin kerana haiwan-haiwan ini bersifat nokturnal atau mereka lebih suka menjauhkan diri daripada manusia.

Mari kita kenali 6 spesies haiwan berupa aneh yang hanya keluar pada waktu malam dan jarang sekali dapat dilihat oleh manusia: 

1. Galago telinga kecil

BESARKAN TEKS     A-  A+

Haiwan yang terdapat di negara-negara Afrika ini juga dikenali sebagai bayi belukar atau monyet kecil malam. Digelar bayi belukar kerana bunyinya seakan-akan bayi yang menangis. Haiwan mamalia yang kecil ini biasanya bersaiz purata 11 inci dan mempunyai berat sekitar 1 kg. Namun begitu anda jangan terkejut kerana haiwan comel ini mempunyai kehebatan melompat secara menegak. Ia boleh melompat setinggi 6 kaki di udara untuk menangkap serangga sebagai makanannya.

2. Tikus berduri

haiwan yang jarang dapat dilihat oleh manusia spiny mouse 828

Tikus berduri ini adalah salah satu spesis tikus yang terdapat di Afrika. Mendapat namanya kerana bulunya yang sedikit keras. Haiwan ini adalah satu-satunya mamalia yang boleh menyalin kulit, kelenjar peluh, dan juga tulang rawan tanpa meninggalkan bekas. Banyak terdapat di kawasan berpasir, ia sangat aktif bersosial dan mempunyai masalah untuk cenderung kepada obesiti.

3. Katak Rococo 

haiwan yang jarang dapat dilihat oleh manusia rococo toad 573

Katak ini banyak terdapat di negara-negara Amerika Selatan seperti Argentina, Paraguay, Uruguay, Bolivia, dan Brazil. Ia merupakan spesis katak liar yang terbesar dan boleh mencecah satu kaki panjang. Namun begitu, jika katak ini diancam bahaya, ia akan memjadi lebih besar bagi mempertahankan dirinya. Spesis katak ini juga menjadi katak yang dibela manusia.

4. Kongkang kerdil perlahan

haiwan yang jarang dapat dilihat oleh manusia pygmy slow loris 724

Haiwan yang tinggal di atas pokok ini terdapat di negara Asia seperti Vietnam, Laos, Kemboja dan China. Haiwan kecil ini hanya aktif pada malam yang gelap gelita tanpa cahaya bulan. Ia juga mempunyai gigitan yang berbisa kerana menjilat toksik yang terhasil dari kelenjar peluhnya sendiri. Di Vietnam ia mengalami masalah kepupusan akibat daripada kebakaran hutan yang sering terjadi.

5. Kelawar tupai terbang India

haiwan yang jarang dapat dilihat oleh manusia kelawar india 92

Kelawar yang banyak terdapat di kawasan pendalaman ini adalah spesis kelawar yang terbesar di India. Ukuran lebar sayapnya boleh menjangkau 6 kaki panjang. Kelawar ini juga boleh terbang jarak jauh untuk mencari makanannya iaitu buah-buahan. Kadangkala dia terbang sejauh 40 batu pada waktu malam, lebih jauh dari mana-mana spesis kelawar.

6. Burung hantu menjerit

haiwan yang jarang dapat dilihat oleh manusia burung hantu eastern screech 135

Spesis burung hantu yang kecil ini mendiami kawasan utara dan timur Amerika. Bersaiz purata 9 inci tinggi ini juga terkenal sebagai pemburu yang sangat hebat. Ia juga digelar sebagai kucing liar yang bersayap kerana ia boleh menghasilkan bunyi yang kedengaran seperti seakan-akan dengkuran kucing.

7. Musang sembilan ekor (extra)

9 tail fox

Musang jenis ini tidak dapat dijumpai di mana-mana atas muka bumi ini. Anda hanya dapat menemuinya di dalam manga atau animasi jepun "Naruto Shippuden". Makhluk ini hanyalah fantasi semata-mata berdasarkan kisah tradisional masyarakat Jepun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)