Tiada siapa menyangkakan bahawa pihak berkuasa akan mengenakan sekatan atau mengharamkan filem kategori keluarga.

Oleh kerana filem-filem ini didasarkan kepada penonton muda, filem keluarga biasanya tidak mengandungi kandungan yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai serta penapisan filem.

Namun filem yang kelihatan seperti mesra kanak-kanak ini telah disekat dan diharamkan daripada ditayangkan di sesetengah negara di atas sebab yang unik dan tidak masuk akal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. The Barnyard Battle - Jerman

the barnyard battle filem yang diharamkan atas sebab unik dan tak masuk akal 363

Sebab Mickey Mouse iaitu "The Barnyard Battle" oleh ditapis oleh Jerman adalah agak lucu.

Ini kerana dalam filem itu, terdapat babak di mana sekumpulan kucing melawan tentera tikus telah menyingung pihak kerajaan.

Dalam babak itu, topi-topi keselamatan yang dipakai oleh kucing-kucing itu menyerupai topi keledar tentera Jerman yang dikenali sebagai "picklehaube".

Bukan itu sahaja, Jerman dan United Kingdom juga mengharamkan filem pendek Mickey Mouse yang bertajuk "The Mad Doctor", kerana mengandungi elemen seram yang keterlaluan.

5. Barney’s Great Adventure - Malaysia

barney s great adventure filem yang diharamkan atas sebab unik dan tak masuk akal

Pengharaman filem Barney's Great Adventure sebenarnya agak misteri.

Kerajaan Malaysia telah mengharamkan filem yang diterbitkan pada tahun 1998 ini kerana dikatakan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Ibu bapa dan para pendidik telah lama mengkritik kartun Barney kerana menayangkan kepada kanak-kanak tentang "dunia satu dimensi di mana semua orang mesti gembira".

Hal ini telah membawa kepada beberapa parodi yang menyinggung terhadap francais ini, yang mana sebahagian daripadanya menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

4. Abominable - Filipina, Malaysia dan Vietnam 

abominable filem yang diharamkan atas sebab unik dan tak masuk akal

Vietnam, Filipina dan Malaysia adalah negara yang mengharamkan filem "Abominable", filem keluaran DreamWorks Animation yang memaparkan pengembaraan seekor Yeti dan seorang kanak-kanak.

Alasan yang diberikan atas pengharaman ini agak aneh, iaitu kerana filem ini menggunakan peta yang memaparkan varian "nine-dash line".

Nine-dash line adalah satu garis penandaan yang digunakan untuk menuntut pemilikan keseluruhan terhadap satu bahagian Laut China Selatan oleh China, yang mana negara-negara termasuk Vietnam, Filipina dan Malaysia juga turut menuntut kawasan berkenaan.

3. Back to the Future - China

back to the future filem yang diharamkan atas sebab unik dan tak masuk akal

China telah mengharamkan filem "Back to the Future" atas sebab yang tersangat unik iaitu kerana memaparkan perjalanan merentasi masa (time travel) di media.

Pentadbiran Radio, Filem, dan Televisyen China menerangkan larangan tersebut dengan mengatakan bahawa perjalanan merentasi masa oleh media telah meremehkan sejarah yang serius.

Tindakan ini dilihat sebagai menghina dan tidak harus digalakkan.

Namun, ramai pihak berpendapat bahawa larangan ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

2. Wonder Woman - Liga Arab

wonder woman filem yang diharamkan atas sebab unik dan tak masuk akal

Mungkin sukar bagi sesetengah untuk meneka mengapa Liga Arab mengharamkan filem "Wonder Woman".

Pihak berkuasa mengharamkan filem ini daripada diedarkan disebabkan oleh penglibatan pelakon wanita utama filem ini iaitu Gal Gadot yang berkhidmat selama 2 tahun dalam Pasukan Pertahanan Israel.

Gal Gadot juga telah menyuarakan sokongan terhadap Israel di media sosial.

Oleh kerana sejarah konflik negara-negara Liga Arab dengan Israel, maka Lubnan telah mengharamkan pembelian produk Israel, walaupun Lubnan membenarkan pelancaran filem "Batman V. Superman: Dawn of Justice" yang memaparkan Gal Gadot.

Walaupun dibenarkan, namun "Batman V. Superman: Dawn of Justice" berhadapan dengan boikot oleh orang ramai.

Rania Masri, seorang ahli Kempen Boikot Penyokong Israel-Lubnan, berkata bahawa pelancaran "Wonder Woman" di Lubnan akan "menormalkan hubungan dengan negara musuh", sesuatu yang mana mereka tidak akan lakukan.

Tunisia dan Qatar juga mengharamkan filem ini atas sebab yang sama.

1. Christopher Robin - China dan Taiwan

christopher robin filem yang diharamkan atas sebab unik dan tak masuk akal

Filem ini berada di tempat pertama dalam senarai ini kerana ia adalah satu-satunya kes di mana sebuah negara mengharamkan filem daripada ditayangkan hanya kerana meme di Internet.

Seleps penyebaran beberapa meme oleh PewDiePie (juga diharamkan atas sebab yang sama) pada Julai 2017 yang membandingkan pemimpin China, Xi Jinping dengan karekter buku kanak-kanak iaitu Winnie-the-Pooh, China telah menyekat Winnie-the-Pooh di media sosial.

Ini membuatkan China mengharamkan tayangan filem yang diadaptasikan daripada kisah-kisah Winnie-the-pooh iaitu "Christopher Robin".

Rujukan:

1. Intani Base

2. Wired

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)