the matrix gadis berbaju berpakaian jubah merah

Setuju atau tidak, tugas sebagai seorang peguam bela jenayah adalah sangat sukar dan menguji minda.

Selain daripada sistem yang dicipta untuk menggagalkan penjenayah daripada terlepas dihukum undang-undang, peguam bela jenayah biasanya tidak mempunyai fakta-fakta yang dapat menyelamatkan anak guam mereka.

Jadi, dalam hal ini mereka perlu berfikir di luar kota dan menjadi kreatif.

iluminasi.com kongsikan 6 alasan bela diri sangat tak masuk akal tetapi berhasil.

1. Buah dada saya terlalu besar

buah dada besar menang kes mahkamah

Seorang model bikini dari Jepun, Serene Kozakura, telah dijatuhi hukuman 14 bulan penjara atas kesalahan menceroboh dan memusnahkan harta benda dengan sengaja.

Menurut pendakwa raya, Serene menebuk lubang di pangsapuri teman lelakinya dan memanjat masuk melalui lubang tersebut setelah dia mendapati lelaki itu curang.

Apa yang berlaku sebelum itu adalah teman lelakinya mengusir Serene, namun dia masih tidak selesai berdebat membuatkan Serene tidak puas hati.

Serene tidak menerima keputusan daripada mahkamah dan merayu dengan menyatakan bahawa adalah mustahil untuknya yang memiliki buah dada yang sangat besar (ukur lilit 40 inci) untuk melepasi pintu apartment tersebut, yang hanya berukuran 28 x 8.7 inci.

Walaupun ada keterangan saksi yang menyatakan bahawa Kozakura memang melakukan kesalahan itu, Mahkamah Tinggi Tokyo menerima bela diri Serene Kozakura.

"Payudara saya yang membuatkan saya menang hari ini," kata Serene selepas rayuannya berjaya. 

2. Seksomnia

jan luedecke kes rogol

Seorang wanita di Toronto tertidur di sebuah pesta dan apabila dia bangun, wanita itu menyedari bahawa dia sedang dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali.

Wanita itu dilaporkan menjerit, "Siapa kau dan apa yang kau buat?".

Lelaki tersebut, Jan Leudecke, kemudiannya mendakwa bahawa dia langsung tidak menyedari apa yang dilakukannya sehinggalah terjaga di bilik air tersebut dan mendapati bahawa dia memakai kondom.

Rupa-rupanya, ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Leudecke.

Ketika dibicarakan, seorang doktor memberikan keterangan bahawa Luedecke mempunya sejarah "sleep sex" atau melakukan aksi seks ketika tidur, yang menjadi-jadi selepas minum 16 gelas alkohol pada malam itu dan "cendawan magik" yang dimakannya sehari sebelum.

Akhirnya, Luedecke dibebaskan dari serangan seksual itu, walaupun kerajaan negeri membuat rayuan. 

3. Kembar seiras

kes dadah kembar r satish dan r sabarish 2

Bagi Sathis Raj dan saudara kembarnya Sabarish Raj, ini bukan hanya satu pembelaan tetapi cara untuk mengelakkan daripada dibicarakan.

Pada tahun 2003, salah seorang daripada pasangan kembar ini ditangkap dan didakwa kerana mengedar dadah.

Kejadian ini berlaku di Malaysia dan hukumannya adalah hukuman mati.

Namun ketika tangkapan dibuat, seorang lagi daripada kembar ini muncul di tempat kejadian.

Walaupun hanya seorang daripada kembar ini sahaja didakwa memiliki dadah, ketika kes dibawa ke mahkamah, pihak polis gagal untuk mengenal pasti individu yang mereka tangkap.

Malah, tiada seorang pun yang dapat mengenal pasti yang mana satu Sathis dan Sabarish.

Disebabkan kedua-dua lelaki ini adalah serupa sehingga ke DNA, hakim enggan mendengar kes itu.

Ini kerana beliau tidak mahu mengambil risiko menjatuhkan hukuman mati kepada lelaki yang tidak bersalah.

Setelah hakim menolak kes itu, si kembar menangis dan berpelukan. 

4. The Matrix

tonda lynn ansley dan the matrix

Pada tahun 2002, Tonda Lynn Ansley menembak dan membunuh tuan rumahnya, Sherry Lee Corbett, dengan 3 das tembakan.

Ia dilakukan pada siang hari dan terdapat beberapa saksi. Namun, Tonda masih berasakan bahawa dia tidak bersalah. 

Malah, dia sendiri tidak pasti jenayah itu benar-benar berlaku.

Pada tahun 1999, Tonda menonton filem The Matrix, dan ia telah merubah hidupnya.

Tonda yakin bahawa dia sedang hidup dalam Matrix dan percaya adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberontak, sama seperti Neo.

Dalam minda Tonda, Sherry adalah salah seorang daripada musuhnya, sama seperti dalam mimpinya.

keanu reeves the matrix

Dalam The Matrix, Neo percaya pengalaman awalnya dengan The Matrix adalah satu mimpi. Tonda cuba untuk menjelaskankan dengan berkata, "Anda tidur waktu malam dan mereka menyuntik anda dengan dadah, lalu membawa anda ke suatu tempat kemudiannya membawa anda kembali dan letakkan anda di atas katil. Apabila anda bangun, anda rasakan bahawa ia satu mimpi buruk,".

Seorang hakim bersetuju dengan permohonan gila oleh Tonda pada 13 Mei 2003, tepat ketika tayangan perdana The Matrix Reloaded dilancarkan di pawagam.

Malah pihak pendakwa yakin bahawa Tonda tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakannya. Dia memberitau kepada wartawan, "Dalam persepsi [Tonda], film ini berperanan dalam pembunuhan itu. Tetapi saya rasa sebab dia menderita penyakit mental,".

5. Seks oral

kes heather specyalski dan neil esposito

Heather Specyalski didakwa atas kesalahan membunuh teman lelakinya, Neil Esposito, seorang pengurus kempen Parti Republikan. 

Neil terbunuh selepas keretanya terbabas dan pihak pendakwa raya mendak bahawa Heather yang memandu kereta tersebut.

Namun bela diri oleh Heather sangat mengejutkan di mana dia memberitahu mahkamah adalah mustahil untuknya memandu kereta tersebut kerana ketika kejadian berlaku, dia sedang melakukan seks oral terhadap Neail.

Hakim Robert L. Holzberg mengizinkan Heather untuk meneruskan pembelaan, dengan menyatakan, "Seorang yang didakwa berhak membuat pembelaan tidak kira seberapa aneh, bodoh atau tak masuk akal,".

Ketika perbiacaraan, pasukan paramedik memberi keterangan bahawa mayat Neil ditemui dengan seluarnya terbuka dan Heather terlepas dari semua tuduhan.

Heather sekali lagi berhadapan dengan tindakan undang-undang pada tahun 2008 apabila dia diakwa membunuh anaknya, Brandon.

Brandon terbunuh akibat overdose, dan hal ini diketahui oleh Heather namun tidak mendapatkan bantuan perubatan sehingga ia membunuh anaknya.

Namun, Heather terlepas buat kali kedua daripada sebarang tuduhan.

6. Lelaki beristeri dua

mohamed anwar bebas dakwaan kerana beristeri dua

Pada suatu hari, Mohammed Anwar dari Glasgow, Scotland dalam perjalanan ke restorannya dan didapati memandu laju dua kali ganda daripada had laju yang ditetapkan.

Menurut polis, Anwar memandu 100 km/j di zon had laju 48 km/j.

Walaupun ia hanyalah kesalahan trafik, namun Anwar boleh kehilangan lesen memandunyna.

Anwar mengaku bersalah atas kesalahan itu namun merayu kepada mahkamah untuk tidak membatalkan lesennya. Ini kerana Anwar mempunyai dua orang isteri.

Peguam belanya, Paul Nicholson, berpendapat bahawa tanpa lesennya, Anwar tidak akan bersama kedua-dua isterinya, kerana seorang daripadanya tinggal di Glasgow dan seorang lagi di Motherwell, dengan jarak 25 kilometer antara satu sama lain.

Mahkamah memutuskan untuk tidak menarik balik lesen memandu Anwar, sebaliknya memilih untuk mendenda £200 dan mengenakan enam mata ke atas lesennya.

Walaupun berpoligami tidak sah di bawah undang-undang Inggeris, undang-undang Islam secara jelas mengizinkannya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)