Oleh pada 06 Jul 2018 kategori

Hukuman penjara, rotan, kerja komuniti atau hukuman mati ada kalanya tidak berkesan dalam mendidik pesalah laku, dalam menangani masalah jenayah.

Bentuk hukuman yang ada entah kenapa dilihat tidak mampu memberikan perasaan gementar atau takut kepada mana-mana individu, dengan masalah jenayah tetap terus berlaku. Mungkin ini sesuatu yang harus kita terima, bukan sebagai norma tetapi sebagai satu hakikat jenayah akan tetap berlaku. Apa yang penting kita mampu membendungnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nasib baiklah hukuman bersifat konvensional tidak berkesan, mahkamah mempunyai kebebasan untuk mengenakan hukuman yang bukan sekadar menghukum, malah memalukan pesalah sebagai balasan perbuatan mereka. Berikut adalah lima hukuman yang kami rasakan unik pernah digunakan dalam 'mendidik' pesalah laku undang-undang.

1. Pedofil dikenakan hukuman memalukan diri sendiri

orang jahat gangguan seksual 7

Russell Teeter, adalah seorang ahli perniagaan peralatan kebun bersama isterinya. Walaupun begitu, Russell mempunyai rekod gemar mendedahkan alat sulit kepada golongan individu perempuan bawah umur dengan 10 pertuduhan semenjak tahun 1976. Ini menyebabkan nama beliau diletakkan ke dalam daftar pesalah laku seksual Amerika Syarikat.

Namun Russell tidak serik walaupun dah berada di penghujung usia. Ketika sudah berusia 69 tahun pada tahun 2006, dia sekali lagi menayangkan zakarnya pada budak perempuan berusia 10 tahun.

Kecewa dengan kelakuan Russell, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 60 hari atas perbuatannya itu. Bagi menanam rasa insaf dalam dirinya, mahkamah memerintah Russell selepas menjalani hukuman penjara, diwajibkan memakai sehelai t-shirt bertulis 'saya seorang pesalah laku seksual berdaftar' selama 22 bulan, setiap kali dia berada di kedai menguruskan perniagaannya bagi melindungi pelanggan yang datang. (rujukan)

2. Pencuri dihukum dengan sangat berat

pencuri tabung kebajikan dikenakan hukuman kreatif

Sepasang suami isteri bernama Daniel dan Eloise Mirales didapati bersalah mencuri $250,000 daripada tabung kebajikan mangsa jenayah di Harris County, Houston, Texas. Ekoran jenayah mereka yang agak berat, kedua-duanya dikenakan hukuman penjara selama 180 hari setiap seorang, denda serta beratus jam perkhidmatan komuniti.

Apa yang menarik, selepas tamat hukuman penjara mereka, kedua-duanya perlu memaparkan papan tanda di depan rumah mereka yang bertulis 'Daniel dan Eloise Mireles adalah pencuri.'

Tidak cukup dengan itu, mereka perlu berdiri setiap hujung minggu selama 5 jam di sebuah persimpangan jalan yang sibuk - sambil memegang sepanduk yang membawakan mesej 'Saya pencuri tabung kebajikan Harris County sebanyak $250,000.' Memang memalukan, tetapi setimpal kerana jumlah yang mereka curi agak besar. (rujukan)

3. Tuan rumah yang sambil lewa dipaksa tinggal dalam rumahnya sendiri

pemilik rumah dihukum kurungan dalam rumah sendiri

Ini pasti menarik perhatian sifu-sifu hartanah sewa rumah. Seorang tuan rumah bernama Nicholas Dionisopoulos dari Cleveland didakwa oleh penyewanya tidak mempedulikan keadaan premis rumah yang disewakan. Nicholas yang memiliki 41 unit kedaiaman (wow!) cuai dalam menyelia kondisi rumah sehingga menyebabkan penghuni yang menyewa tinggal dalam keadaan risau.

Pihak mahkamah menjatuhkan hukuman denda $100,000 pada Nicholas namun itu saja belum cukup. Semua sewa yang dikutip sebelum itu perlu diberikan kepada mahkamah untuk memperbaiki masalah rumah penyewa. Nicholas ditahan dalam salah satu rumahnya yang uzur selama enam bulan, dengan hanya boleh meninggalkan rumah beliau atas urusan membaiki rumah penyewa, ke gereja atau menghadiri majlis keluarga. (rujukan)

4. Dimalukan kerana tergesa-gesa dalam trafik

hukuman kreatif mahkamah pesalah laku trafik

Seorang wanita bernama Shena Hardin sedang memandu, sebelum perjalanannya dihentikan oleh bas sekolah yang berhenti di depannya. Tidak dapat bersabar, Shena masuk ke bahu jalan cuba memintas bas namun tindakannya itu dirakamkan oleh pemandu bas tersebut.

Nasib tidak menyebelahi Shena selepas tidak jauh daripada itu, kereta peronda mengesan perbuatannya dan menahan beliau. Bukti video yang dirakamkan menjatuhkan kesalahan dengan hukuman denda $250 serta lesennya digantung 30 hari. Dia juga diwajibkan berdiri di tepi jalan selama 2 hari sambil memegang sepanduk bertulis 'hanya orang bodoh akan memandu di bahu jalan bagi mengelakkan bas sekolah yang berhenti.' (rujukan)

5. Pencuri video porno didenda dengan kreatif

lelaki curi porno dihukum untuk insaf

Kami pernah menerbitkan artikel tentang Hakim kreatif Michael Cicconetti yang bertugas di Ohio. Beliau menghakimi perbicaraan seorang pemuda bernama Jeremy T. Sherwood yang didakwa mencuri video di sebuah kedai video porno. Berikutan jenayah yang dilakukan agak ringan, Michael memberi pemuda itu dua pilihan hukuman.

Yang pertama - dihukum penjara 30 hari. Kedua? Berdiri di depan kedai tersebut selama tiga hari dengan memegang sepanduk yang bertulis 'see no evil' (tidak menonton perkara buruk) sambil matanya diikat.

Jeremy memilih hukuman dimalukan di tempat awam selama tiga hari itu. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)