Jika dilihatkan pada situasi hari ini, ramai agen-agen insurans yang tidak pernah putus-putus memuatnaik status mengenai kepentingan insurans di media sosial terutamanya di Facebook. Mengapa? Pasti itu persoalan anda.

Sebabnya adalah insurans membantu kita bersedia jika berlaku kemungkinan yang buruk, yang kita tak tahu bila akan terjadi seperti yang dikatakan oleh Benjamin Disraeli, “I am prepared for the worst, but hope for the best.". Insurans menawarkan kepastian terhadap kesakitan ekonomi yang kita alami, seperti menampung kos belanja perubatan jika sesuatu buruk berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut laman sesawang Health Family, berikut adalah 9 syarikat insurans hayat terbaik di Malaysia pada tahun 2016. 

  1. Great Eastern Life Assurance
  2. Prudential Assurance Malaysia Berhad
  3. Mayban Life Assurance
  4. Manulife
  5. AIA (American International Assurance)
  6. Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  7. Tokio Marine Life Insurance
  8. Zurich Insurance Malaysia
  9. Hong Leong Assurance

iluminasi.com ingin berkongsi antara 4 syarikat insurans terbaik di dunia.

Nota : Banyak kriteria untuk syarikat-syarikat ini terpilih termasuklah kutipan premium, pendapatan, keuntungan, permodalan pasaran, aset dan banyak lagi. Susunan kedudukan adalah secara rawak.

1. Prudential plc

prudential

Syarikat insurans yang berasal dari British ini berpangkalan di London, United Kingdom. Prudential plc diasaskan di London pada tahun 1848 dan beroperasi bagi memberikan servis kepada 24 juta pelanggan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia dan baru sahaja melebarkan sayap ke Afrika. Dengan mempunyai kakitangan seramai 22,308 di seluruh dunia, ia menjadi salah satu syarikat insurans terbaik di dunia dengan asset sebanyak RM2.8 trilion.

Antara anak syarikat Prudential plc dan menjadi bisnes utama dalam kumpuan ini adalah Prudential Corporation Asia, Prudential U.K, Jackson National Life Insurance Company dan juga M&G Investment. Prudential U.K merupakan antara salah satu pembekal utama pencen manakala Jackson National Life Insurance Company adalah syarikat insurans utama di Amerika Syarikat. Prudential plc juga disenaraikan dalam bursa saham London, Hong Kong, Singapura dan juga New York.

Prudential plc merupakaan antara 3 pembekal insurance hayat terbaik di Malaysia, Hong Kong, India, Indonesia, Singapura, Filipina dan juga Vietnam. Pada tahun 2016, Prudential plc menjana keuntungan sebanyak RM394 billion.

2. Berkshire Hathaway 

berkshire hathaway

Syarikat konglomerat dari Nebraska, Amerika Syarikat ini diasaskan pada tahun 1889 dan dikaitkan dengan Warren Buffet, orang yang bertanggungjawab menjadikan Berkshire Hathaway sebagai salah satu syarikat terbesar di dunia. Warren Buffet juga merupakan Presiden, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat insurans ini.

Selain daripada insurans, syarikat yang berpangkalan di Omaha ini juga merupakan peneraju dalam pengurusan pelaburan dan terlibat dalam beberapa industri lain termasuk kewangan, utiliti dan tenaga, pembuatan, servis dan juga peruncitan, melalui anak-anak syarikatnya.

Syarikat-syarikat di bawah Berkshire Hathaway termasuklah GEICO, BNSF, Dairy Queen, FlightSafety International, Lubrizol, Fruit of the Loom, Helzberg Diamonds dan NetJets. Ia juga merupakan pemegang saham sebanyak 26% syarikat Kraft Heinz. Sebanyak RM1.23 trilion keuntungan dikaut oleh syarikat ini pada tahun 2016.

3. AXA

axa

AXA merupakan sebuah syarikat insurans Perancis yang boleh dikatakan sebagai syarikat insurans nombor 1 di dunia. Ia diasaskan 200 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1817 melalui gabungan beberapa syarikat insurans dan juga merupakan antara syarikat insurans tertua di dunia. Beroperasi di 56 buah negara dan mempunyai kakitangan seramai 157,000 orang, syarikat ini berjaya memenangi hati 102 juta pelanggan di serata dunia. 

Insurans harta dan kecederaan, insurans hayat, simpanan dan pengurusan aset adalah merupakan perniagaan utama oleh AXA. Syarikat ini berpangkalan di Paris, Perancis dan berurusan di beberapa benua termasuklah benua Amerika, Afrika dan Eropah serta negara-negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah.

AXA berjaya memperoleh 51% operasi insurans daripada syarikat Colpatria Seguros di Colombia, dan juga memperoleh 50% daripada syarikat Tian Ping (syarikat hartanah dan insurans kecederaan), membuatkan AXA menjadi pembekal insurans antarabangsa terbesar di China.

Keuntungan oleh syarikat AXA pada tahun 2016 adalah sebayak RM503 billion.

4. Zurich Insurance Group - Switzerland

zurich 104

Syarikat Zurich Insurance Group beroperasi di lebih 170 negara di serata dunia yang menawarkan produk dan servis insurans. Diasaskan di Switzerland pada tahun 1872, ia mempunyai 55,000 kakitangan di seluruh dunia dan teras utama kepada syarikat ini termasuklah insurans am, kehidupan global dan juga insurans petani.

Zurich Insurance Group menjana keuntungan sebanyak RM289 billion pada tahun 2016.

5. China Life Insurance

china life insurance

Syarikat insurans ini adalah syarikat termuda dan merupakan satu-satunya syarikat yang diasaskan pada abad ke-20 dalam senarai ini. China Life Insurance adalah syarikat insurans dan servis kewangan terbesar yang dimiliki oleh kerajaan China. Walaupun masih baru, ia mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang berusia ratusan tahun. Antara salah satu faktor adalah disebabkan populasi rakyat China yang hampir mencecah 1.4 billion orang.

Diasaskan pada tahun 1949, syarikat ini melalui proses penstrukturan pada tahun 2003 dan mempunyai 7 anak syarikat. Perniagaan China Life Insurance berteraskan insurans hayat, pelan pencen, pengurusan aset, hartanah dan kecederaan, pegangan pelaburan dan juga operasi luar negara.

China Life Insurance disenaraikan di bursa saham New York, Hong Kong dan Shanghai. Dengan aset RM1.56 trilion, syarikat ini merupakan syarikat insurans hayat awam terbesar dari segi permodalan pasaran di dunia.

Rujukan:

1. Investopedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)