Oleh pada 24 Aug 2017 kategori

(Gambar sekadar hiasan)

Tiada apa yang dicari oleh syarikat-syarikat yang ditubuhkan selain daripada menjana keuntungan.

Setiap syarikat dan perusahaan mempunyai strategi dan pendekatan sendiri bagi menjana keuntungan yang amat penting untuk pertumbuhan syarikat itu sendiri. 

Namun, tidak semua syarikat mampu bersaing dan kekal di medan perang yang membuatkan banyak daripada mereka tersadung lalu terjatuh menyebabkan mereka bankrap.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan disebalik itu juga, mereka yang berjaya merancang dan mengeksploitasikan kepakaran yang ada, pasti akan berjaya meneraju di bahagian depan ekonomi dunia.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 syarikat yang menjana keuntungan paling tinggi di dunia.

5. Toyota

toyota 514

Merupakan satu-satunya syarikat yang mengusahakan industri automotif dalam senarai ini, Toyota yang berpangkalan di Aici, Jepun ini berkeuntungan sebanyak RM1.112 trilion.

Nilai ini meninggalkan pencabar terdekatnya iaitu Volkswagen yang menjana keuntungan sebanyak RM1.094 trilion.

Toyota mempunyai 338,875 kakitangan di seluruh dunia dan merupakan pengeluar automotif terbesar di dunia.

Kenderaan ke 200 juta oleh Toyoto dikeluarkan pada tahun 2012, dan Toyota juga merupakan syarikat pertama yang berjaya mengeluarkan lebih dari 10 juta unit kenderaan setiap tahun.

4. Sinopec Group

sinopec

Syarikat Sinopec Group atau China Petrochemical Corporation merupakan anak syarikat kepada China National Petroleum Corporation yang berada di tangga ke-3 senarai ini.

Ia merupakan syarikat minyak terbesar di Asia dan perusahaan petrokimia yang ditadbir oleh Majlis Negeri Republik China yang terletak di Chaoyangmenwai, Beijing.

Pada tahun 2007, Sinopec Ground berada di tangga pertama dalam senarai 500 Syarikat Terbaik di China dengan keuntungan tahunan melebihi RM650 billion.

Dan pada tahun 2017, ia menjadi syarikat ke-4 yang mengaut keuntungan paling tinggi di dunia dengan sebanyak RM1.264 trilion.

3. China National Petroleum Corporation

china national petroleum corporation

Juga merupakan syarikat dari China dalam senara ini, China National Petroleum Corporation yang diasaskan pada tahun 1988 menjalankan perusahaan dalam industri penapisan minyak mengaut keuntungan sebanyak RM1.286 trilion hanya dalam masa 29 tahun sahaja.

Ia dimiliki oleh kerjaan china dan merupakan satu kuasa besar dalam perusaahaan ini, yang juga beroperasi di Timur Tengah serta Rusia, seperti syarikat-syarikat minyak yang lain.

China National Petroleum Corporation yang beribu pejabat di Wilayah Dongcheng, Beijing ini mempunyai kakitangan seramai 1,636,532 orang.

2. State Grid Corporation

state grid corporation

Pada tahun 1986, Republik China telah melakukan satu inisiatif untuk memperbaharui sektor kuasa negara dan ia dilakukan dalam 3 peringkat.

Pada peringkat terakhir iaitu tahun 2002, Majlis Negeri Republik China ingin menstruktur semula sistem tenaga elektrik China untuk memberikan persaingan sihat kepada syarikat yang terbabit dan ketika ini lah State Grid Corporation of China (SGCC) diasaskan sebagai syarikat utiliti elektrik.

Dalam hanya 15 tahun beroperasi, State Grid Corporation berjaya menduduki tempat kedua sebagai syarikat berkeuntungan kedua tertinggi di dunia, iaitu sebanyak RM1.417 trilion.

Ia mempunyai kakitangan seramai 927,839 serta pelanggan seramai 1.1 billion iaitu hampir 80% daripada populasi China.

1. Walmart 

walmart

Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama syarikat ini kerana ia tiada di Malaysia, namun Walmart adalah syarikat terkaya di atas muka bumi dengan keuntungan sebanyak RM2.089 trilion.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Sam Walton pada tahun 1962 yang mana kini telah berkembang dan mempunyai 11,695 buah cawangan di 28 buah negara dengan hampir 2.3 juta orang pekerja.

Sam Walton merupakan pekerja makan gaji sehinggalah pada beliau meletakkan jawatan, dan telah membeli satu cawangan kedai runcit Ben Franklin dari syarikat Butler Brothers pada tahun 1945.

Sam mempunyai visinya yang tersendiri iaitu menjual produk dengan harga yang murah. Ia akan membuatkan penjualan menjadi tinggi walaupun keuntungan sedikit.

Visinya itu sememangnya tepat dan meletakkan syarikat peruncitan ini sebagai syarikat terkaya di dunia pada hari ini.

Rujukan : 

1. Wikipedia

2. Trending Top Most




Hakcipta iluminasi.com (2017)