Oleh pada 08 Aug 2021 kategori

Ketika dunia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, keadaan ekonomi global dilihat sedikit perlahan. Namun, ia tidak menghalang beberapa syarikat terkemuka dunia untuk terus berkembang dan membuat keuntungan.

Menurut kajian tahunan "Global 500" yang dijalankan majalah Fortune, syarikat dari Amerika Syarikat dan China terus menguasai peratusan tertinggi dalam senarai syarikat terbesar dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Secara keseluruhannya, syarikat Global 500 bertanggungjawab dalam urusniaga bernilai USD 31.7 trilion (RM 133.7 trilion) pada tahun 2021 (diambil kira dari pertengahan 2020 hingga pertengahan 2021). Jumlah itu sedikit menurun berbanding tahun 2020 yang mencatatkan rekod tertinggi setakat ini iaitu sebanyak USD 33.3 trilion (RM 140.5 trilion)

Syarikat dalam bidang tenaga, kewangan, pengangkutan, automotif, teknologi, telekomunikasi, pemborong dan peruncit merupakan antara syarikat paling produktif di dunia. Berikut adalah 10 syarikat terbesar pada tahun 2021.

10. Volkswagen (Jerman)

Pendapatan 2021 : USD 283 bilion (RM 1.19 trilion)

volkswagen

Volkswagen merupakan syarikat terbesar di Jerman dan salah satu daripada syarikat pengeluar kereta di dalam senarai ini.

Pada tahun 2020, Volkswagen menghasilkan sebanyak 8.9 juta kenderaan. Jumlah itu 18 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 10.8 juta unit.

Syarikat yang ditubuhkan oleh Barisan Buruh (organisasi di bawah Parti Nazi) pada tahun 1937 ini menjadi sangat popular kerana menghasilkan pelbagai kereta ikonik termasuklah Volkswagen Beetle yang terjual lebih daripada 21.5 juta unit.

9. Toyota Motor (Jepun)

Pendapatan 2021 : USD 275 bilion (RM 1.16 trilion)

toyota 851

Walaupun Toyota merupakan jenama automotif terkenal pada hari ini, ia sebenarnya bermula sebagai perniagaan tekstil apabila pengasasnya, Sakichi Toyoda, mula menghasilkan alat tenun automatik pada 1926.

Hampir satu abad kemudian, Toyota Motor bukan sahaja antara syarikat terbesar di dunia malah ia juga merupakan syarikat terbesar di Jepun.

Walaupun penjualan global pada tahun 2020 turun sebanyak 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, Toyota masih menghasilkan 9.5 juta kenderaan. Ini menjadikannya syarikat perngeluar kereta terbesar dunia.

8. UnitedHealth Group (AS)

Pendapatan 2021 : USD 242 bilion (RM 1.02 trilion)

unitedhealth group

UnitedHealth Group merupakan syarikat korporat yang ditubuhkan di Amerika Syarikat. Ia menawarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan insurans.

Syarikat multinasional yang ditubuhkan 44 tahun yang lalu kini diketuai oleh Sir Andrew Witty, seorang warga Britain yang dilantik menjadi CEO pada Fabruari 2021.

Kumpulan syarikat yang berpusat di Minnesota itu melakukan perniagaan di seluruh dunia di mana 80 peratus daripada pendapatannya diperolehi melalui perniagaan UnitedHealthcare

7. CVS Health (AS)

Pendapatan 2021 : USD 257 bilion (RM 1.08 trilion)

cvs health

CVS Health dari Amerika Syarikat ini merupakan syarikat industri kesihatan pertama yang berjaya tersenarai sebagai syarikat terbesar dunia.

Perusahaan farmaseutikal ini juga merupakan yang pertama dari Global 500 yang diterajui oleh seorang CEO wanita. CEO Karen Lynch telah dilantik menerajui CVS Health pada Februari 2021.

6. Apple (AS)

Pendapatan 2021 : USD 260 bilion (RM 1.09 trilion)

apple 53

Apple merupakan salah satu daripada lima gergasi teknologi Amerika yang dikenali sebagai FAAMG (Facebook, Amazon, Apple, Microsoft dan Google).

Apple dinobatkan dengan beberapa gelaran seperti syarikat paling berharga di dunia dan syarikat teknologi terbesar berdasarkan pendapatan (revenue).

Syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada tahun 1976 ini telah menempuh kejayaan yang begitu besar jika dibandingkan dengan permulaannya yang kecil.

5. Sinopec Group (China)

Pendapatan 2021 : USD 407 bilion (RM 1.71 trilion)

sinopec 558

Sinopec Group yang berasaskan perniagaan minyak dan gas ini berada dalam 10 senarai syarikat terbesar dunia walaupun antara paling muda berbanding syarikat lain.

Syarikat dari China yang ditubuhkan pada 1998 ini sedang membentuk masa hadapan yang bebas karbon apabila ia fokus dalam pengeluaran hidrogen yang lebih selamat.

Sinopec meletakkan sasaran untuk menghasilkan 500,000 tan hidrogen 'hijau' menjelang tahun 2025. Pada tahun ini, syarikat milik kerajaan itu jatuh tiga anak tangga dalam senarai Global 500.

4. China National Petroleum (China)

Pendapatan 2021 : USD 379 bilion (RM 1.6 trilion)

cnpc

Sebagai syarikat keempat terbesar dunia, China National Petroleum Corporation (CNPC) juga merupakan syarikat minyak ketiga paling besar di dunia.

Syarikat minyak gergasi China ini mempunyai aset minyak dan gas di sebanyak 30 buah negara. CNPC juga memainkan peranan penting dalam industri petroleum antarabangsa.

CEO syarikat ini iaitu Zhou Jiping telah meneraju CNPC yang berusia 33 tahun ini sejak tahun 2013 lagi.

3. Amazon (AS)

Pendapatan 2021 : USD 281 bilion (RM 1.18 trilion)

amazon

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Amerika berbelanja di Amazon ketika arahan berkurung dikeluarkan semasa pandemik COVID-19.

Amazon yang merupakan antara syarikat terbesar dunia itu itu telah merombak sepenuhnya cara orang berbelanja terutamanya bagi rakyat Amerika. Disebabkan itu, mereka mengukuhkan kedudukan dalam dunia perniagaan sejak ditubuhkan pada tahun 1994.

Pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos yang dilaporkan bernilai USD 1.7 trilion (RM 7.17 trilion) baru-baru ini telah melepaskan jawatannya sebagai CEO. Jawatan itu kini disandang oleh Andy Jassy.

2. State Grid (China)

Pendapatan 2021 : USD 384 bilion (RM 1.62 trilion)

state grid

Syarikat elektrik milik kerajaan China ini adalah syarikat kedua terbesar di dunia. Bahkan, ia juga merupakan syarikat utilili paling besar di atas muka Bumi.

Syarikat yang berpangkalan di Beijing itu mempunyai pekerja seramai hampir 900,000 orang. Perniagaan utama mereka adalah operasi pembinaan dan grid kuasa.

Pada penggal pertama tahun 2020, syarikat ini melalui jalan sukar apabila keuntungan mereka merosot 81 peratus akibat penularan COVID-19.

1. Walmart (AS)

Pendapatan 2021 : USD 524 bilion (RM 2.21 trilion)

walmart 499

Selama lapan tahun berturut-turut, Walmart telah mengungguli carta sebagai syarikat terbesar di dunia.

Syarikat yang diasaskan oleh Sam Walton sebagai perniagaan runcit keluarga pada 1962 ini berkembang menjadi rangkaian pasaraya terbesar dunia dengan 2.3 juta pekerja di 24 negara.

Sam yang menggunakan konsep mudah untuk "membantu orang menjimatkan wang supaya mereka hidup lebih baik" terbukti menjadi idea perniagaan yang menguntungkan selama lebih 59 tahun.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)