Oleh pada 31 Aug 2018 kategori

Kebanyakan orang pernah mendengar nama billionaire seperti orang paling kaya di dunia iaitu Jeff Bezos, yang merupakan pengasas Amazon.com. Begitu juga dengan Bill Gates, pengasas Microsoft yang sekian lama berada di dalam senarai orang paling kaya.

Billonair ini bukan sahaja mereka yang memperolehi banyak wang, mereka juga seperti seorang selebriti. Kita biasanya melihat wawancara, seminar, atau membaca buku mengenai bagaimana mereka berjaya.

Namun anda mungkin terkejut kerana terdapat juga jutawan di luar sana yang tidak gemarkan perhatian dan lebih suka berahsia. Mereka tidak mempunyai buku, akaun Twitter atau media sosial yang lainnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah senarai nama billionaire yang mungkin tidak pernah anda dengar tetapi mengenali produk atau syarikat mereka.

10. Sergey Brin - Presiden Alphabet, Inc. (RM196 bilion)

Pada awal tahun ini, Sergey Brin dinobatkan sebagai orang ke-13 paling kaya di dunia. Brin merupakan pengasas bersama Google dengan Larry Page. Kini beliau merupakan presiden Alphabet, Inc. yang merupakan syarikat induk Google.

Bapa dan datuk Brin sememangnya mempunyai minat mendalam terhadap matematik dan sains. Brin telah menghadiri Universiti Standford untuk mendapatkan PhD. Di sinilah dia telah berjumpa dengan Larry Page.

Salah satu minat Brin ialah kepada projek kenderaan tanpa pemandu Google. Dia juga banyak terlibat dengan pertubuhan amal Google.org yang membantu memberi alternatif penggunaan tenaga dalam usaha melawan isu pemanasan global.

9. Bernard Arnault - Pengerusi & CEO LVMH (RM297 bilion)

bernard arnault

Bernard Arnault merupakan orang ke-3 paling kaya di dunia dan terkaya di dalam industri fesyen. Dia merupakan Pengerusi & CEO kepada syarikat Christian Dior S.A. dan LVMH (Moet Hennessy Louis Vuitton SE), sebuah syarikat barangan mewah Perancis berpengkalan di Paris.

Selain meminati kecantikan, dia juga merupakan seorang pengumpul hasil seni terbaik dunia. Dia mempunyai koleksi hebat dari artis seperti Picasso, Henry Moore dan Andy Warhol.

Selain itu dia juga membuat beberapa pelaburan lain seperti saluran TV berbayar Netflix dan mempunyai 10% saham di dalam syarikat rangkaian pasaraya terbesar di Perancis.

8. Ma Huateng - Pengerusi & Pengasas Tencent Holdings (RM 177 bilion)

ma huateng

Ma Huateng mempunyai salah sebuah syarikat terbesar di dalam pelaburan, video game dan hiburan di dunia. Syarikatnya dikira sebagai syarikat Asia paling berharga hari ini.

Tencent Holdings juga menguruskan sistem pesanan ringkas terbesar China dan beberapa lagi perkhidmatan berkaitan telefon pintar. Hari ini dia merupakan orang paling kaya di China dan ke-14 di dunia.

Ma Huateng juga dikenali sebagai seorang yang "low profile". Dia jarang muncul di hadapan khalayak ramai dan sangat mementingkan privasi.

7. Francoise Bettencourt Meyers - Pengerusi L’Oréal & pewaris Liliane Bettencourt (RM174 bilion)

francoise bettencourt meyers

Menurut bahagian kewangan L’Oréal, keluarga Bettencourt merupakan pemegang saham terbesar syarikat dengan 33.13% diikuti oleh International Institutional Investors sebanyak 29.28% dan Nestle 23.17%.

Bettencourt Meyers merupakan salah seorang dari 2 wanita terkaya dunia. Seorang lagi ialah Alice Walton iaitu pewaris kepada rangkaian pasaraya Walmart.

Dia seorang yang sukakan privasi dan sering menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan. Hobinya ialah bermain piano selama beberapa jam sehari. Dia juga seorang ahli akademik yang menulis 2 buah buku penting berkenaan Bible dan kajian tuhan Greek.

6. Hui Ka Yan - Pengerusi China Evergrande Group of Shenzhen (RM125 bilion)

hui ka yan

Hui Ka Yan adalah pemegang saham terbesar China Evergrande Group yang juga merupakan syarikat pembangunan hartanah paling berjaya di Hong Kong.

Di China sahaja mereka mempunyai 700 projek di lebih 240 buah bandar seperti Beijing, Shanghai dan Shenzhen. Hampir 75% projek mereka tertumpu di bandaraya kelas pertama dan kedua.

Suatu masa dahulu dia merupakan orang paling kaya sebelum di atasi pesaing lain dan kini merupakan orang ke-3 terkaya di China. Dia yang membesar di kawasan kampung bekerja keras kerana minatnya di dalam bidang hartanah.

5. Jorge Paulo Lemann - Pengasas bersama 3G (RM113 bilion)

jorge paulo lemann

Jorge Paulo Lemann merupakan seorang pelabur yang tahu selok, belok dunia pelaburan. Dia juga merupakan orang ke-29 terkaya dunia dan yang paling kaya di Brazil.

Dia adalah seorang lulusan dari Universiti Harvard di dalam pengajian ekonomi. Lemann merupakan pengasas bersama sebuah syarikat pelaburan Brazil bernama 3G Capital.

Lemann juga merupakan seorang yang mementingkan privasi.

4. Carlos Slim Helu - Pemilik Grupo Carso (RM277 bilion)

carlos slim helu

Carlos Slim Helu merupakan orang ke-7 terkaya dunia dan orang paling kaya di Mexico. Dia memiliki syarikat yang melabur di pelbagai industri seperti pendidikan, kesihatan, hartanah, tenaga, teknologi, kewangan, sukan dan banyak lagi.

Pelaburannya merangkumi 40% daripada senarai Bursa Saham Mexico. Sejak dari kecil lagi dia tahu bahawa dia ingin menceburi bidang perniagaan. Dia belajar mengenai perakaunan dan laporan kewangan dengan sendiri.

Dia merupakan seorang lulusan koleh di dalam bidang kejuruteraan sivil namun kepintarannya dalam matematik merupakan kunci kejayaan perniagaannya. Di pejabat, Helu tidak suka menggunakan komputer sebaliknya menulis sendiri di dalam buku secara manual.

Helu juga seorang yang aktif dalam kerja kebajikan terutamanya mengenai kesenian, pendidikan, sukan, kesihatan dan pembangunan Mexico City.

3. Mukesh Ambani - Pengerusi & Pengarah Urusan Reliance Industries (RM165 bilion)

mukesh ambani

Mukesh Ambani merupakan orang paling kaya di India dan ke-18 terkaya dunia. Dia juga merupakan pemilik syarikat sukan paling kaya di dunia dan memiliki pasukan Mumbai Indians di dalam liga bolasepak India.

Dia juga merupakan pemegang saham terbesar syarikat gas dan minyak India, Reliance Industri dengan saham sebanyak 44.7%. Dia meninggalkan pengajian MBA di Universiti Stanford untuk membantu bapanya memulakan syarikat Reliance yang masih baru dan mentah.

Dia amat pentingkan kerja kebajikan. Dia juga seorang yang pentingkan kehidupan privasi dan seorang yang perfikiran serius. Bahkan, dia juga seorang vegetarian dan tidak minum minuman keras.

2. Susanne Klatten - Pelabur BMW dan Pewaris Altana (RM103 bilion)

susanne klatten

Susanne Klatten merupakan wanita paling kaya di German dan juga orang ke-38 terkaya di dunia. Dia mendapati bahawa sebagai pewaris yang kaya sedikit sebanyak menyukarkan hidupnya lalu pernah beberapa kali bekerja dengan menggunakan nama “Susanne Kant.”

Dia mempunyai pegangan saham sebanyak 19% dan merupakan salah seorang ahli lembaga penasihat BMW. Apabila bapanya meninggal dunia, dia mendapat saham sebanyak 50.1% di dalam syarikat Altana, pengeluar produk farmaseutikal dan bahan kimia.

Dia juga mempunyai 25% saham di dalam syarikat turbin angin German iaitu Nordez.

1. Amancio Ortega - Pengasas bersama Zara & Pengurusi Inditex (RM289 bilion)

amancio ortega

Ramai yang mengetahui jenama fesyen Ortega iaitu Zara. Dia merupakan orang ke-2 paling kaya di Eropah dan ke-6 terkaya dunia. Dia juga merupakan pelopor bidang "fesyen pantas" yang mempunyai gaya pakaian yang mendahului setiap musim bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Kedai Zara pertamanya dibuka pada 1975 bersama isterinya. Kini dia mempunyai lebih dari 6000 cawangan termasuk beberapa jenama lain di bawahnya dengan lebih 90,000 orang pekerja.

Ortega dikenali sebagai sorang yang suka kehidupan sederhana dan sering mengekalkan sikap "low profile". Sehingga pada tahun 1999, tiada satu pun gambar Ortega yang diterbitkan di dalam mana-mana majalah.

Walaupun kini dia boleh bergambar di khalayak ramai, dia tidak mahu memakai tali leher. Ortega hanya pernah ditemuramah sebanyak 3 kali sahaja di khalayak ramai.

Rujukan:

1. Forbes

2. Youtube

3. Toptenz




Hakcipta iluminasi.com (2017)