Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

Umum mengetahui bahawa ketika ini manusia terkaya di atas planet ini adalah CEO Microsoft iaitu Bill Gates. Namun, kedudukan itu kerap berubah-berubah mengikut pasaran ekonomi, dan bagi bulan Julai 2017, orang terkaya di dunia bukanlah Bill Gates, tetapi CEO Amazon iaitu Jeff Bezos.

Lonjakan harga stok Amazon telah membuatkan nilai Jeff Bezos meningkat kepada $90 billion yang meninggalkan nilai Bill Gates dengan perbezaan $4 billion. Namun harga stok Amazon kembali menurun yang telah membuatkan beliau jatuh kembali ke tangga ke-2.

BESARKAN TEKS     A-  A+

mark dan bill

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah, Mark Zuckerberg merupakan individu yang memperoleh keuntungan paling tinggi di atas muka bumi pada tahun 2017. Bermula dari awal tahun sehingga Julai 2017, Mark Zuckerberg telah memperoleh keuntungan sebanyak $23.1 billion yang membuatkan nilai kekayaannya melonjak daripada $50 billion kepada $73.1 billion.

Dan berita yang pasti akan buat anda ternganga, pada hari ISNIN sahaja, Facebook telah menambahkan kekayaan Mark Zuckerberg hampir $1 billion USD. Ini bermakna gaji beliau pada hari ISNIN sahaja hampir mencecah RM4.28 billion. Bagi individu kebanyakan, nilai itu tak mungkin mampu untuk dicapai walaupun hidup selama seribu tahun.

mark muda

Bagi ibu bapa yang merasakan anak anda menghabiskan masa terlalu banyak menggunakan komputer, jangan gelabah dan terus berleter terhadap mereka. Sebaliknya adalah lebih baik menyelidik dahulu apa yang mereka lakukan. Mana tahu mereka berminat dalam pengkomputeran, seperti programming dan sebagainya. Dengan memupuk minat mereka sejak kecil, tak mustahil mereka boleh jadi seperti Mark Zuckerberg satu hari nanti.

Kini Mark hanya memerlukan $3 billion sahaja lagi untuk mengambil alih tangga ke-4 sebagai manusia terkaya di atas bumi. Kekayaan Mark ini dikatakan digunakan ke arah politik dimana Mark dilaporkan menggajikan bekas penganalisa pilihanraya Hillary Clinton yang kononnya dikatakan untuk menjadi penasihat kepada syarikatnya.

mark di harvard

Juga pada awal tahun ini Mark Zuckerberg telah mengambil David Plouffe, bekas penasihat Barrack Obama dan beliau juga kerap melawat negeri-negeri di Amerika Syarikat, yang membuatkan ramai pihak menjangkakan beliau akan bertanding merebut jawatan tertinggi di negara itu iaitu sebagai presiden.

Namun Mark telah menafikan dakwaan ini sebanyak dua kali yang beliau tidak berminat untuk bertanding sebagai presiden Amerika Syarikat.

Sumber : Time




Hakcipta iluminasi.com (2017)