Siapa sangka seseorang itu boleh menjadikan laman Youtube sebagai punca pendapatan? Dan lebih menarik lagi, boleh menjadikan anda seorang jutawan. Jika dilihatkan, tidaklah susah untuk menjadi popular di Youtube namun untuk menjadikan Youtube sebagai sumber pendapatan, anda memerlukan kemahiran yang istimewa.

Jika anda mempunyai kemahiran petah bercakap dan beberapa kelebihan lain seperti berjenaka, menyanyi atau memasak, pasti anda boleh menjadi salah seorang daripada mereka ini.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 selebriti Youtube yang terkaya dan memperoleh pendapatan tertinggi di atas muka bumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Rosanna Pansino

Kalau anda meminati memasak atau membuat biskut, mungkin anda mengenali gadis comel ini. Rosanna Pansino adalah personaliti Youtoyube yang sangat terkenal dengan video-video membuat dan biskut dan cookies. Beliau mempunyai rancangan masakan sendiri yang dihasilkan melalui Youtube yang diberi nama Nerdy Nummies dan rancangan ini menampilkan ramai bintang-bintang Youtube.

Nerdy Nummies merupakan antara rancangan masakan yang paling popular di Youtube. Selain itu, Rosanna juga mempunyai buku masakan sendiri yang bertajuk "Nerdy Nummies Cookbook" dan juga jenama perkakas memasak sendiri. Ketika ini channel Youtube Rosanna mempunyai 8,864,235 subscribers dan video-video beliau telah ditonton sebanyak 2,101,478,771 kali. Dianggarkan sebanyak RM25.68 juta diperoleh oleh Rosanna Pansino pada tahun 2017.

4. Smosh

smosh

Kumpulan komedi Youtube yang diberi nama Smosh ini terdiri daripada dua individu iaitu Ian Hecox dan Anthony Padilla. Mereka berdua menghasilkan parodi dan video menyindir individu tertentu di Youtube. Video-video yang dihasilkan merupakan idea mereka sendiri dan mereka berjaya menambat hati warga Youtube dan mendapat sebanyak 22.7 juta subscribers sehingga hari ini.

Mereka antara selebriti Youtube terawal yang dimana patung lilin mereka dihasilkan di muzium Madame Tussaud dan juga konsisten dalam mendapat undian daripada peminat remaja sebagai antara selebriti paling popular. Sehingga video-video mereka telah ditonton sebanyak 6.65 billion kali. Pada tahun 2015, perolehan tahunan Smosh dianggarkan sebanyak RM36.38 juta namun telah menurun menjadi RM29.96 juta bagi tahun 2017. Namun ia masih menempatkan mereka di tangga ke-4 dalam senarai ini.

3. Lilly Singh

lilly singh

Lilly Singh merupakan warga Kanada yang meningkat naik melalui Youtube dan sangat terkenal dengan video-video parodinya yang bertemakan etnik. Channel Youtube Lily diberi nama "IISuperwomanII" mempunyai 2 juta subscribers dengan jumlah viewer sebanyak 2 billion.

Beliau telah melancarkan lawatan global pada tahun 2015 yang diberi nama "A Trip To Unicorn Island" yang mana telah menghasilkan dokumentari mengenai pengalamannya di Youtube Red. Bukan itu sahaja, Lilly juga telah memenangi beberapa anugerah di atas usahanya termasuklah Anugerah Fandom "Social Superstar Of The Year" oleh MTV pada tahun 2014 dan Anugerah Streamy kategori "Best First Person" pada tahun 2015.

Perolehan Lilly pada tahun 2015 hanyalah RM10.7 juta namun telah melonjak naik dengan begitu mendadak pada tahun 2017 menjadi sebanyak RM32.1 juta.

2. Roman Atwood

roman atwood

Beliau antara selebriti Youtube yang paling terkenal atas muka bumi ini. Beliau yang berasal dari Ohio, Amerika Syarikat sering menggunakan rakan-rakan dan keluarganya dalam penghasilan videonya. Video-video Roman biasanya berasaskan gurauan atau prank, telah menarik seramai 13.4 juta subscribers dan 3.95 billion viewers. Beliau juga antara salah seorang pelakon filem yang diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh beliau bersama-sama prankster yang sangat terkenal iaitu Vitaly dan juga Dennis Roady.

Video yang dihasilkan oleh Roman yang telah ditaja oleh Nissan telah memenangi Anugerah Streamy pada tahun 2015. Perubahan yang sangat ketara kepada perolehan yang diterima oleh Roman melalui channelnya iaitu peningkatan sebanyak RM23.54 juta daripada tahun 2015 yang menjadikan jumlah yang diterimanya pada tahun 2017 adalah sebanyak RM34.24 juta.

1. PewDiePie

pewdiepie

Memang tak syak lagi berada di tangga pertama senarai selebriti Youtube terkaya di dunia adalah Felix Kjellberg melalui channel Youtube nya yang diberi nama PewDiePie. Beliau merupakan warganegara Sweden yang tinggal di United Kingdom. Video-video yang dihasilkan oleh Felix rata-rata mengenai permainan video telah menambat hati warga Youtube dengan subscriber Youtube tertinggi di dunia iaitu 54 juta.

Video-video di channel PewDiePie telah ditonton sebanyak 15.9 billion kali, menjadikan Felix terpilih menjadi jurucakap bagi pihak Youtube dan banyak kelihatan di papan iklan Youtube. Felix juga pernah membuat kemunculan di dalam rancangan The Late Show with Stephen Colbert.

Pendapatan Felix melalui channel PewDiePie pada tahun 2015 adalah sebanyak RM51.36 juta dan meningkat sebanyak 25% pada tahun 2017 menjadikan perolehannya sebanyak RM64.2 juta setahun.

Kemaskini : ini adalah senarai bagi tahun 2017

Rujukan : Mediakix




Hakcipta iluminasi.com (2017)