Ketika artikel ini diterbitkan, terdapat hanya 6 video di Youtube yang mempunyai jumlah tontonan melebihi 3 bilion yang mana 5 daripadanya adalah video muzik dan 1 video siri animasi.

Berikut adalah senari video-video tersebut:

Tajuk videoArtisTarikh muat naikJumlah tontonan 
See You Again Wiz Khalifa ft. Charlie Puth6 April 20153.65 bilion
Shape of You  Ed Sheeran30 Jan 20173.61 bilion
Masha and the Bear: Recipe for DisasterGet Movies31 Januari 20123.20 bilion
Gangnam StylePsy17 Julai 20123.17 bilion
Uptown FunkMark Ronson ft. Bruno Mars19 November 20143.12 bilion

BESARKAN TEKS     A-  A+

video despacito paling popular di dunia youtube

Dan satu lagi video muzik yang bertajuk "Despacito" oleh Luis Fonsi ft Daddy Yankee's, menggungguli carta video Youtube paling banyak ditonton di dunia, dengan 5.3 bilion tontonan.

Jumlah tontonan sebanyak 5.3 bilion ini menghampiri jumlah populasi dunia yang kini mencecah 7.6 bilion. Ia adalah sangat menakjubkan kerana jika ditafsir berdasarkan angka ini, ia bermakna hampir 70% daripada populasi dunia menonton video ini.

Namun, adakah pencapaian ini betul-betul berbaloi kepada artis-artis yang terlibat?

Faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah bayaran

wiz khalifa dalam video see you again

Berada di slot teratas dalam laman web video paling popular di dunia dan mempunyai video yang ditonton sebanyak berbilion-bilion kali sudah pastinya merupakan sesuatu yang layak dibanggakan dan diraikan sekalipun jika ia tidak memberikan keuntungan sesen pun.

Seperti dalam artikel yang lalu, untuk menentukan jumlah tepat yang diterima mereka adalah sangat mustahil kerana ia berbeza daripada klip ke klip, bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis iklan yang dipaparkan, jumlah klik melalui halaman lain, lokasi penonton, tahun video tersebut ditonton dan banyak lagi.

Purata bayaran bagi setiap 1 bilion tontonan

ed sheeran dalam video shape of you

Jadi, cara terbaik untuk menganggarkan jumlah yang dibayar oleh Youtube kepada mereka adalah melihat kepada purata terkini.

Menurut wakil daripada SocialBlade, syarikat yang menjejaki saluran Youtube popular bagi menyediakan data kepada pihak yang berminat, setiap 1,000 paparan video akan memberikan pulangan di antara RM1 hingga RM16.

Jadi purata bayaran untuk 1 juta tontonan adalah di antara RM1,000 hingga RM16,000 manakala untuk 1 bilion tontonan adalah di antara RM1 hingga RM16 juta.

Anggaran bayaran untuk 6 video paling popular di Youtube

masha and the bear recipe for disaster

Namun, jumlah bayaran adalah tidak jelas sehinggalah pembayaran dibuat oleh pihak Youtube. Menggunakan purata ini, berikut adalah anggaran jumlah bayaran yang diterima melalui video-video tersebut:

Tajuk videoArtisJumlah tontonanAnggaran bayaran (juta)
DespacitoLuis Fonsi ft Daddy Yankee's5.3 bilionRM5.3 - RM84.74
See You Again Wiz Khalifa ft. Charlie Puth 3.65 bilionRM3.65 - RM58.38
Shape of You Ed Sheeran3.61 bilionRM3.61 - RM57.8
Masha and the Bear: Recipe for Disaster Get Movies 3.20 bilionRM3.2 - RM51.2
Gangnam StylePsy3.17 bilionRM3.17 - RM50.72
Uptown Funk Mark Ronson ft. Bruno Mars 3.12 bilionRM3.12 - RM49.92

Bayaran mungkin lebih rendah daripada anggaran

bruno mars dalam video uptown funk

Ini adalah julat bayaran yang sangat luar biasa namun dikatakan bahawa video yang paling popular pernah di muat naik di Youtube berkemungkinan tidak memperoleh bayaran melebihi RM4 juta.

Malah, jumlah bayaran juga mungkin lebih rendah daripada anggaran RM4 juta.

Menurut purata yang dianggarkan dan diterbikan baru-baru ini oleh Information Is Beautiful, Youtube telah membayar serendah RM0.0024 untuk setiap tontonan (RM2.40 untuk 1,000 tontonan), yang memberikan perolehan sebanyak RM7.2 juta bagi 3 bilion tontonan.

Juga dilaporkan bahawa sejurus selepas video Gangnam Style mencapai jumlah 2 bilion tontonan, Psy memperoleh bayaran sebanyak RM8 juta daripada Youtube.

Namun selepas itu, kadar iklan telah menurun yang memungkinkan Luis Fonsi dan Daddy Yankee mendapat bayaran yang lebih rendah, bagi jumlah tontonan yang sama.

Bayaran bukan diterima sepenuhnya oleh artis-artis

justin bieber dalam video baby 639

Malah, majoriti daripada video yang disenaraikan dalam artikel ini tidak dikeluarkan oleh syarikat rakaman yang dimiliki oleh artis itu sendiri, dan terdapat pelbagai pihak yang berkait dengan video-video popular ini.

Jadi, jumlah perolehan ini bukanlah diterima oleh artis-artis ini secara keseluruhannya, tetapi dibahagikan kepada semua yang terlibat. Walaubagaimanapun, bayaran daripada Youtube bukanlah satu-satunya sumber pendapatan mereka.

Lagu-lagu ini dijual berjuta-juta salinan di seluruh dunia, di-stream beratus juta kali di pelbagai platform (seperti Spotify, Joox, dll) dan dimainkan di radio-radio serta mendapatan keuntungan daripada berpuluh-puluh cara lagi.

Jadi, jumlah yang dibayar oleh Youtube ini hanyalah wang sagu hati untuk mereka.

 

Rujukan:

1. Forbes

2. Quora

3. Influence Marketing Hub




Hakcipta iluminasi.com (2017)