Youtube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia ketika ini. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google. 

Youtube bukan sahaja menjadi "TV bergerak", ia juga menjadi satu entiti untuk menjana keuntungan daripada video-video yang dimuat naik. Terdahulu iluminasi.com telah berkongsi 5 selebriti Youtube paling kaya di dunia, namun kali ini kami ingin berkongsi 5 selebriti Youtube paling popular di Malaysia.

Nota : Senarai ini dihasilkan dengan tidak mengambil kira akaun Youtube syarikat produksi, dan mengikut jumlah subscriber dan jumlah tontonan video.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Mat Luthfi

mat luthfi

Akaun Youtube : matluthfi90

Memang tak lengkap senarai ini jika tak ada Mat Luthfi. Beliau boleh dikatakan personaliti youtube yang paling terkenal di Malaysia. Mat Luthfi berasal dari Alor Setar, Kedah dan merupakan pemegang Ijazah Seni Bina daripada Univerisiti Curtin, Perth, Australia.

Kebanyakan video yang dihasilkan oleh beliau mempunyai nasihat dan mesej yang bermanfaat dengan cara sindiran. Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah Shout Aloud Award 2012, Shout Aloud Award 2013, dan Aksi di Youtube paling popular di Anugerah Bintang Poupular Berita Harian 2013.

Video hasil karya Mat Luthfi yang paling banyak ditonton bertajuk "Drama-drama sebelum kahwin". Kini Mat Luthfi dikatakan sedang mengarahkan sebuah filem bersama Skop Production berkaitan isu sekolah, pendidikan dan perguruan yang akan ditayangkan tahun hadapan.

Dengan subscribers sebanyak 448,252 subscribers dan jumlah tontonan sebanyak 41.2 juta, mathluthfi90 adalah Youtuber ke-5 paling popular di Malaysia.

4. JinnyboyTV

jinnyboytv

Akaun Youtube : JinnyboyTV

Berada di tangga ke-4 Youtuber paling popular di Malaysia adalah JinnyBoyTV. Ia bermula dengan akaun peribadi dan kini JinnyboyTV mempunyai dua orang ahli iaitu Jinnyboy dan Reuben Kang. Jinnyboy atau nama sebenarnya Jin Lim merupakan seorang DJ radio di Hitz.fm manakala Reuben pula seorang pensyarah dan hos TV.

JinnyboyTV menghasilkan video dengan genre hiburan dan yang sangat kelakar. Antara video yang mendapat sambutan hangat adalah ONLY IN MALAYSIA dengan jumlah tontonan melebihi 7 juta.

JinnyboyTV kini mempunyai 784,512 subscribers dengan jumlah tontonan sebanyak 121.2 juta. Video yang paling mendapat sambutan adalah GANGNAM STYLE PARODY (강남스타일) - KL STYLE dengan jumlah tontonan sebanyak 19.2 juta.

3. Ling BigYong

ling bigyong

Akaun Youtube : Ling BigYong

Dengan jumlah subscribers seramai 814,819, Ling BigYong berada di tangga ke-3 senarai ini. Mungkin ada yang tak mengenali beliau kerana video-video yang dihasilkan oleh beliau adalah dalam bahasa Cina. Namun, videonya tetap mendapat sambutan yang menceritakan mengenai isu semasa serta berkisahkan mengenai kehidupan pelajar.

Jumlah video yang dihasilkan oleh beliau adalah sebanyak 205 dengan jumlah tontonan sebanyak 167.1 juta. Video Ling BigYong yang paling banyak ditonton sebanyak 4.9 juta tontonan.

2. 老吳 Laowu

laowu 638

Akaun youtube : Laowu

Satu lagi channel Youtube yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa utama adalah Laowu. Beliau yang mempunyai jumlah subscribers sebanyak 866,482 menghasilkan video yang kebanyakannya berkenaan dengan permainan video.

Laowu merupakan individu yang menghasilkan video terbanyak dalam senarai ini iaitu 914 video, dengan jumlah tontonan sebanyak 260.9 juta. 

1. Namewee

namewee 886

Akaun Youtube : Namewee

Dan Youtuber paling popular di Malaysia adalah lelaki yang kerap kali daripada mencetuskan kontroversi di Malaysia iaitu Namewee. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berasal dari Muar, merupakan seorang artis hip hop, pengarah dan pelakon. Beliau pernah menggubah lagu Negaraku yang telah menjadi kontroversi pada satu ketika dahulu.

Beliau merupakan satu-satunya Youtuber di Malaysia yang mempunyai subscriber melebihi 1 juta iaitu 1.11 juta. Namewee juga berada di kedudukan ke-3926 dunia dari segi subsriber terbanyak. Jumlah video yang dihasilkan adalah sebanyak 325 denga jumlah tontonan sebanyak 394.5 juta.

Antara video Namewee yang paling popular di Youtube adalah video lagu berkolaborasi dengan penyanyi sensasi China, Leehom Wang yang mendapat tontonan sebanyak 82 juta ketika ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)