Dalam beberapa artikel yang lalu, iluminasi.com berkongsi mengenai berapakah jumlah bayaran yang diterima oleh Youtuber jika mendapat tontonan sebanyak 1 juta dan juga jumlah pendapatan bagi beberapa buah video paling banyak tontonan di Youtube.

Memang tak dapat dinafikan menjadi selebriti Youtube adalah sesuatu yang menjadi kegilaan ramai. Ia bukan sahaja membuatkan mereka popular tetapi juga memberikan pendapatan yang tak masuk akal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tak semua mampu melakukannya kerana pelbagai faktor yang diperlukan untuk menjadikan seseorang Youtuber itu berjaya. 

iluminas.com ingin kongsikan 5 Youtuber paling popular dan berjaya di dunia.

5. Whindersson Nunes

whindersson nunes 5 youtuber paling popular dan berjaya di dunia

Nama saluran Youtuber :whinderssonnunes
Subscribers: 30.2 juta
Jumlah tontonan: 2.5 bilion
Anggaran pendapatan 2017: RM6.8 juta

Berusia 23 tahn dan berasal dari Brazil, pelawak dan penyanyi yang bernama Whindersson Nunes adalah Youtuber ke-5 paling popular di dunia.

Whindersson memuat naik video-video parody, movie review dan video-video mengenai kehidupan hariannya. Beliau mula membuat video sejak berusia 15 tahun.

Beliau mula menjadi popular sejak tahun 2013 setelah video-video komedinya mendapat perhatian.

Pada Oktober 2016, saluran Youtube beliau iaitu whinderssonnunes menjadi saluran yang paling banyak di-subscribe di Brazil.

Namun ia hanya kekal kurang 4 bulan, selepas ia diatasi oleh Canal KondZilla. Ketika kini, sebanyak 345 video dimuatnaik di salurannya yang memberikan jumlah tontonan lebih daripada 2.4 bilion kali.

4.  Tyler Toney, Coby & Cory Cotton, Cody Jones dan Garret Hilbert

dude perfect 5 youtuber paling popular dan berjaya di dunia

Nama saluran Youtube: dudeperfect
Subscribers: 32.3 juta
Jumlah tontonan: 5.6 bilion
Anggaran pendapatan 2017: RM51.6 juta

Dude Perfect adalah daripada sepasang kembar iaitu Cory dan Coby Cotton bersama 3 lagi rakan sekolej mereka daripada Universiti Texas A&M.

Kesemua mereka ini adalah bekas pemain bola keranjang ketika di sekolah menengah.

Video-video mereka berkisarkan tentang trik-trik sukan yang sangat menakjubkan dan juga komedi.

Mereka juga memuatkan gurauan dan mengusik stereotaip pelbagai jenis sukan. 

3. Germán Garmendia

germ n garmendia 5 youtuber paling popular dan berjaya di dunia

Nama saluran Youtuber: HolaSoyGerman
Subscribers: 34 juta
Jumlah tontonan: 3.5 bilion
Anggaran pendapatan 2017: RM5.6 juta

German Garmendia adalah Youtuber paling popular di Amerika Latin dan berasal dari Chile. Pelawak dan ahli muzik ini mempunyai 2 saluran Youtube yang berada dalam senarai Top 20.

German dengan salurannya HolaSoyGerman menjadi popular selepas memuatnaik video yang bertajuk "Las Cosas Obvias De La Vida" yang bermaksud "Perkara-perkara Yang Jelas Dalam Hidup".

Saluran Youtube kedua German iaitu JuegaGerman, mempunya 27 juta subscribers dan memfokuskan kepada permainan video.

2. Konrad Dantas

konrad dantas 5 youtuber paling popular dan berjaya di dunia

Nama saluran Youtube: Canal KondZilla 
Subscribers: 36 juta
Jumlah tontonan: 17.6 bilion
Anggaran pendapatan 2017: RM14.4 juta

Konrad Dantas atau nama saluran Youtubenya, Canal KondZilla berada di kedudukan kedua senarai ini dengan jumlah subscribers hampir 36 juta.

Konrad adalah seorang penerbit, direktor dan penulis skrin video muzik yang berasal dari negara samba, Brazil.

Beliau telah mengarahkan lebih daripada 700 buah video muzik dan memulakan kariernya dengan mengarahkan filem konsert Charlie Brown Jr yang bertajuk "Musica Popular Caicara".

1. Felix Arvid Ulf Kjellberg

pewdiepie 5 youtuber paling popular dan berjaya di dunia

Nama saluran Youtube: PewDiePie
Subscribers: 64 juta
Jumlah tontonan video: 18.2 bilion
Anggaran pendapatan 2017: RM47.2

Dan berada di kedudukan pertama senarai Youtuber paling popular di dunia tak lain tak bukan adalah PewDiePie, dengan lebih daripada 64 juta subscribers

PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Arvid Ulf Kjellberg adalah warga Sweden yang kini menetap di United Kingdom.

Beliau merupakan pengulas permainan video yang mana video-videonya memaparkan Felix bermain pelbagai permainan video, manakala kotak kecil di bahagian penjuru skrin menunjukkan reaksi Felix terhadap apa yang berlaku.

Tahun lalu Felix terpalit dengan berita negatif selepas laporan Wall Street Jurnal mengatakan bahawa terdapat mesej anti-semitik (diskriminasi terhadap Yahudi) dalam video-videonya.

Perkara ini membuatkan Disney dan Youtube menghentikan hubungan perniagaan terus dengan Felix, namun beliau tidak diharamkan di Youtube.

PewDiePie telah memohon maaf kerana bergurau terlalu kasar tetapi masih meneruskan lawak-lawaknya tentang apa sahaja topik dan tidak segan untuk menunjukkan isyarat jari tengah kepada media dalam satu video respon.

Semenjak itu, subscribers PewDiePie semakin meningkat dan beliau memberitahu bahawa beliau sangat teruja dengan peluang-peluang baru yang diterimanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)