Apabila memperkatakan tentang Afrika, mesti kebanyakan kita akan terbayangkan keadaan orang berkulit hutan, hidup di padang pasir dalam keadaan miskin.

Selain itu, akibat daripada mainan pihak media barat dan juga info yang salah, banyak perkara yang kita salah faham mengenai Afrika.

1. Afrika Bukan Sebuah Negara

negara negara afrika

Ini mungkin salah faham paling banyak berlaku. Kebanyakan orang menganggap Afrika adalah sebuah negara yang besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah! Afrika sebenarnya adalah sebuah benua, sama seperti benua Afrika, Eropah dan lain-lain. Benua Afrika merupakan benua kedua terbesar dan kedua paling ramai penduduk. Benua ini dihuni kira-kira 1 bilion penduduk dan terdapat 54 negara dalam benua ini! Untuk melihat senarai negara di benua ini, boleh ke laman web Countries of The World.

2. Keseluruhan Afrika Adalah Padang Pasir

johannesburg

Ini juga salah salah faham akibat gambaran yang diberi oleh pihak media. Di Afrika, terdapat padang pasir yang popular antaranya Padang Pasir Sahara dan Padang Pasir Namib. Namun, itu tidak bermakna keseluruhan Afrika adalah padang pasir.

Sebahagian besar Afrika terutama pada bahagian tengahnya diliputi oleh hutan hujan tropika. Pada kawasan tinggi di pergunungan seperti Gunung Kilimanjaro di Tanzania, iainya mempunyai keadaan sub-artik.

3. Orang Afrika Tinggal di Pondok Usang

afrika selatan

Di dalam media elektronik, kita sering dihidangkan dengan gambaran tahap kemiskinan orang Afrika yang tinggal di pondok-pondok dan rumah yang usang. Makan tidak hairanlah sebahagian kita menganggap hampir kesemua orang Afrika masih tinggal dalam keadaan tersebut.

Di Afrika, terdapat banyak etnik atau puak yang masih memilih cara hidup tradisional. Oleh itu, mereka masih mengekalkan gaya hidup dan selesa hidup dalam keadaan sedemikian. Secara realiti, banyak bangunan tinggi telahpun dibina di bandar-bandar utama di Afrika.

4. Bahasa Afrika

bahasa di afrika

Di Afrika, terdapat banyak bahasa. Hampir semua etnik atau puak mempunyai bahasa mereka sendiri. Walaupun sebahagiannya mempunyai dialek yang seakan-akan sama, ia berlainan sama sekali.

5. Semua Orang Afrika Berkulit Hitam

orang afrika

Apabila sebut tentang Afrika, perkara pertama yang ramai orang akan bayangkan tentulah orang yang berkulit hitam. Sebenarnya kurang tepat.

Mengikut sejarah, ramai orang dari luar seperti Eropah telah sampai ke negara-negara di Afrika dan membina penempatan mereka. Sebagai contoh, orang Portugis telah membina penempatan mereka di Namibia 400 tahu dahulu. Begitu juga orang Dutch di Afrika Selatan, Perancis dii Angola. Selain orang putih terdapat juga India dan Cina yang berhijrah ke sana. Negara Afrika Selatan terkenal sebagai negara dengan kepelbagaian kaum dan jangan terkejut kerana ramai orang Malaysia juga boleh dijumpai di sana.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)