Albino kebiasaannya merujuk kepada satu keadaan dimana seseorang tu lahir dengan kekurangan pigmen melanin pada kulit dan rambut. Keadaan ini menyebabkan individu tersebut mempunyai rambut dan kulit yang berwarna pucat atau putih.

Albino terjadi akibat daripada bawaan genetik. Penyakit ini bukan sahaja terjadi pada manusia malah terdapat banyak juga penemuan haiwan yang mempunyai penyakit ini. Seseorang manusia albino secara umumnya sama seperti manusia lain kecuali warna fizikal mereka.

Daripada aspek kesihatan pula, ketiadaan pigmen melanin ini menyebabkan individu albino ini sangat mudah mendapat penyakit berkaitan kulit. Walau bagaimanapun, akibat keunikan warna kulit individu albino ini, ada antara mereka yang didiskriminasi. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi beberapa fakta dan perkara menyedihkan mengenai nasib orang Albino di sesetengah negara Afrika.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Salah faham dan kepercayaan karut

Terdapat sebuah kepercayaan karut (superstition) di Afrika dimana individu albino dianggap bukan manusia sebenar tetapi sebenarnya adalah syaitan atau hantu. Sesetengah orang Afrika juga percaya bahawa golongan albino ini tidak akan mati selamanya dan tubuh badan mereka mempunyai kelebihan untuk dijadikan ubat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

Akibat daripada kepercayaan karut ini, maka terdapat banyak bomoh yang mengamalkan ilmu hitam sanggup membunuh atau memotong anggota badan individu albino untuk keguaan dalam jampi serapah mereka. Kebanyakan amalan ini masih diamalkan di beberapa buah negara Afrika antaranya Tanzania dan Malawi. 

2. Menjana keuntungan dengan menjual anggota badan

prostetik untuk albino

Menjual anggota badan individu albino adalah satu bisnes yang sangat lumayan di Afrika terutamanya di negara-negara yang mempunyai ramai bomoh dan mengamalkan ilmu hitam. Secara purata, gaji seseorang di Tanzania adalah sebanyak RM1600 setahun. Walau bagaimanapun, menjual anggota badan seseorang albino membolehkan mereka mendapat sekitar RM8000 setiap satu.

Bagi keseluruhan mayat albino pula, mereka boleh memperoleh sekitar RM300,000. Dalam keadaan yang penuh dengan kemiskinan dan kepercayaan amalan karut ini, maka tidak hairanlah terdapat individu yang sanggup mencederakan atau membunuh individu albino demi keuntungan segera. Malah, ratusan mangsa albino masih lagi menunggu bantuan anggota badan prostetik bagi menggantikan anggota badan mereka yang telah dipotong.

3. Sekolah dan pusat jagaan khas

sekolah khas albino

Menyedari bahaya dan risiko yang dihadapi oleh individyu albino, kebanyakan kanak-kanak albino hanya tinggal di rumah dan tidak ke sekolah kerana takut dibunuh dan dicederakan. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak albino yang benar-benar mahu belajar di sekolah, mereka akan memasuki sekolah berasrama khas.

Malangnya, terdapat juga ibu bapa kanak-kanak albino ini yang akan terus mengabaikan mereka disana. Hal ini disebabkan kepercayaan bahawa individu albino akan membawa nasib malang kepada keluarga. Keluarga kanak-kanak albino ini juga akan meninggalkan anak mereka disekolah khas ini kerana tidak sanggup untuk membunuh anak mereka sendiri.

4. Ditakdirkan untuk hidup dalam kemiskinan

pendidikan untuk albino

Kerana kepercayaan karut yang wujud dalam masyarakat Afrika mengenai golongan Albino ini, mereka sering disisihkan dan didiskriminasikan termasuklah di alam pekerjaan. Akibatnya kebanyakan individu albino terpaksa bergantung pada keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan.

Dalam kebanyakan masyarakat, pendidikan dilihat sebagai salah satu cara untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Malangnya, kerana masalah penglihatan yang biasanya dimiliki oleh golongan albino, mereka menghadapi kesukaran untuk belajar. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat organisasi antarabangsa seperti Red Cross yang memberi bantuan pendidikan seperti pengajaran sistem tulisan braille dan memberi bantuan kaca mata untuk membolehkan golongan albino mendapat pendidikan.

5. Kewujudan pulau khas untuk orang Albino

penempatan khas albino

Kerana sering disisihkan daripada masyarakat, golongan albino ini telah mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah penempatan khas untuk orang albino di Pulau Ukerewa di Tanzania. Pada tahun 2014, terdapat kira-kira 70 orang albino yang tinggal dikawasan penempatan khas ini.

Terdapat juga individu albino ini yang bernasib baik kerena ahli keluarga mereka tidak mempercayai segala kepercayaan karut mengenai albino dan turut mengikuti mereka tinggal di kawasan penempatan khas ini.

Kredit:

  1. BBC
  2. The Guardian
  3. International Federation of Red Cross



Hakcipta iluminasi.com (2017)