Ura-ura berkenaan langkah membuka Petronas supaya dimiliki orang awam, bagi mengumpul dana untuk membiayai tanggungan hutang negara merupakan satu desas-desus yang kuat diperkatakan. Bagaimanapun, pada pandangan kami itu hanyalah spekulasi media yang sebenarnya boleh dikatakan tidak realistik kerana tujuan IPO dibuat bukanlah untuk mengumpul dana membayar hutan. Kami sudah terangkan berkenaan apa itu IPO dalam artikel ini. Bagi yang belum memahami apa itu IPO, bacakan dulu artikel tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda 5 saham terbitan awam terbesar di negara kita? Berikut adalah 5 syarikat yang berjaya mengumpulkan modal perniagaan paling besar di negara kita, selepas dibuka kepada orang awam dan mendapat keyakinan pelabur yang paling tinggi.

5. Eco World International Bhd

eco world pengurusan ipo terbesar malaysia

Eco World International Bhd. adalah sebuah syarikat hartanah yang cukup terkenal bukan saja di negara kita, malahan di luar negara. Terbitan awam saham Eco World berjaya mencatatkan jualan saham mencecah RM2.58 billion. Dibuka kepada orang ramai pada 3 April 2017 dengan harga RM1.20 satu unit, saham Eco World tersenarai di bursa Malaysia pada harga RM1.31 sebelum ditutup pada hari itu dengan nilai RM1.28.

4. Malakoff Corporation Bhd

malakoff ipo terbesar malaysia

Malakoff adalah pengeluar tenaga bebas terbesar di negara kita dan juga Asia Tenggara. Proses saham terbitan awamnya adalah yang terbesar pada tahun 2012 dan berjaya mengumpulkan RM2.74 billion selepas dibuka kepada orang ramai. Saham Malakoff dibuka pada harga RM1.80 seunit pada 15 Mei 2015, sebelum turun empat hari kemudian pada harga RM1.72. Hanya pada 2 Jun 2015, saham tersebut naik kembali pada tahap RM1.81 satu unit.

3. Petronas Chemicals Group Bhd.

petronas chemical ipo terbesar malaysia

Anak syarikat kepada Petronas, Petronas Chemicals adalah badan yang mengawal selia pengeluaran bahan kimia melibatkan petroleum di negara kita. Satu ketika dulu memegang tampuk IPO terbesar Malaysia, saham terbitan awam Petronas Chemicals dibuka pada harga yang agak tinggi berbanding syarikat lain yang tersenarai. Sahamnya dijual pada harga RM5.04 untuk pelabur terpilih dan RM5.20 untuk pelabur lain. Melalui proses ini, Petronas Chemicals berjaya mengumpulkan RM12.8 billion selepas disenaraikan di bursa saham negara kita.

2. IHH Healthcare Bhd

pantai hospital ipo terbesar malaysia

Kumpulan perubatan terbesar di Asia, IHH Healthcare berpengkalan di Kuala Lumpur namun beroperasi di seluruh dunia, antaranya Hong Kong, UAE, Brunei dan tak lupa juga Malaysia serta Singapura. Menjadi pemilik kepada International Medical University dan Hospital Pantai Kuala Lumpur. Saham IHH dibuka pada harga RM2.80 dan melonjak setinggi 9.6% selepas disenaraikan dan berjaya mengumpulkan nilai saham sebanyak RM8.3 billion bagi IHH memperkembangkan rangkaian kesihatan mereka.

1. Felda Global Ventures Holdings Bhd

foto fgv felda ipo terbesar malaysia

Menggalas tanggungjawab mengkomersialkan agensi kerajaan FELDA, Felda Global Ventures atau FGV adalah saham terbitan awam terbesar di negara kita setakat ini. Saham FGV dibuka pada harga RM4.55 seunit pada 28 Jun 2012, melonjak naik kepada nilai RM5.46 sebelum ditutup pada harga RM5.30. Bagaimanapun, saham FGV menjunam teruk ke tahap RM1.15 pada Ogos 2015 sebelum kekal pada paras RM1.68 ketika ini. Semasa disenaraikan dan dibuka kepada orang awam, saham FGV berjaya mengumpul modal terkumpul sebanyak RM10.4 billion.




Hakcipta iluminasi.com (2017)