Orang Malaysia selalu ingatkan kita ni dah banyak rehat akibat banyaknya cuti umum di negara kita, tetapi sangkaan kita sebenarnya jauh meleset.

Ada banyak lagi negara lain yang mengamalkan dasar pelaksanaan cuti umum yang jauh lebih banyak dari kita.

Tak percaya? Memang benar. Berikut adalah senarai negara-negara di dunia yang paling menganjurkan cuti umum pada rakyatnya untuk berehat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Thailand (17 hari)

pesta sonkran di chiang mai

Thailand menitik beratkan sambutan untuk masyarakat Buddha dalam kalendar cuti mereka, memulakan tahun baru mereka dengan menyambut tahun baru seterusnya menghormati sambutan Magha Puja.

Sambutan itu diraikan penganut Buddha apabila bulan penuh, dipercayai mampu   mengelakkan diri seseorang itu daripada perkara buruk.

Setiap 6 April, Thailand akan menyambut hari Chakri yang sejarahnya berpunca daripada pembentukan Dinasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok.

Sambutan paling besar di Thailand adalah hari festival Songkran di mana kebanyakan keluarga akan berkumpul.

Selain itu mereka juga menyambut hari Wesak, hari Dhamma bagi meraikan permulaan agama Buddha dan cuti dua hari memperingati kematian Raja Bhumibol Adulyadej, yang baru meninggal pada 2016 serta kematian Raja Chulalongkorn pada tahun 1910.

4. China (17 hari)

china festival sambutan

China menganjurkan cuti menurut budaya masyarakat mereka.

Dengan 17 hari cuti awam seluruh negara, masyarakat China mengadakan dua sambutan tahun kalendar baru dan tahun baru mengikut kalendar Cina.

Sempena menyambut hari Ching Ming pada setiap 4 atau 5 April, masyarakat China akan memperingati orang tua mereka mereka menerusi upacara menghadiahkan barang-barang di kubur nenek moyang, bagi memperingati dan membalas jasa mereka sambil membersihkan kawasan kubur.

Selain itu, masyarakat China juga mengadakan perlumbaan Bot Naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya ditetapkan bergantung kepada kalendar orang Cina.

3. Filipina (18 hari)

tugu monumen rizal filipina

Filipina juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan cuti kepada rakyat mereka yang bekerja.

Seperti Sri Lanka dan India yang akan kami senaraikan sebentar lagi, Filipina mengamalkan pemberian cuti kepada rakyat mereka atas sebab kewujudan masyarakat pelbagai etnik di negara mereka.

Filipina banyak meraikan sejarah mereka seperti cuti pada 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan. 

Mereka juga menyambut ulangtahun hari bermulanya Revolusi Filipina yang dipanggil The Cry of Pugad Lawin pada 28 Ogos, hari kelahiran Andres Bonifacio bapa Revolusi Filipina pada 30 November dan hari memperingati kematian pemimpin ulung mereka, Jose Rizal pada 30 Disember.

2. India (21 hari)

hari holi di india

Anda dah boleh nampak faedah hidup dalam masyarakat majmuk?

Trend ini diteruskan lagi dengan India di mana dalam setahun mereka mempunyai 21 hari cuti. Masyarakat majmuk banyak perayaan. Banyak perayaan? Banyak cuti!

Terdapat 4 hari cuti umum negara mereka iaitu hari republik, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang disambut pada 2 Oktober.

Selain itu, perayaan bercorak agama dianuti rakyat negara India juga diraikan dengan cuti, yang diberikan apabila tiba tarikh-tarikh yang ditetapkan.

1. Sri Lanka (25 hari)

hari poya di sri lanka

Seronok betul jadi orang Sri Lanka.

Dengan masyarakat majmuk yang mengamalkan kepelbagaian bangsa dan agama seiras dengan Malaysia, terdapat banyak keperluan untuk mewujudkan cuti-cuti khas.

Untuk setiap satu hari di mana bulan mengambang penuh, masyarakat Sri Lanka akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang dipanggil Hari Poya mengikut kepercayaan masyarakat Buddha.

Jika bernasib baik dalam bulan tersebut ada dua hari bulan mengambang penuh, hari itu juga akan diberikan cuti umum yang digelarkan hari Adhi.

Manalah cuti mereka tak bertimbun kan?

Di mana Malaysia?

Mengikut rekod rasmi setakat ini Malaysia mempunyai 15 hari cuti umum setiap tahun, tidak termasuk dengan cuti-cuti peristiwa yang boleh muncul tiba-tiba contohnya seperti meraikan kemenangan Sukan SEA atau hadiah kemenangan pilihanraya.

Walaupun cuti ini seronok, di beberapa negara yang disenaraikan wujud isu yang timbul khasnya di India dan Sri Lanka; apabila terlalu banyak cuti didakwa mengganggu produktiviti pekerja mereka.

Pelbagai pandangan telah dikeluarkan, tetapi tiada perubahan dapat dilakukan kerana kerajaan memerintah tidak mahu mengambil langkah kurang popular; memansuhkan cuti bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di sana.

Walaupun begitu bagi penulis, kami tetap mengharapkan agar lebih banyak cuti diberikan. Produktiviti terlebih-lebih pun buat apa.

Rujukan

World Atlas




Hakcipta iluminasi.com (2017)