Puncak tertinggi sesebuah negara sering diangkat sebagai simbol kebanggaan dan identiti.

Tetapi harus kita sedar, bukan semua negara di dunia ada puncak-puncak tinggi seperti kita yang ada Gunung Kinabalu atau Gunung Tahan. Ada negara yang puncaknya sangat rendah berbanding negara-negara lain. Nak buat ekspedisi pendakian pun tak boleh!

Tahukah anda lima negara yang puncak tertingginya, dikategorikan sebagai paling rendah di dunia? Berikut adalah lima puncak paling kemetot yang ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ta' Dmejrek, Malta (253 meter)

r

Malta adalah salah sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean dan di negara itu, puncak tertingginya dikenali sebagai Ta' Dmejrek.

Puncak ini terletak di kawasan Lembah Dingli pada puncak tertingginya, mencapai ketinggian 253 meter (di atas paras laut.

Walaupun tak adalah tinggi sangat, Ta' Dmejrek tetap menawarkan pemandangan menakjubkan yang menjadikannya destinasi popular bagi pendaki dan pelancong.

2. Banaba, Kiribati (81 meter)

banaba high point

Terletak di Lautan Pasifik, negara kepulauan Kiribati mempunyai puncak tertinggi yang dikenali sebagai Banaba.

Banaba mencapai ketinggian 81 meter di atas paras laut, menjadikannya puncak yang paling tinggi di negara ini.

Walaupun bergelar puncak tertinggi Kiribati, kawasan persekitaran Banaba yang kaya sumber alam khususnya fosfat, berdepan masalah eksploitasi secara melampau berabad lamanya.

3. Puncak tidak bernama, Kepulauan Marshall (10 meter)

the islands are made up of 870 reef systems and 160 coral species

Kita dah masuk kategori puncak yang tak layak digelarkan puncak!

Sebuah puncak yang terletak di Kepulauan Marshall, negara kepulauan di Lautan Pasifik, mempunyai puncak tertinggi yang mencapai ketinggian hanya sekitar 10 meter di atas paras laut.

Puncak ini terletak di kawasan terumbu Likiep, salah satu daripada 29 terumbu atau atol yang membentuk negara ini. Puncak 'tertinggi' jelas mencerminkan topografi rata dan rendah negara ini, tetapi tidak menghalang Kepulauan Marshal menjadi destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan terumbu karang dan biodiversiti marin.

4. Gunung Villingili, Maldives (5.1 meter)

highest mountain maldives

Kami tak tahulah sama ada sebuah puncak dengan ketinggian 5.1 meter layak dikategorikan sebagai gunung....tetapi itulah label yang mereka gunakan.

Di Maldives sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi, puncak tertingginya dikenali sebagai Gunung Villingili, yang hanya mencapai ketinggian 5.1 meter di atas paras laut, menjadikannya puncak tertinggi terendah di dunia.

Oleh kerana saiznya yang rendah, 'gunung' ini sebenarnya terletak di salah sebuah lubang golf yang ada di kawasan peranginan di situ. Jangan ingat kerana saiznya, aktiviti pendakian tak berjalan di sana ya!

Pengurusan resort di mana terletaknya gunung ini menawarkan sijil kepada individu yang telah berjaya menakluki puncak tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)