Oleh pada 19 Sep 2018 kategori

Hadiah Nobel merupakan satu pengiktirafan kepada tokoh-tokoh daripada seluruh dunia yang telah memberikan sumbangan besar dalam 6 bidang utama iaitu keamanan, sastera, fizik, kimia, perubatan dan ekonomi. Antara tokoh dan saintis ternama yang pernah memenangi anugerah ini adalah Barrack Obama (Keamanan), Albert Einstein (Fizik) dan Marie Curie (Kimia).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Majlis penganugerahan ini dilakukan pada bulan Oktober setiap tahun. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 pemenang Hadiah Nobel yang tidak menamatkan pengajian di sekolah. Ternyata ini membuktikan seseorang yang tidak begitu cemerlang dalam akademik masih boleh memberi sumbangan besar kepada dunia.

1. Jose Saramago

jose saramago

Jose Saramago dilahirkan pada tahun 1922 di sebuah bandar kecli di Portugal. Walaupun dianggap sebagai seorang yang bijak dalam akademik, beliau tidak dapat meneruskan pengajiannya dan terpaksa berhenti akibat masalah kewangan. Oleh itu, beliau mula bekerja sebagai penterjemah dan wartawan untuk akhbar Diario de Noticias.

Namanya mula mendapat perhatian dengan penerbitan novel popularnya, Baltasar and Blimunda. Beliau menyertai Parti Komunis pada tahun 1969 dan secara terbuka mengaku sebagai seorang atheis.

Gaya penulisannya unik dan mendapat perhatian kerana beliau tidak menggunakan kata nama yang betul, menyebabkan setiap karakter dalam novelnya tidak mempunyai nama. Pada tahun 1988, beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sastera.

2. Joseph Brodsky

joseph brodsky

Joseph Brodsky merupakan salah seorang sasterawan tersohor di dunia. Beliau lahir pada tahun 1940 di Leningrad, Russia. Di sekolah, beliau dilayan dengan teruk oleh guru-gurunya hanya kerana beliau berketurunan Yahudi. Silibus mata pelajaran sekolah yang mengajar doktrin komunis memaksanya berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun.

Selain bekerja, masanya telah dihabiskan untuk belajar bahasa Inggeris dan Polish serta mula berjinak-jinak dalam bidang penulis puisi. Beliau juga sempat menuntut ilmu daripada sasterawan tersohor Russia Anna Akhmatova sebelum dihalau keluar oleh Soviet Union pada tahun 1972.

Diringkaska cerita, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan menghasilkan 9 buah buku puisi. Di sana, beliau telah diberi peluang mengajar di New York University, Columbia University dan beberapa buah kolej. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sastera pada tahun 1987 kerana sumbangannya dalam bidang ini.

3. Arthur Henderson 

arthur henderson

Arthur Henderson dilahirkan pada tahun 1863 di Glasgow, Scotland. Setelah kematian ayahnya, keluarganya jatuh miskin. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa berhenti sekolah. Setelah emaknya berkahwin semula, beliau kembali menyambung persekolahan selama 3 tahun sebelum kembali berhenti daripada persekolahan.

Beliau menyertai pertubuhan Ironfounders’ Union pada usia 18 tahun dan dipilih sebagai Setiausaha dalam masa yang sangat singkat. Kerjayanya dalam bidang politik bermula secara rasmi pada tahun 1892.

Pada tahun 1906, beliau telah jadi pengasas bersama Parti Buruh dan menjadi Setiausahanya selama 23 tahun. Beliau menjadi Setiausaha Asing parti tersebut pada tahun 1929 dan dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1934.

4. Leon Jouhaux

leon jouhaux

Leon Jouhaux lahir pada 1879 di Paris. Bapanya bekerja di sebuah kilang membuat mancis tetapi terpaksa berhenti kerana mogok daripada persatuan pekerja. Akibatnya, beliau terpaksa berhenti persekolahannya untuk membantu keluarganya.

Beliau turut bekerja di kilang membuat mancis sebelum dipanggil untuk menyertai pasukan tentera. Setelah bapanya jatuh sakit, beliau dipanggil kembali untuk bekerja di kilang tersebut. Beliau lantang mempertahankan hak pekerja dan menjadi Setiausahan Agung di kilang, CGT. Beliau banyak memberi ucapan di luar negara untuk menggesa setiap persatuan pekerja bersatuan demi keamanan.

Di peringat antarabangsa, beliau menjadi Naib Presiden pertubuhan International Confederation of Free Trade Unions dan Presiden organisasi European Movement. Pada tahun 1951, beliau telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya memperjuangkan keamanan.

5. George Bernard

george bernard

George Bernard lahir pada tahun 1856 di Dublin. Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah tempatan namun mengambil keputusan untuk berhenti kerana tidak menggemari cara pembelajaran yang terlalu mengikut silibus.

Beliau mula bekerja ketika berusia 15 tahun dan pada 1876, beliau berhijrah ke London dan memulakan kariernya dalam bidang penulisan. Malangnya, beliau menghadapi kesukaran untuk menjual karyanya dan beliau terpaksa bergantung hidup pada emak dan kakaknya.

Beliau kemudiannya berminat pada pergerakan sosialisma dan menyertai pertubuhan Fabian Society. Kebanyakan perjuangannya pada peringkat awal lebih berkisar kepada masalah sosial. Pada tahun 1925, beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sastera. 

Kredit:

  1. Biography.com
  2. Encyclopaedia Britannica
  3. Nobel Prize



Hakcipta iluminasi.com (2017)