unit khas british sas

Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British adalah salah satu Angkatan Khas yang terpenting di dunia dan telah mendapat reputasi di atas profesionalisme dan kecekapan mereka.

SAS ditubuhkan oleh David Stirling yang menyedari bahawa kumpulan tentera yang kecil, mandiri dan serba boleh dapat menyelinap pertahanan Jerman untuk menyerang sasaran penting seperti lapangan terbang dan gudang senjata sebelum menghilangkan diri.

sas british

Sejak Perang Dunia Kedua, mereka telah terlibat dalam pelbagai operasi lain seperti peninjauan jarak jauh dan memerangi keganasan. Kejayaan mereka membawa kepada banyak negara menubuhkan pasukan khas sendiri seperti Delta Force.

iluminasi.com kongsikan antara 5 operasi SAS British yang paling dahsyat pernah dilakukan.

5. Pengepungan Kedutaan Iran

pasukan sas menyerbu masuk kedutaan iran

Pada April 1980, 6 pengganas bersenjata berat menyerang masuk ke Kedutaan Iran di London dan menjadikan 26 orang sebagai tebusan.

Mereka menuntut autonomi terhadap wilayah Khuzestan di Iraq dan membebaskan 92 orang Arab di penjara Iran.

SAS tiba di tempat kejadian dengan pantas dan dalam tempoh 6 hari rundingan, mereka merancang untuk menyerang kedutaan itu, mengumpulkan maklumat mengenai bangunan itu sendiri (serta pengganas) dan berlatih untuk menyerang.

Pada 5 Mei, tembakan kedengaran dari dalam kedutaan dan mayat tebusan dibuang di tangga luar kedutaan. Pihak polis segera menyerahkan kawalan kepada SAS dan pasukan serangan itu bergerak ke posisi mereka.

usaha menyelamatkan tebusan di kedutaan iran

Satu pasukan ditugaskan untuk menembak tingkap tingkat satu sementara yang lain mengelilingi bahagian belakang bangunan. Pada pukul 7:23, satu serangan dahsyat yang telah dihantar melalui udara membuatkan tingkap tingkat pertama diletupkan.

Pasukan memasuki bangunan itu melalui tingkat bawah, satu dan dua secara serentak, mengosongkan bilik-bilik menggunakan gas CS dan bom tangan.

Walaupun pengganas berjaya membunuh seorang tebusan dan mencederakan 2 yang lain, namun tentera SAS telah berjaya membunuh 5 orang pengganas dan menangkap seorang daripadanya.

Kejayaan menakjubkan yang mendapat liputan siaran langsung di televisyen ini telah membuatkan orang ramai lebih peka terhadap SAS.

4. Darurat Tanah Melayu

darurat tanah melayu 972

Pemberontakan di Tanah Melayu bermula pada tahun 1948. Ini adalah percubaan untuk menggulingkan pemerintahan kolonial British dan menubuhkan kerajaan Komunis.

Pengganas Komunis mendirikan pangkalan di hutan tebal dan dari situ mereka melancarkan serbuan dan serangan ke atas balai polis, ladang getah dan lombong timah.

Tentera British yang ditugaskan di Tanah Melayu ketika itu tidak sanggup dan tidak mampu untuk beroperasi di hutan tebal, jadi mereka menumpukan tenteranya di sekitar sasaran yang kemungkinan besar akan diserang oleh pengganas.

Oleh kerana ia tidak diperlukan lagi, kumplan SAS biasa telah dibubarkan pada akhir Perang Dunia Kedua. Namun, ia telah diperbaharui di Malaya dengan kekuatan 3 skuadron.

Rondaan kecil SAS bergerak jauh ke dalam hutan dan tidak lama kemudian menjadi mahir dalam peperangan hutan dan kemahiran hidup.

Beberapa suku kaum Iban dibawa dari Borneo untuk mengajar para tentera bagaimana untuk mengesan dan mengesan jejak-jejak yang paling sukar untuk dikesan yang ditinggalkan oleh tentera gerila.

sas di tanah melayu

Rondaan yang dikendalikan selama 3 bulan dalam keadaan yang mengerikan iaitu gabungan tekanan yang berterusan, catuan makanan yang menyedihkan dan penyakit tropika (yang kebanyakannya masih baru pada ketika itu) menyebabkan banyak askar mati awal.

Walau bagaimanapun, rondaan ini sangat berjaya dalam menyerang pengganas komunis dan menakluki hutan yang dikawal musuh.

Mereka juga mencapai kejayaan ini dengan berkawan dengan puak orang asli yang tinggal di dalam hutan. Sama ada dengan cara sukarela atau paksaan, suku-suku ini sering membekalkan pengganas komunis dengan makanan.

Walau bagaimanapun, beberapa tentera SAS mempelajari untuk bercakap bahasa mereka (Sakai) dan menggunakan kemahiran perubatan mereka untuk merawat berbagai penyakit mereka, yang memutuskan sumber bekalan kepada pengganas komunis.

Ini memaksa pengganas komunis untuk berundur lebih jauh ke dalam hutan di mana mereka diburu secara sistematik dan dibunuh atau ditangkap.

3. Serangan Jedel Akhdar

serangan jebel akhdar oleh sas british

Oman adalah sebuah negara kecil di timur tengah yang satu ketika dahulu diperintah oleh Sultan Said bin Taimur.

Oman telah bersekutu dengan Britain sejak abad ke-18, jadi, pada tahun 1957, ketika kumpulan pemberontak yang diketuai oleh abangnya menubuhkan kawalan wilayah, sultan meminta bantuan Britain.

Britain mengerahkan beberapa unit tentera di Oman tetapi mereka gagal mengalahkan pemberontakan tersebut. Satu rancangan untuk menyerang kubu kuat pemberontak di gunung Jebel Akhdar menggunakan 4 batalion (sekitar 4000 orang) ditolak kerana mustahil dari segi politik.

Sebaliknya, mereka menghantar skuadron SAS tunggal terdiri daripada 64 tentera, dan kemudian satu lagi skuadron dihantar.

Mereka berhadapan dengan satu tugasan yang sangaT berat di mana kali terakhir gunung-gunung tersebut ditakluki adalah hampir 2,000 tahun yang lalu.

Malah, satu-satunya jalan yang ada adalah sangat sempit yang melewati jurang dan gaung yang curam. Pada pukul 8:30 pagi, 26 Januari, 1959, skuadron D mula berarak ke arah selatan gunung tersebut.

jedel akhdar

Setiap tentera perlu membawa peralatan seberat 54 kilogram mendaki sejauh 2 kilometer tanah yang curam dan sukar. Ramai daripada mereka pengsan dalam perjalanan tetapi laluan itu tidak dijaga dengan begitu ketat kerana terdapat satu lagi serangan di bahagian lain.

Namun, peluru yang ditembak oleh penembak hendap telah meletupkan bom tangan dalam beg askar SAS, membunuh dua tentera SAS dan mencederakan seorang tentera.

Dan pada ketika itu juga, satu bantuan yang dihantar menggunakan payung terjun ke arah skuadron SAS telah disalahanggap oleh tentera pemberontak yang menyangkakan ia adalah bantuan ketenteraan. 

Pasukan pemberontak kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan banyak peralatan dan bekalan.

2 . Konfrontasi Indonesia-Malaysia 

tentera yang bertarung menentang askar indonesia

Sebagai sebahagian daripada pendunduran dari jajahan Asia Tenggara, Britain cuba membentuk negeri baru yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara.

Ia dikatakan bakal dikenali sebagai Malaysia. Walau bagaimanapun, pembentukan ini ditentang oleh Indonesia, serta banyak penduduk tempatan dalam kumpulan pengganas yang terlibat.

Pemberontakan berlaku di Brunei pada 8 Disember, 1962 namun ia berjaya diredakan dengan pantas.

konfrontasi indonesia malaysia

Orang-orang yang terselamat melarikan diri ke dalam hutan, manakala ribuan anggota Pertubuhan Komunis Klandestin kekal berada di bandar-bandar untuk menimbulkan rusuhan di Borneo Utara dan Sarawak.

Parti-parti gerila yang mana hampir pasti terdiri daripada tentera Indonesia mula menyeberangi sempadan dari Indonesia untuk melakukan serbuan dan serangan.

Respon dari SAS adalah dengan melancarkan skuadron yang meronda di kawasan sempadan.

Untuk memperluaskan kawasan yang dikawal dengan menggunakan jumlah tentera yang terhad, tentera SAS mengambil pendekatan dengan berkawan dengan penduduk setempat yang tinggal di hutan.

Dengan tinggal bersama-sama penduduk tempatan selama berminggu-minggu, memberikan bantuan bekalan kepada suku kaum itu dan merawat pelbagai kecederaan dan penyakit mereka, SAS memperoleh kepercayaan mereka.

tentera indonesia

Hasilnya, penduduk setempat memberikan bantuan dengan melaporkan sebarang pergerakan yang mencurigakan di sempadan kepada SAS.

Perang itu kemudian menjadi semakin serius, ketika kumpulan-kumpulan pasukan bersenjata Indonesia melintasi perbatasan dalam usaha untuk mendesak pasukan British dan Malaya untuk menubuhkan 'zon pembebasan".

Dalam salah satu daripada serbuan ini, trek rahsia untuk berundur telah ditemui oleh seorang anggota peronda SAS yang membawa kepada terbunuh dan tertangkapnya 96 orang tentera Indonesia.

SAS kemudian memutuskan untuk bertempur dengan musuh. Mereka menyeberangi sempada untuk menyerang tentera Indonesia dan mengumpulkan maklumat.

Sebaik sahaja rondaan SAS menemui kem atau trek pihak musuh, kumpulan infantri dibawa masuk menggunakan helikopter untuk melakukan serangan hendap.

Kejayaan SAS dan kekalahan tentera Indonesia menyebabkan Presiden Indonesia Sukarno digulingkan oleh rampasan kuasa. Penggantinya tidak mahu meneruskan kempen yang tidak berjaya itu dan pada 3 September 1966, konflik tersebut berakhir.

1. Operasi Feuerzauber Pesawat Lufthansa 181 

Pada 13 Oktober 1977, pesawat Lufthansa penerbangan 181 telah dirampas oleh 4 orang anggota Front Popular dari gerakan Pembebasan Palestin.

Mereka memaksa juruterbang untuk memandu pesawat tersebut ke beberapa lapangan terbang iaitu di Rom, Cyprus, Bahrain, Dubai, Aden, dan akhirnya di Mogadishu.

Kumpulan ini telah menuntut wang tebusan RM60 juta dan mahukan tahanan yang ditahan di Jerman dan Turki dibebaskan. Di Aden, selepas mendarat di atas pasir, juruterbang (Kapten Schumann) meninggalkan pesawat tesebut untuk memeriksa gear pendaratan yang mengalami kerosakan.

Apabila dia kembali ke pesawat, dia mendapati pemimpin pengganas yang memanggil dirinya Mahmud berada dalam keadaan marah. Dengan sedas tembakan di kepala, Schumann terbunuh.

Seorang lagi juruterbang pesawat itu kemudiannya mengemudi pesawat tersebut ke Mogadishu di mana mayat Kapten Schumann dibuang di atas jalan raya dan kumpulan ini memberikan kata muktamad supaya tahanan dibebaskan.

rampasan pesawat lufthansa 181

Apa yang tidak disedari oleh kumpulan ini adalah mereka sebenarnya diekori oleh dari lapangan terband oleh pesawat yang mengandungi anggota unit anti-pengganas elit Jerman, GSG-9.

GSG-9 ini diiringi oleh 2 pegawai SAS yang membekalkan mereka dengan bom silau yang baru sahaja dihasilkan dan cara menggunakannya. Ketika pengganas-pengganas tersebut menunggu tuntutan mereka dipenuhi, pasukan GSG-9 mendekati pesawat mereka dan pegawai SAS melontarkan bom tangan memasuki pesawat mereka.

Dengan pantas tentera GSG-9 meluru masuk ke dalam pesawat, menjerit kepada tebusan agar berbaring dan melepaskan tembakan.

3 daripada 4 pengganas tersebut termasuk Mahmud yang tak sempat meletupkan bom tangan yang dipasang pada pesawat dinaiki mereka. Pengganas terakhir berjaya diberkas.

Hanya 4 orang tebusan dan seorang tentera GSG-9 tercedera dalam misi menyelamat ini.



Hakcipta iluminasi.com (2017)