kebebasan media adalah sangat penting

Kebebasan media adalah sangat penting bagi demokrasi sesebuah negara dalam mendapatkan maklumat yang adil dan juga boleh dipercayai. Ia merupakan hak orang ramai untuk dalam menentukan keputusan seharian sama ada berkaitan hidup peribadi, sehinggalah dalam membuat keputusan memilih pemimpin negara.

Namun, kebebasan media juga dilihatkan sebagai satu medium yang mampu memberikan ancaman kepada negara. iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara yang paling bebas bersuara di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Skor : semakin rendah, semakin baik.

5. Belanda

kebebasan media di belanda antara yang terbaik

Skor : 11.28
Kedudukan tahun 2016 : 2

Di Belanda, kebebasan media dan perlindungan terhadap wartawan merupakan asas kepada demokrasi negara itu. Namun wartawan telah berhadapan dengan cabaran dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. 

Selepas berlaku gangguan ganas yang ketika perdebatan mengenai pelarian, wartawan-wartawan dilarang daripada menghadiri perdebatan berkaitan, atau membuat rakaman video dan suara. Ugutan bunuh dilakukan terhadap wartawan, kolumnis dan personaliti televisyen selepas berlakunya kontroversi mengenai peranan karekter "Black Pete", iaitu kanak-kanak berwajah hitam.

Serangan terhadap media juga semakin bertambah akibat daripada pendapat orang awam mengenai isu imigresen dan bangsa. Ketakutan terhadap keganasan dan jenayah terancang telah membawa kepada undang-undang kontroversi. Namun, perlindungan undang-undang kebebasan media di Belanda tetap kukuh.

4. Denmark

denmark berada di tangga keempat negara paling bebas bersuara

Skor : 10.36
Kedudukan tahun 2016 : 8

Kedudukan Denmark dalam kebebasan media melonjak naik dengan agak drastik dari kedudukan ke-8 kepada ke-4 dunia. Di Denmark, kebebasan bersuara dijamin oleh Perlembagaan 1849.

Artikel 77 dalam perlembagaan itu menyatakan, "Sesiapa sahaja berhak untuk mencetak, menulis dan bercakap untuk menerbitkan pendapatnya, namun dibawah tanggungjawab mahkamah. Penapisan dan langkah pencegahan tidak lagi boleh diperkenalkan,".

Dan disebabka itu, pada tahun 2005, akhbar harian Denmark, Jyllands Posten telah menerbitkan 12 karikatur Nabi Muhammad yang mana diterbitkan semula oleh majalah Perancis, Charlie Hebdo, dengan sindiran.

3. Finland

finland berada di tangga ketiga negara paling bebas bersuara

Skor : 8.92
Kedudukan tahun 2016 : 1

Finland yang memegang kedudukan pertama sebagai negara paling bebas bersuara untuk 5 tahun berturut-turut, kini jatuh pada kedudukan ke-3. Finland juga berada di kedudukan ke-4 bagi negara paling banyak pembaca suratkhabar per kapita.

Pada Disember 2016, imej penyiar awam perdana Finland iaitu YLE telah terjejas kerana Perdana Menteri Finland, Juha Sipila dilaporkan memberi tekanan kepada syarikat penyiar itu untuk mengubahsuai liputannya. Tindakan itu dikatakan untuk mengelakkan konflik berkaitan kepentingan diri beliau. 

2 orang wartawan YLE kemudinannya meletakkan jawatan dan memberitahu mereka menjadi sasaran tekanan politik yang menimbulkan perlanggaran terhadap kebebasan maklumat.

2. Sweden

sweden berada di tangga kedua negara paling bebas bersuara

Skor : 8.27
Kedudukan tahun 2016 : 8

Pada tahun 2016, Sweden meraikan ulangtahun ke-250 untuk undang-undang kebebasan akhbar pertama di dunia, yang digunapakai oleh parlimen Sweden bermula tahun 1776. Ia bukan hanya kebebasan oleh akhbar, tetapi juga hak orang awam untuk mengakses dokumen yang dipegang oleh kerajaan, di bawah prinsip "hak untuk maklumat".

Namun undang-undang ini dikatakan tidak menerima perlindungan yang cukup kerana 25 tahun kemudian, sebilangan besar wartawan Sweden menerima ugutan dan ancaman. Pihak berkuasa mengutuk berkali-kali mereka yang bertanggungjawab.

Kerjasama di antara pihak polis dan media atau kesatuan wartawan dilakukan dan ia dilihat sebagai langkah dalam mengatasi masalah ini di masa hadapan.

1. Norway

norway adalah negara paling bebas bersuara di dunia

Skor : 7.60
Kedudukan tahun 2016 : 3

Kebebasa media di Norway dikatakan sebagai sempurna. Artikel 100 dalam perlembagaan 1814 Norway menyediakan landasan untuk media bebas bersuara. Dan pada hari ini, pihak media bebas dan wartawan pula tidak tertakluk kepada penapisan dan tekanan politik.

Tidak seperti negara lain, keganasan terhadap wartawan dan media sangat jarang berlaku. Pada tahun 1997, Akta Pemilikan Media, iaitu undang-undang anti-konsentrasi digunapakai, di mana ia mengharamkan kumpulan media terkemuka seperti Egmont, Schibsted dan Amedia daripada memiliki lebih daripada 40$ saham di mana-mana stesen televisyen, radio atau akhbar.

Subsidi negeri untuk media adalah secara tak langsung untuk media cetak berita umum (dikecualikan cukai), dan diberikan secara langsung untuk media cetak pakar dalam pendapat. Pada bulan Mac 2017, satu gabungan media melancarkan #ETTMINUTT, sebuah projek yang bertujuan mengingatkan orang ramai tentang pentingnya pluralisma media dan kebebasan dalam penyediaan berita dan maklumat yang boleh dipercayai.


144. Malaysia

kebebasan bersuara di malaysia berada di tangga ke 144 dunia

Skor : 46.89
Kedudukan tahun 2016 : 146

Sangat menyedihkan, apabila melihatkan kedudukan Malaysia dalam kebebasan media di kedudukan yang kebelakang, iaitu 144 daripada 180. Kedudukan ini lebih buruk daripada negara-negara seperti Gambia, Thailand, Pakistan, Burma, Kemboja, Nepal dan Afghanistan.

Di Malaysia, akhbar bebas dianggap menghasut oleh kerajaan. Menurut Akta Pencetakan dan Penerbitan Percetakan, pihak akhbar wajib memohon pembaharuan lesen operasi daripada kerajaan setiap tahun. 

kebebasan media di malaysia dikawal oleh kerajaan

Pada tahun 2016, kerajaan Malaysia telah menyekat laman berita Malaysian Insider sementara pihak berkuasa terus menerus mengambil tindakan kepada media bebas di alam maya seperti kartunis Zunar.

Terdapat beberapa cadangan pindaan yang dianggap dahsyat untuk menguatkan Akta Rahsia Rasmi dan Akta Komunikasi dan Multimedia, namun Akta Hasutan terus menjadi ancaman terbesar kepada wartawan di Malaysia.

Rujukan : 2017 World Press Freedom Index




Hakcipta iluminasi.com (2017)