Oleh pada 21 Nov 2023 kategori

Bahasa Melayu memang diketahui meminjam banyak istilah daripada bahasa Arab.

Perkongsian yang berlaku menyebabkan ada jalinan yang wujud di antara bahasa Melayu dengan bahasa Ibrani atau dikenali sebagai bahasa Hebrew, yang menyebabkan kita di Malaysia turut sama berkongsi beberapa istilah serupa dengan orang Yahudi.

Berikut adalah beberapa istilah yang dikongsi oleh kita, hasil daripada pinjaman istilah Arab ke dalam bahasa kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Shalom

shalom salam

"Shalom" adalah perkataan Ibrani yang membawa banyak makna.

Ia diterjemahkan secara am sebagai "keamanan", tetapi boleh juga melambangkan rasa harmoni, keutuhan, kelengkapan, kemakmuran, kesejahteraan, dan ketenangan.

Sama seperti kita, 'shalom' digunakan dalam perbuatan harian yang boleh bermaksud sama ada 'salam perkenalan atau ucapan selamat tinggal.

Kata asal "shalom" adalah "shalam" dalam bahasa Ibrani kuno yang bermaksud "membuat sesuatu menjadi utuh". Apabila anda mengatakan "Shalom", anda sebenarnya mengatakan, "semoga anda dipenuhi dengan kesejahteraan" atau "semoga kesihatan dan kemakmuran menyertai anda"

2. Kippah

yahudi kippah yarmulk

Sebuah "kippah" adalah topi penutup kepala, biasanya diperbuat daripada kain yang dipakai oleh lelaki Yahudi untuk memenuhi keperluan amalan mereka yang percaya bahagian kepala mereka perlu ditutup.

Pendapat ini sebenarnya sangat mirip dengan keperluan menutup kepala masyarakat Islam kan?

Juga dikenali sebagai yarmulke, dalam masyarakat Yahudi ortodoks hanya lelaki yang akan memakai kippah sepanjang masa kecuali semasa tidur dan mandi.

Pemakaian kippah bukanlah perintah wajib tetapi telah diangkat sebagai salah satu adat masyarakat Yahudi, menjadi sebahagian identiti mereka yang melambangkan tahap penghormatan mereka kepada Tuhan.

3. Abba

abba abah bahasa

Istilah "Abba" adalah istilah Aramaik yang membawa maksud "bapa" melambangkan kasih saying dan kepercayaan anak kepada ayahnya.

Sehingga ke hari ini sama seperti kita yang menggunakan panggilan 'abah' untuk mewakili ayah kita, istilah ini terus diamalkan masyarakat Yahudi. Dalam bahasa Arab pula, panggilan kepada seorang ayah disebut sebagai 'ab.'

Dalam kitab perjanjian baru, kata nama 'abba' turut sama digunakan bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa.

4. Amen

amen islam yahudi

Istilah ini penggunaannya agak kompleks. Jika anda ingin lebih faham, rujuk artikel kami yang lama ini ya.

"Amen" digunakan secara meluas dalam kitab orang Yahudi sebagai satu bentuk jawapan yang boleh diterjemahkan sebagai pengakuan kepada "kebenaran" atau "benar".

Kitab Talmud masyarakat Yahudi menjelaskan terdapat tiga niat utama yang perlu difahami setiap individu Yahudi dalam menyebut "amen", bergantung pada konteks perbuatan; ketika bersumpah, menerima pernyataan atau syarat dan pengakuan kita percaya sesuatu itu benar.

Jadi apabila mengucapkan "amen", idealnya seseorang individu Yahudi harus benar-benar percaya apa yang dilakukannya itu benar.

5. Tzedakah

tzedaqah sedekah orang yahudi

"Tzedakah" adalah istilah Ibrani yang bermaksud "kebenaran", tetapi kini lebih kerap digunakan untuk merujuk kepada perbuatan amal jariah atau bersedekah.

Istilah tzedakah datang daripada istilah lama tzedeq dalam bahasa Ibrani, yang bererti keadilan; mewakili perbuatan yang perlu dilakukan demi menjaga kebaikan.

Konteks pemikiran Yahudi mendidik mereka bahawa memberi kepada orang susah bukanlah sesuatu yang dilakukan bila kita suka, sebaliknya sedekah adalah perbuatan yang perlu dilakukan.

Berbeza dengan kegiatan amal yang bersifat sukarela, tzedakah dilihat sebagai kewajiban agama yang harus dilaksanakan tanpa mengira keadaan kewangan seseorang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)