Kesesakan lalu lintas adalah masalah biasa di bandar-bandar besar di seluruh dunia. Kita pun mungkin kena menghabiskan masa sekitar 20 ke 30 minit setiap hari tersekat dalam kesesakan.
Bagi penduduk kawasan Pantai Timur yang pulang ke sana setiap kali tiba musim perayaan, tersangkut selama 8 jam mungkin sesuatu yang mereka kena tempuh dan diraikan.
Cuma setakat 8 jam tu apalah sangat? Terdapat beberapa insiden di mana kesesakan lalu lintas berlaku daam tempoh lebih daripada 24 jam. Jom belajar!
BESARKAN TEKS A- A+
1. Lebuh Raya Beijing-Tibet, China (2010) - 12 hari!
Pada bulan Ogos 2010, lebuh raya Beijing-Tibet mengalami kesesakan lalu lintas yang dianggap yang terpanjang dalam sejarah, berlangsung selama 12 hari.
Kesesakan teruk ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk pembinaan jalan, kemalangan dan peningkatan bilangan trak pengangkut arang batu dari Mongolia ke Beijing.
Selepas lama terperangkap, pihak berkuasa China akhirnya berjaya mengurangkan kesesakan dengan mengarahkan semua pengangkutan arang batu dilakukan pada waktu malam dan bukannya siang hari.
Seperti biasa, bila ada kejadian sebegitu pasti ada pihak yang akan ambil kesempatan menjana keuntungan tambahan. Ramai penduduk kawasan terjejas menjual makanan dan minuman pada harga markup yang tinggi kepada pemandu yang tidak bernasib baik.
2. Lebuh Raya Lyon-Paris, Perancis (1980) - 3 hari
Pada bulan Februari 1980, ribut salji teruk menyebabkan kesesakan lalu lintas besar di lebuh raya Lyon-Paris, yang berlangsung selama 3 hari selepas jalan raya tertutup dengan salji, menghalang pergerakan kenderaan.
Usaha untuk pasukan keselamatan hadir ke sana bagi membersihkan laluan juga sukar kerana akses yang terlalu terhad.
Situasi di luah mati emak, ditelan mati bapak ini akhirnya reda selepas sedikit demi sedikit halangan berjaya dibersihkan. Mereka yang terperangkap sekurang-kurangnya adalah pengalaman bermalam dalam kereta atas jalan raya, untuk diceritakan kepada anak cucu.
3. Autobahn A2, Jerman (1990) - 2 hari
Pada tahun 1990-an, gabungan salji lebat dan lalu lintas percutian menyebabkan kesesakan lalu lintas besar di Autobahn A2 di Jerman, yang berlangsung lebih 48 jam.
Beribu-ribu pemandu terpaksa bermalam sepanjang lebuh raya, dengan barisan kereta hampir 300 kilometer berbaris antara Nuremberg dan Berlin.
Kesesakan ini bermula lewat hari Rabu apabila pemandu dari Jerman Timur (insiden ini berlaku semasa era Jerman masih terpisah) pulang ke rumah selepas cuti. Beberapa siri kemalangan kecil, hujan dan kabus serta kelewatan pembinaan menyebabkan lalu lintas terhenti.
4. Lebuh Raya Nasional 44, India (2016) - 2 hari
Di India, insiden ini masih diceritakan di kalangan ahli masyarakat kerana mereka yang menempuhnya, belum benar-benar dapat melupakannya.
Pada tahun 2016, hujan lebat dan banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas besar di Lebuh Raya Nasional 44 di India, yang berlangsung lebih 48 jam. Ramai yang gagal hadir kerja hari tu. Tak taulah apa jadi pada mereka.
Sistem pengaliran yang tersumbat dan perancangan bandar yang kurang menjadi, mengakibatkan banjir menyebabkan jalan raya tertutup dan menghalang pergerakan kenderaan.
Untuk 15 jam terawal kesesakan bermula, pemandu yang terkesan rata-ratanya tiada akses kepada makanan dan bekalan air sehinggalah bantuan tiba.
5. Lebuh Raya M-10, Rusia (2012) - 3 hari
Di russia, Lebuhraya M-10 yang menghubungkan Moscow dan St. Petersburg terkenal sebagai lokasi yang benar-benar menguji kesabaran pemandu kerana sudah beberapa kali berlaku insiden serupa.
Antara kesesakan paling teruk berlaku di lokasi itu adalah dalam tahun 2012, bila ribut salji yang teruk menyebabkan kesesakan lalu lintas besar selama 3 hari, sepanjang lebih 200 kilometer.
Bagi membantu meredakan situasi, dapur bergerak dan tandas mobil disediakan bagi menyediakan makanan, bantuan perubatan dan kelegaan kepada pemandu yang terperangkap sehinggalah jalan raya dapat dibersihkan.
Dah baca dan tahu serba sedikit? Jika anda berada dalam situasi sesak, berapa lama rasanya anda boleh sabar dan duduk dalam kenderaan? Nyatakan jawapan anda dalam ruangan komen!