sindrom capgras

Insiden masalah mental merupakan sesuatu yang amat kita takuti berlaku pada kita atau mana-mana individu yang kita sayangi.

Tekanan yang dihadapi oleh mereka yang sakit serta individu lain yang perlu menjaga mereka amat tinggi, memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang kukuh. Masalah mental seperti gila atau kurang siuman merupakan sesuatu yang biasa kita lihat, menyebabkan ada ahli masyarakat kita suka meracau dan bercakap seorang diri.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan orang kurang siuman - 5 sindrom masalah mental yang kami senaraikan di bawah jauh lebih teruk, betul-betul akan menduga kesabaran. Berikut adalah 5 sakit mental pelik yang dapat kami kongsikan pada anda hari ini.

1. Sindrom Capgras

tak kenal anak sendiri

Sindrom capgras adalah sindrom yang boleh berlaku pada mana-mana individu. Apa yang berlaku pada mereka itulah yang cukup membimbangkan - pesakit sindrom ini boleh 'melupakan' mana-mana individu seperti suami, anak, adik-beradik atau sesiapa saja yang dikenali sebelum itu, mula percaya individu yang ada sebenarnya hanya seorang yang sedang menyamar.

Antara kisah sindrom Capgras melibatkan seorang ibu berumur 40 tahun yang tidak mengaku salah seorang anak perempuannya berumur 9 tahun, adalah anaknya yang sebenar. Walaupun cuba diyakinkan, malangnya ibu itu tidak berjaya diyakinkan. Apa yang merisaukan, akibat paranoia terpaksa duduk dengan 'orang asing' khasnya kanak-kanak, individu dewasa penghidap sindrom ini ditakuti bertindak agresif dalam melindungi keselamatan dirinya daripada gangguan yang dihadapinya. (rujukan)

2. Sindrom percaya diri mereka binatang

sindrom merasa diri binatang

Bagaimana nak mengenali individu yang menghidap penyakit mental yang dikenali sebagai sindrom boanthropy? Mudah saja. Mereka akan berlagak seolah-olah mereka seekor lembu. Ini kerana mereka percaya memang mereka seekor lembu. Boleh jadi juga kerbau atau seladang. Spesis begitulah kiranya.

Selain daripada kategori boanthropy, wujud satu lagi kategori besar penyakit mental yang dinamakan 'species dysphoria' di mana ramai individu percaya mereka sebenarnya dilahirkan dalam spesis yang salah. Ada di antara mereka percaya mereka adalah serigala, rakun, harimau dan bermacam lagi binatang lain - bukan manusia biasa. (rujukan)

3. Apotemnophilia

sindrom tak suka diri sempurna

Salah satu sindrom paling berbahaya kepada tuan punya badannya sendiri, apotemnophilia menyebabkan seseorang itu mahu mencacatkan anggota badan khasnya organ tangan dan kaki, tanpa sebarang sebab. Dari segi mentalnya, individu pengidap sindrom ini merasa kurang selesa mereka lengkap anggota badan!

Menurut kajian yang telah dijalankan sejak kali pertama direkodkan pada tahun 1977, pengidap masalah ini kebanyakannya berpunca daripada rasa keinginan seksual yang ganjil seperti gemar melihat kemaluan individu lain dipotong.

Kes pertama yang benar-benar mencetuskan kontroversi adalah kes seorang doktor bernama Robet Smith, seorang pakar bedah Scotland bertindak mencacatkan sebelah kaki dua orang pesakit warga England dan Jerman, pada tahun 1997 dan 1999 - atas permintaan pesakit itu sendiri. (rujukan)

4. Pica disorder

pica nafsu makan pelik

Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang mengandung, mengidam nak makan sesuatu itu biasanya akan berlaku. Bagaimanapun, bagi beberapa ibu yang unik, mereka akan menjalani satu ketidakseimbangan mental yang dinamakan 'pica disorder.'

Pica disorder pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, bergantung kepada ada yang mahu mereka makan. Ais, rambut, kertas, cat kering pada dinding, objek tajam, besi, batu, kaca, najis, kapus dan tanah menjadi antara pilihan. Boleh menyerang kanak-kanak serta individu yang mempunyai autism selain ibu mengandung, risiko yang dihadapi mereka amat tinggi apatah lagi melibatkan kanak-kanak. (rujukan)

Seseorang yang mempunyai pica, tidak merasa mahu makan makanan biasa.

5. Sindrom Kluver-Bucy

hypersexuality

Sindrom yang dinamakan sempena nama pakar yang menemuinya iaitu Heinrich Kluver, akan berlaku apabila terdapat kerosakan pada bahagian otak - menukarkan identiti pesakit untuk berkelakuan ganjil. Keganjilannya pula ada beberapa jenis, antaranya gemar makan dalam kuantiti yang melampau, suka memasukkan objek ke dalam mulut atau lebih teruk - hiperseksualiti.

Masalah besarnya; semua sindrom itu berlaku serentak.

Dalam sebuah kes melibatkan seorang lelaki berusia 69 tahun pada 2011, lelaki tua itu mula lebih gemar menyendiri dan identitinya bertukar menjadi ganas. Tabiat makannya juga berubah, menjadi seorang pelahap selain daripada gemar menggigit tongkatnya serta memasukkan tangan ke dalam mulut.

Yang memalukan, atuk itu akan melakukan onani secara terbuka tak kira masa, tak kira siapa pun ada di sebelahnya disebabkan nafsu membuak-buak. (rujukan)



Hakcipta iluminasi.com (2017)