vhils seni jalanan 4

Dalam dunia seni jalanan, Banksy mungkin raja kerana kemasyhurannya tetapi ada seorang seniman Portugis yang semakin menempa nama kerana suka membuat bising dengan karya seninya.

vhils seni jalanan 3

Alexandre Farto melakar hasil seninya menggunakan teknik letupan dengan mesiu (serbuk letupan) di sebalik nama Vhils.

Beliau yang merupakan graduan University of the Arts London Central Saint Martins pernah mengadakan pameran di Macau dan Beijing dan kini sedang menganjurkan festival muzik dan kesenian "Iminente" di London dan Lisbon.

vhils seni jalanan 2

Bermula dengan graffiti, Vhils mula mencari idea baru untuk menghasilkan karya. Beliau mencuba pelbagai kaedah termasuklah menstensil dan yang terbaru dengan proses pengekstrakan. Menurut Vhils, selain menambah sesuatu kepada dinding, karya seni yang menarik juga boleh dihasilkan dengan mencabut atau mengorek sesuatu dari dinding.

vhils seni jalanan

Menggunakan alat bertukang, dia mula mencari permukaan struktur bangunan yang sesuai dijadikan kanvas. Perlahan-lahan beliau menggerudi, memahat, mengetuk, selain menggunakan peluntur dan asid untuk menghasilkan seni yang mempunyai banyak lapisan dan berdimensi.

vhils seni jalanan 5

Potret-potret yang dihasilkan Vhils sememangnya unik dan tampak nyata seolah-olah bernyawa. Vhils berharap agar seni gaya baru ini akan berjaya menghiasi jalan-jalan dan mencantikkan bangunan lama di Lisbon dengan menutup cela Revolusi Carnation sejak 1974 yang lalu.

vhils seni jalanan 6

Rujukan: Yatzer


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)