Walaupun kematian itu adalah pasti, namun masih terdapat ramai orang yang cuba untuk melawan takdir tersebut untuk hidup selama-lamanya.

Jika difikirkan secara logik, walaupun mampu hidup lama tetapi seseorang itu pasti tidak akan dapat menikmati hidup yang terlalu panjang disebabkan oleh faktor fizikal.

Namun sikap tamak manusia melebihi segala-galanya. iluminasi.com ingin kongsikan 5 individu yang mati disebabkan mencari penawar untuk hidup selama-lamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Sami Buddha Shingon

sami buddha shingon ingin dibangkitkan semula selepas mati

Jika anda percaya bahawa manusia perlukan anda di satu tempat pada masa akan datang yang masih jauh, bagaimanakan cara anda untuk memastikan tubuh anda dibangunkan ketika diperlukan?

Ya, sami Buddhisma Shingon telah menggunakan teknik memumifikasi diri sendiri bagi menghentikan tubuh daripada mereput dan membusuk.

Proses ini melibatkan menahan lapar, meminum bahan seperti resin dan kemudiannya memasuki ruang kubur. Dalam beberapa kes, mereka dimasukkan ke dalam patung Buddha.

Sarung patung buddha tersebut kemudiannya disimpan dengan selamat bagi mencegah daripada sebarang kerosakan atau kerosakan dari agen penguraian semula jadi.

Teknik ini telah membunuh mereka, namun mereka percaya bahawa mereka akan dibangunkan selepas beberapa ribu atau jutaan tahun untu membantu manusia.

2. Alexander Bogdanov

alexander bogdanov mencari penawar untuk hidup selamanya 653

Selepas dibuang daripada parti Bolsheviks oleh Vladimir Lenin, ahli fizik Kesatuan Soviet, Alexander Bogdanov telah memulakan gerakan seni yang dikenali sebagai Proletkult dan membangunkan kajian teknologi, sebagai pendahulu kepada analisis sistem.

Dia juga percaya bahawa pemindahan darah adalah kunci kepada proses keremajaan dan keremajaan yang berkekalan.

Selepas menjalankan beberapa pertukaran darah, Alexander melaporkan bahawa dia mengalami peningkatan kesihatan selepas setiap satu pemindahan, sehinggalah yang terakhir kali.

Pertukaran darah oleh Alexander dengan seorang pelajar yang menderita akibat malaria telah membunuhnya. Laporan mengatakan bahawa Alexander dan pelajarnya itu mempunyai kumpulan darah yang tidak sama.

3. Qin Shi Huang

qin shi huang ingin hidup selamanya 615

Sejarah empayar Cina mempunyai penuh dengan ciri-ciri seperti penawar, ramuan dan pil yang boleh memanjangkan nyawa. Ramai ahli kimia mendakwa telah menguasai formula dalam menghasilkannya.

Walaubagaimanapun, hakitkanya, formula tersebut bertindak sebaliknya dengan memendekkan nyawa mereka. Keracunan raksa adalah antara salah satu penyebab biasa kematian dalam kalangan kerabat diraja Cina.

Qin Shi Huang, maharaja pertama dinasti Qin, meninggal dunia ketika berusia 39 tahun. Dia telah meminum raksa yang disangkakan mampu membuatkannya hidup selama-lamanya.

Dia juga membawa bahan tersebut sehingga ke dalam kuburnya. Amalan-amalan ini sangat lazim dan berleluasa sehingga awal dan pertengahan tahun 1500an. 

Amalan ini terhenti apabila mereka menyedari bahawa sebahagian daripada bahan yang mereka gunakan turut digunakan dalam pembuatan belerang.

4. Issac Newton

sir issac newton mencari penawar hidup abadi

Ahli kimia China bukan satu-satunya yang bereksperimen dengan raksa. Ahli kimi Barat juga berusaha untuk mencipta "Philosopher's Stone", iaitu bahan yang dipercayai memiliki sifat untuk meremajakan manusia dan mungkin menjadikan mereka kekal abadi.

Ramuan terpenting dalam batu tersebut adalah raksa. Sir Isaac Newton yang sangat berminat dalam penghasilan produk tersebut telah menunjukkan tanda-tanda keracunan raksa di penghujung hidupnya, termasuklah badan terketar-ketar, kekeliruan dan insomnia yang teruk.

Ramai ahli kimia yang memendekkan nyawa mereka sendiri kerana mencari keabadian. Sesetengah bahan kimia tidak dapat dibezakan dengan mudah dan bahan berintensiti tinggi memberi kesan dari masa ke masa.

5. Charles-Édouard Brown-Séquard

charles douard brown s quard mati disebabkan ingin hidup selamanya

Ketika dalam usaha mencari penawar hidup selamanya, Charles-Eduard Brown-Sequard mula menjalankan eksperimen ke atas ekstrak buah zakar tikus mondok dan anjing.

Dia mendakwa bahawa ia mempunyai bahan-bahan peremajaan. Walaupun Charles kekal hidup sehingga usia 76 tahun sebelum meninggal dunia, namun ramai daripada rakannya percaya bahawa bahan-bahan tersebut telah memendekkan umur seseorang.

Apabila Charles beranggapan bahawa ideanya boleh dijual, dia memberikannya secara percuma. Ia telah membuatkan ramai orang sakit dan telah membunuh beberapa daripadanya.

Pud Gavin, salah seorang yang popular dalam menggunakan penawar ini, meninggal dunia pada usia 45 tahun. Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang, namun ramai orang beranggapan bahawa penawar Charles hanyalah memberikan kesan plasebo.




Hakcipta iluminasi.com (2017)