Manusia moden yang paling tua yang pernah hidup adalah Jeanne Calment. Dia dilahirkan pada tahun 1875 dan meninggal dunia pada tahun 1997 pada usia 122 tahun.

Walaupun ia adalah rasmi, namun tidak semua yang bersetuju bahawa Jeanne adalah manusia moden yang paling lama pernah hidup di dunia.

Menurut sumber, ada golongan yang mendakwa bahawa mereka hidup lebih lama daripada ini malah ada yang mengatakan bahawa diri mereka boleh hidup kekal abadi atau lebih dikenali sebagai "immortal".

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 manusia yang mendakwa diri mereka hidup kekal abadi.

1. Alex Chiu

alex chiu dakwa dirinya abadi

Alex Chiu adalah lelaki berusia 48 tahun yang mendakwa dirinya mampu hidup abadi.

Bagaimana dia boleh mencapai tahap ini, adalah dengan menggunakan cincin abadinya.

Alex mencipta cincin magnet ini untuk berfungsi pada jari tangan dan kaki manusia bagi memastikan bahawa sel-sel badan sentiasa pulih dengan betul serta tidak mati.

Sekiranya sel-sel badan sentiasa dijana semula, maka manusia tidak akan pernah mati, dari segi biologi.

cincin abadi ciptaan alex chiu

(Cincin abadi ciptaan Alex Chiu)

Dia mengatakan bahawa dia telah memodenkan perubatan Cina kuno untuk membuatkan semua orang boleh hidup selama-lamanya.

Malah, anda boleh membeli cincin ini di Amazon yang tersedia dalam warna hitam atau putih.

Namun, cincin berwarna hitam adalah lebih mahal kerana ia dikatakan lebih kuat.  

2. Leonard Jones

leonard jones kekal abadi 560

Leonard Jones adalah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang dilahirkan pada tahun 1797 yang mendakwa bahawa dirinya kekal abadi.

Lebih menarik, dia juga mendakwa bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi sepertinya dan apa yang perlu dilahukan adalah mendapatkan jumlah tidur dan puasa yang cukup.

Dia bertemu dengan seorang pendakyah yang mempercayai perkara yang sama dan kedua-dua mereka ini mengasaskan kepercayaan "hidup kekal abadi", serta cuba untuk merekrut orang ramai untuk membuka "bandar kekal abadi".

Ketika mereka sedang merekrut orang, pendakyah tersebut meninggal dunia dan ia membuatkan Leonard Jones tersangat malu apabila dia berucap di majlis pengebumian rakannya yang "kekal abadi" itu.

Leonard kemudiannya beralih ke kancah politik dan cuba untuk bertanding menjadi presiden Amerika Syarikat beberapa kali dengan dasar utamanya adalah keabadiannya.

Malang sekali baginya, dia kehilangan sebahagian besar sokongannya apabila dia meninggal dunia di usia 71 tahun. Ini secara tak langsung membuatkan orang pada ketika itu tidak percaya kepada ahli politik.

3. Dashi-Dorzho Itigelov

dashi dorzho itigelov

Di kedudukan ke- adalah seorang yang dikenali sebagai "The Immortal Monk". Pada tahun 1927, pemimpin kumpulan sami Buddha Kesatuan Soviet ini mengumpulkan para pengikutnya untuk mengumumkan kematiannya.

Namanya adalah Dashi-Dorzho Itigelov dan dia meramalkan bahawa pemimpin Kesatuan Soviet pada ketika itu iaitu Joseph Stalin akan membunuhnya dan memberikan amaran kepada pengikutnya supaya melarikan diri.

Kemudian, dia memberitahu bahawa akan kembali selepas 75 tahun dan dalam satu sesi meditasi yang mendalam, Dashi akhirnya meninggal dunia.

Kemudian, bertahun-tahun selepas itu, mayatnya digali semula.

Para sami Buddha sangat terkejut kerana menemui mayat Dashi dalam keadaan yang baik di mana anggota badannya masih fleksibel dan kulitnya masih elastik. Kami tidak sertakan gambar mayatnya namun anda boleh cuba google sendiri.

Pada tahun 2002, mayatnya dipamerkan di sebuah kuil, 75 tahun selepas kematiannya yang diramalkannya.

Para penganut Buddha percaya bahawa Dashi kekal dalam keadaan meditasi yang mendalam di suatu tempat di antara kehidupan dan kematian.

4. Nicolas Flamel

nicolas flamel

Anda mungkin mengenali nama Nicolas Flamel dari siri Harry Potter yang merupakan ahli sihir abadi yang mencipta batu Philosophers serta kawan baik Professor Albus Dumbledore.

Watak fiksyen ini sebenarnya dihasilkan berdasarkan Nicolas Flamel yang sebenar. Dia adalah seorang penulis dari Perancis yang lahir pada tahun 1340 dan rekod menunjukkan bahawa dia meninggal dunia pada tahun 1418.

Walaubagaimanapun, beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1700-an, cerita-cerita yang mengatakan bahawa Nicolas masih hidup telah muncul.

Orang ramai berkata bahawa dia adalah seorang ahli kimia yang menemukan Batu Philosophers yang sebenar dan mencapai tahap kekal abadi.

Ada yang mempercayai bahawa Nicolas telah memalsukan kematiannya dan bersembunyi untuk melindungi artifak hebat itu daripada jatuh ke tangan orang jahat.

Dia juga dipercayai masih hidup sehingga ke hari ini.

5. Merlin

merlin dikatakan ahli sihir yang hidup abadi

Merlin dikatakan tokoh sihir legenda yang berkhidmat untuk Raja Arthur. 

Raja Arthur sendiri adalah tokoh yang penuh dengan sejarah dan legenda, membuatkan kedua-dua tokoh ini sukar untuk dibezakan.

Merlin dikatakan merupakan makhluk separuh syaitan dan separuh manusia.

Dia dikatakan mewarisi kekuatan dan kebolehannya daripada bahagian syaitannya tetapi bahagian manusianya membuatkan dia menggunakan keupayannya untuk perkara yang baik untuk Raja Arthur.

Salah satu kuasa yang diwarisinya adalah hidup kekal abadi.

Orang yang percaya akan perkara ini pada ketika itu mengatakan bahawa mereka boleh melihat kelibat Merlin dalam sepanjang sejarah Inggeris, beratus-ratus tahun selepas waktunya bersama Raja Arthur.

Namun ada pihak lain yang mengatakan ini hanya pengulangan cerita yang sama. Satu-satunya cara untuk mencari kebenaran adalah untuk terus memisahkan fakta dari fiksyen.

6. Count of St Germain

count of st germain

Count of St Germain adalah seorang bangsawan Eropah yang dilahirkan pada tahun 1691 dan terkenal dengan karya-karya beliau dalam sains, seni dan falsafah.

Dia dikatakan telah mencapai keabadian setelah minum penawar keabadian yang dihasilkannya sendiri melalui penguasaan kimianya.

Dia mengembara ke Eropah di mana para bangsawan terkejut melihat dia langsung tidak berusia dalam 50 tahun sejak mereka melihatnya untuk kali terakhir.

Ramai orang berkata dia boleh hidup selama-lamanya, bahkan dirinya sendiri juga berkata begitu setelah mengaku berusia 300 tahun menggunakan rahsia Perubatan Universal ciptaannya.

Rekod-rekod menunjukkan bahawa dia meninggal dunia pada tahun 1784 pada usia 93 tahun tetapi terdapat banyak kisah yang menceritakan penampakannya sejak itu, dan yang terbaru adalah pada tahun 1970an. 

7. Qin Shi Huang

qin shi huang 413

Qin Shi Huang adalah seorang maharaja China terkenal yang mana dinastinya bertahan selama 400 tahun.

Beberapa pekerja yang paling terkenal di bawah pemerintahannya termasuklah tentera terracotta dan sebahagian daripada Tembok Besar China.

Beliau dikatakan sangat disayangi oleh kaumnya sehingga mereka menganggapnya sebagai abadi.

Dan ini adalah satu ramalan yang mana Qin Shi sangat gembira untuk memenuhinya dan menjadi sangat taksub dalam mencari keabadian.

Dalam dua kisah, dia menghantar beratus-ratus orang ke serata dunia untuk menjadi penawar legenda yang membolehkanya hidup abadi.

Akan tetapi, kedua-dua cubaannya gagal.

Di penghujung hidupnya, Qin Shi mati akibat keracunan merkuri selepas memakan terlalu banyak pil merkuri, yang diberikan oleh doktornya untuk cuba menjadikannya kekal abadi.

Rujukan:

1. Most Amazing

2. Y102

3. Discover




Hakcipta iluminasi.com (2017)