Oleh pada 25 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak 

Meskipun tayangannya baru sahaja menemui penonton, drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC) ternyata telah memberikan impak kepada peminat drama melayu tempatan.

Ini dibuktikan menerusi perkongsian netizen di laman sosial melalui hashtag fattzura.  

Tak dinafikan, penangan fattzura boleh tahan hebatnya dan pasangan ini sudah mula mengumpul peminat mereka yang tersendiri. 

Jika sebelum ini penampilan Fattah dan Fazura di ABPBH disamakan dengan watak asal kartun Cinderella, kali ini sekali lagi netizen bermain dengan imaginasi kreatif mereka dengan mencipta beberapa foto padanan terbaru. 

Foto-foto terbaru fattzura di set penggambaran HSC dipadankan pula dengan gaya dua bintang sensasi antarabangsa - David dan Victoria Beckham.

Berikut kami kongsikan foto-foto tersebut. Sama ataupun tidak, anda nilaikanlah sendiri.

fazura dan fattah yang tak ubah seperti david dan victoria beckham 3

fazura dan fattah yang tak ubah seperti david dan victoria beckham 2

Kredit foto: Instagram Ian Loves Medina 

Drama bersiri Hero Seorang Cinderella telah mula bersiaran sejak 22 Mei lalu, ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 




Hakcipta iluminasi.com (2017)