Oleh pada 02 Mar 2017 kategori
Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin telah pun selamat pulang menemui Allah swt. pada 1 Mac 2017. Beliau boleh dikategorikan sebagai salah seorang orang lama bertaraf legenda yang memberikan kesan mendalam ke atas industri filem negara kita. Sebagai menghormati jasa beliau kepada industri seni negara kita, mari kita lihat semula lima filem terbaik arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin sebagai mengimbas semula memori karya beliau. 5. Menanti Hari Esok

BESARKAN TEKS     A-  A+

Filem yang memaparkan topik kekeluargaan dan membincangkan mengenai pentingnya hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak dalam pendidikan agama. Filem ini dibintangi bersama dengan Noor Kumalasari, Sarimah Ahmad dan Hail Amir.4. Esok Masih Ada

poster filem esok masih ada 1979

Filem lakonan Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin dan Azean Irdawaty, mengisahkan mengenai ketabahan seorang isteri yang telah mengharungi kematian dua anaknya yang meninggal akibat leukimia dan akhirnya memberikan kebenaran untuk suaminya berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Cina untuk membuktikan kasih sayangnya pada suami.3. Bukit Kepong

poster filem peristiwa bukit kepong

Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 1981. Mengisahkan mengenai bagaimana sebuah balai polis yang telah dikepung oleh lebih seratus orang pengganas komunis dipertahankan oleh 18 orang pegawai polis yang bertugas.  Filem ini telah pun dibuat baik pulih proses digital dan telah pun ditayangkan pada tahun 2015.2. Tiada Esok Bagimu

poster filem tiada esok bagimu

Filem ini memaparkan realiti darjat dalam masyarakat kita, bagaimana yang berkuasa mampu mempunyai pengaruh untuk melakukan pelbagai perkara sementara yang kecil, orang biasa, hanya mampu berserah kepada takdir semata tanpa mempunyai kudrat yang mampu mengubah nasibnya. Noor Kumalasari sangat menonjol dalam filem ini atas lakonannya yang mampu memukau penonton.1. Ali Setan

poster filem ali setan

Filem ini ikonik kerana kesannya masih dirasai sehingga sekarang dan filem ini masih lagi mampu bersaing dengan filem-filem baharu sekarang kerana kisah yang ingin disampaikan sangat relevan dengan masyarakat kita. Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin tidak memegang watak utama dalam filem ini, kerana watak utamanya dipegang kemas oleh Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud, tetapi tidak ada siapa pun boleh lupa babak Ali diherdik ayah angkatnya kerana membuntingkan adik tirinya, lakonan Sheila Majid.



Hakcipta iluminasi.com (2017)