Filem-filem biasanya dihasilkan dengan durasi yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek, agar ia tidak terlalu membosankan. Filem-filem di Malaysia biasanya dihasilkan berdurasi di antara 1 jam 30 minit hingga 2 jam.

Bagi Bollywood pula, filem mereka boleh dikatakan lebih panjang dari biasa yang mana mampu mencecah 4 jam disebabkan jalan cerita yang rumit serta diselitkan beberapa buah lagu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat filem-filem yang dihasilkan dengan durasi yang tak masuk akal, dan dengan itu iluminasi.com ingin kongsikan dengan anda 5 buah filem dengan durasi paling panjang pernah dihasilkan.

5. Untitled #125 (Hickory)

untitled 125 filem paling panjang pernah dihasilkan

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2011, "Untitled #125 (Hickory)" adalah filem eksperimental oleh ahli seni Amerika Syarikat, Josh Azzarella. Filem yang mengambil masa lebih daripada 2 tahun untuk disiapkan ini berdurasi 7,200 minit bersamaan 5 hari ini adalah filem ke-5 paling panjang pernah dihasilkan ketika ini.

Filem yang tak masuk akal ini memberi tumpuan kepada bahagian awal dari "The Wizard of Oz". "Hickory" merujuk kepada adegan yang dipada dari filem "The Wizard of Oz" yang menunjukkan seorang pekerja di ladang ,"Hickory", sedang menggunakan mesin mencegah puting beliung.

4. Beijing 2003 - 150 jam

beijing 2003 filem paling panjang pernah dihasilkan 46

Berada di kedudukan ke-4 filem paling panjang pernah dihasilkan, "Beijing 2003" merupakan hasil kerja pengarah dan penerbit, Ai Weiwei. Filem ini dihasilkan melalui kamera yang dipasangkan pada kereta dan merakam perjalanan di sekitar lorong-lorong di Beijing.

Kamera ini secara tidak sengaja merakam setiap aspek kehidupan di Beijing yang tak diketahui oleh kebanyakan populasi dunia luar. Beijing 2003 yang mengambil masa 16 hari untuk disiapkan mempunyai durasi 150 jam bersamaan 6 hari 6 jam.

3. Cinématon - 200 jam

cinematon filem paling panjang pernah dihasilkan

Dengan durasi lebih dari 8 hari atau lebih tepat iaitu 200 jam, Cinématon adalah filem ke-3 paling panjang pernah dihasilkan.

Ia juga mengambil masa yang sangat lama untuk dihasilkan, kerana Gérard Courant mendapat idea ini pada tahun 1978 dan menghabiskan masa selama 39 tahun menghasilkannya yang mana siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Filem ini dihasilkan daripada 2,792 episode senyap (seperti dalam Charlie Chaplin) yang mana setiap satunya berdurasi 3 minit dan 25 saat.

2. Modern Times Forever - 240 jam

modern times forever filem paling panjang pernah dihasilkan

Dengan durasi 14,400 minit atau 240 jam atau 10 hari, Modern Times Forever adalah filem ke-2 paling panjang pernah dihasilkan dalam sejarah yang ditayangkan pada 23 Mac 2011.

Filem ini dihasilkan oleh kumpulan seni dari Denmark yang menggelarkan diri mereka sebagai Superflx.

Filem ini mengisahkan kesan ribuan tahun terhadap Bangunan Stora Enzo yang terletak di Helsinki, Finland.

Ia pada asalnya ditayangkan secara terbuka di Pasar Helsinki supaya ia diboleh ditonton sambil melihat bangungan tersebut pada masa yang sama.

1. Logistics - 857 jam

logistics filem paling panjang pernah dihasilkan

Dan berada di kedudukan pertama filem yang paling panjang pernah dihasilkan adalah "Logistics" atau "Logistics Art Project" yang dihasilkan pada tahun 2012, dengan durasi 51,420 minit bersamaan 857 jam atau 35 hari dan 17 jam.

Ia merupakan filem seni eksperimental yang dicipta oleh Erika Magnusson dan Daniel Andersson dari Sweden. Projek ini difilemkan dalam masa nyata atau real-time semasa perjalanan dan di lokasi kilang, mengenai perjalanan pembuatan produk dari kedai di Stockholm di mana ia dibeli, ke kilang di China di mana ia dihasilkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)