Terdapat pelbagai jenis produk ditawarkan kepada kita setiap hari, sama ada bagi memenuhi keperluan kita untuk makan dan minum ataupun memang produk tersebut sesuatu yang sangat kita perlukan.

Setiap produk pula telah ditetapkan harganya dengan sesetengah produk menawarkan harga jualan yang berpatutan dan ada juga yang dengan sengaja, meletakkan harga tinggi. Mungkin kerana kekukuhan jenamanya atau kekurangan bekalannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda produk manakah yang dijual kepada kita, mempunyai nisbah kadar untung paling tinggi berbanding kosnya? Berikut adalah lima produk yang biasanya mempunyai kadar untung paling tinggi untuk pengeluarnya.

1. Air botol mineral

air mineral harga tinggi

Mempunyai kadar keuntungan yang sangat tinggi berbanding kos yang diperlukan jika anda menyediakan sendiri air botol anda - dianggarkan harga jualan air botol mineral menyamai 2,000 peratus kos sebenar air mentah. Walaupun begitu apa yang kita bayar sebenarnya bukan untuk air yang kita minum; kita membayar prosesnya yang mahal.

Penghasilan botol plastik yang akan digunakan dikatakan memerlukan lebih 3 liter air sepanjang proses penghasilannya, daripada mula sehingga siap. Selain itu, wujud bermacam taktik oleh pengeluar dalam memasarkan air kepada kita yang sebenarnya hanyalah air paip yang telah dibotolkan.

Di Amerika Syarikat misalnya, jenama seperti Dasani dan Ice Mountain didapati membotolkan air paip dengan label air daripada kawasan pergunungan. (rujukan)

2. Cermin mata

cermin mata untung tinggi

Sehingga kini penulis tidak faham mengapa cermin mata menjadi satu aksesori mewah, sekiranya anda mahukan sesuatu yang baik. Ini sesuatu yang menghairankan kerana cermin mata merupakan satu peralatan yang dideskripsikan kepada pesakit yang mempunyai masalah rabun, namun harganya kadangkala tidak masuk akal.

Menurut kajian yang telah dijalankan, majoriti cermin mata yang dijual sepatutnya tidaklah semahal yang diwar-warkan, namun pengeluar cermin mata kebiasaannya sudah pun menaikkan harga produk mereka sehingga mampu mencecah 1,000 kali ganda daripada kos bagi beberapa jenama.

Pendedahan bahawa bingkai berkualiti kebiasaannya mempunyai kos sekitar RM40 ke RM60 sahaja harganya dan lensa pula sebenarnya berharga RM7 ke RM8 sekeping, pasti membuatkan semua pengguna cermin mata merasa hiba. (rujukan)

3. Ubat-ubatan

ubat ubatan

Kita tahu bila sakit, kos tidak lagi menjadi penghalang. Itulah yang menjadi mantra kepada syarikat pengeluar ubat-ubatan apabila mereka didapati menjual ubat-ubatan mereka pada nisbah keuntungan 200 ke 3,000 peratus berbanding kos pengeluarannnya, sehingga membebankan orang ramai.

Kes keuntungan jualan ubat paling melampau setakat ini tetap dipegang oleh eksekutif perubatan bernama Martin Shkreli yang bertindak menaikkan harga ubat Darapim, sehingga mencecah 5,500 peratus kos asalnya kerana mahu mendapatkan keuntungan segera sambil mengambil kesempatan ke atas pengguna yang terdesak.

Apa yang menyebabkan kos ubat naik? Majoriti syarikat menetapkan harga dengan melakukan perbandingan dengan harga ubat syarikat pesaing mereka sebagai penanda aras. Dengan mengambil kira harga harga jenama lain tanpa mengambil kira kos serta kualiti, harga ubat akan senantiasa tinggi berikutan ketiadaan pengeluar yang mahu menurunkan harga mengikut kos sebenar.

Apa yang lebih membimbangkan, ubat-ubat lama yang dulunya rendah harganya dinaikkan selepas lesen pengeluarannya diambil syarikat pengeluar lebih besar. (rujukan)

4. Air minuman di restoran

fountain drinks fast food

Pernahkah anda perasan, harga minuman yang dijual di restoran khasnya minuman berkarbonat jauh lebih tinggi berbanding dengan harga yang kita mampu dapatkan di pasaraya? Tahukah anda, kos harga di restoran pula sebenarnya jauh lebih rendah berbanding harga jualan minuman tersebut di mana-mana saja?

Dianggarkan kos keseluruhan untuk minuman berkarbonat di restoran adalah dalam anggaran RM0.50 ke RM1.00 mengikut saiz, termasuklah kos untuk cawan, penutup dan penyedut minuman. Dengan harga jualan sekitar Rm3.80 ke RM5.00 secawan, penjual mendapat keuntungan sekitar RM3 ke RM4 secawan - sekiranya dibeli secara berasingan. (rujukan)

5. Bertih jagung

pop corn pawagam

Sedikit sebanyak berkait dengan senarai nombor empat, bertih jagung atau popcorn menjadi tradisi peminat filem yang mahu menonton di pawagam. Tidak dapat dinafikan, jualan makanan dan snek serta minuman di pawagam, mempunyai nisbah keuntungan berbanding kos yang sangat tinggi.

Kos jualan bertih jagung merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan syarikat pengelola pawagam, dengan harga bertih jagung yang dijual mampu mencecah 19 kali ganda kos sebenarnya. Lebih besar saiz bertih jagung yang anda pesan, nisbah keuntungannya menurun namun masih layak dikatakan tinggi.

Walau demikian, harga makanan yang melampau di pawagam sebenarnya turut sama membantu mengawal harga tiket masuk ke pawagam. Ini kerana bagi majoriti pawagam di Amerika Syarikat, untung jualan makanan sebenarnya melebihi untung jualan tiket menonton filem. Dua syarikat pengendali pawagam terbesar Amerika Syarikat sebenarnya kerugian besar jika hanya bergantung pada hasil jualan tiket.

Jadi, terpulanglah pada anda sama ada mahu membantu pawagam terus beroperasi dengan membeli jualan makanan serta snek yang ada atau buat seperti penulis, simpan makanan dalam beg dan bawa masuk ke pawagam untuk dimakan. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)