Disebalik kehidupan mewah selebriti Hollywood yang menarik minat peminat-peminat mereka di seluruh dunia, selebriti masih lagi orang biasa yang perlu melalui rutin harian setiap hari sebagai seorang ibu atau bapa, bagi mereka yang berstatus tersebut.

Bagi sesetengah ibu dan bapa bertaraf selebriti, tidak mengamalkan sesuatu yang di luar kebiasaan pastilah tidak akan menerbitkan rasa puas dalam diri jadi mesti ada juga yang cuba melakukan kelainan sebagai ibu bapa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak diketahui apa rasionalnya sesetengah tindakan yang dilakukan selebriti terkenal yang diangkat sebagai ikon segelintir masyarakat dunia, mengamalkan tabiat atau kaedah aneh - tetapi nak buat macam mana, dah anak mereka.

1. 'Pepper Potts' gemar mandi bersama-sama anaknya...

gwyneth paltrow mandi bersama keluarga

Pelakon wanita terkenal Gwyneth Paltrow berjaya melangsungkan perkahwinan yang bahagia bersama vokalis kumpulan rock terkenal Coldplay iaitu Chris Martin. Hasil perkahwinan mereka berdua, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Apple Martin dan Moses Martin. Sukar kami nak bayangkan pengalaman membesar dengan nama Apple, bagi seorang remaja.

Dalam satu temuramah bersama Harper Bazaar pada tahun 2012, Paltrow mengakui dia mengamalkan tabiat mandi bersama-sama anak mereka dalam tab sebagai salah satu rahsia mereka mendidik anak-anak. Tidaklah dihuraikan sama ada mereka berpakaian atau bertelanjang bulat semasa mandi beramai-ramai. Bagaimanapun, tabiat itu nyata tidak membantu perkahwinan mereka selepas pelakon itu dan suaminya mengumumkan perceraian mereka, 2 tahun selepas temuramah itu.(rujukan)

2. Kim Kardashian melantik anaknya menjadi jurugambar tidak rasmi

kim kardashian selfie anak topless

Kim Kardashian adalah salah seorang selebriti yang penulis tak faham kenapa dia popular. Tak tahu apa sebenarnya bakat dia sama ada berlakon, menyanyi atau menjadi terkenal adalah bakat beliau. Terkenal sebagai seorang yang suka memperagakan tubuh, Kardashian menjadikan media sosial sebagai medium utama berkongsi gambar-gambar terbaru beliau.

Bagaimanapun timbul satu kontroversi apabila Kardashian dengan sengaja meminta anaknya sendiri, yang ketika itu berumur 4 tahun mengambil gambar ibunya dalam keadaan tidak memakai baju. Tindakan itu menimbulkan pergaduhan di kalangan peminat beliau sendiri, dengan sebahagian mengkritik tindakan itu sementara sebahagian lagi mengatakan apa yang dilakukan adalah sesuatu yang normal. (rujukan)

3. Jamie Oliver cili mulut anak

jamie oliver cili mulut anak

Mungkin chef terkenal ini mempunyai darah orang Melayu mengalir di badannya - dia mengenakan hukuman mencili mulut anaknya selepas anaknya melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Dalam satu insiden di mana anaknya bercakap dalam cara yang kurang sopan terhadapnya, Oliver menyapu cili itu pada sebiji epal seterusnya menghukum anaknya memakannya.

Bagi beliau, perubahan masyarakat dunia yang kini tidak lagi menggalakkan ibu bapa menghukum anak dengan cara fizikal - memerlukan solusi yang lebih kreatif. Mungkin sebab itulah, Oliver menggunakan kemahirannya menyediakan makanan sebagai satu bentuk hukuman. Kreatif!

Bagaimanapun, cili yang digunakan oleh Jamie Oliver pula adalah cili jenis Scotch Bonnett yang mempunyai tahap kepedasan sekitar 40,000 ke 200,000 dalam untik SHU (unit pengukur kepedasan cili) dua ke tiga kali ganda lebih pedas daripada cili merah biasa.  (rujukan)

4. Ramai artis mempercayai teknik RIE

tobey maguire rie

Sebuah gerakan NGO bernama Resources for Infant Educarers atau RIE cuba memperkenalkan kaedah baru mendidik anak-anak sejak kecil. Diperkenalkan pada tahun 1978, kaedah ini mula menjadi popular selepas semakin ramai selebriti Hollywood mula mengamalkannya dalam mendidik anak-anak mereka.

Matlamat utama kaedah RIE adalah meletakkan bayi serta kanak-kanak sebagai orang dewasa sejak kecil, bukan sahaja daripada segi komunikasi (ini bagus) malahan dalam persekitaran juga. Semua ibu bapa RIE percaya objek seperti permainan, cawan bayi, stroller bayi, botol susu, puting, kerusi tinggi bayi atau apa saja peralatan yang menggambarkan bayi atau kanak-kanak sebagai bukan dewasa - dilarang. Antara selebriti Hollywood yang mengikuti kaedah ini adalah pelakon trilogi pertama filem Spiderman, Tobey Maguire. (rujukan)

5. Ibu bapa paling pelik peraturannya, Brad Pitt dan Angelina Jolie

angelina jolie makan kala jengking

Sebelum perceraian mereka, pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan paling terkenal. Bersama selama 12 tahun di luar ikatan perkahwinan sebelum berkahwin 2 tahun dan mengumumkan perceraian pada tahun 2016 - anak-anak pasangan ini senantiasa mendapat perhatian ramai.

Berbanding dengan ibu bapa lain dalam senarai ini, pasangan ini layak dikatakan ibu bapa paling aneh kerana mereka mempunyai beberapa peraturan yang luar biasa, dikenakan kepada anak-anak mereka.

Mereka percaya anak-anak mereka tidak sepatutnya bergaul dengan individu lain yang sebaya mereka. Pengasuh mereka tidak dibenarkan mengawal anak-anak mereka, perlu membiarkan saja sebarang perkara yang mahu dilakukan. Subjek pendidikan pula dilihat sebagai apa saja topik yang mahu dilakukan anak-anak mereka pada hari itu.

Selain itu, Angelina Jolie juga mahu anak-anak mereka biasa makan makanan yang diperbuat daripada serangga seperti labah-labah dan kala jengking - supaya sihat seperti ibu mereka. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)