the beatles dan fattah amin

Industri muzik tidak terlepas mengalami perubahan yang sangat mendadak mengikut peredaran zaman dan teknologi. Kini kejayaan seseorang artis atau band itu tidak lagi terletak kepada jumlah album terjual. Malah jarang sekali artis zaman kini mengeluarkan album.

Ia lebih kepada mengeluarkan single yang mana dijual di platform seperti itunes dan sebagainya. Lebih menarik, lagu-lagu tersebut dimuat naik ke Youtube dan jumlah tontonan menjadi penanda kejayaan lagu tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, jumlah unit album yang terjual merupakan satu-satunya penentu kejayaan artis zaman dahulu. iluminasi.com kongsikan 5 artis dengan unit jualan album paling tinggi dalam sejarah muzik dunia.

5. Elton John – 162 juta

elton john

Pada zaman 1970-an, nama Elton John meningkat naik dengan mendadak membuatkan beliau bergelar "superstar" di seluruh dunia. Ketika itu, beliau hanya berusia 30 tahun. Lagu "Candle in the Wind" versi 1977 yang telah ditulis semula bagi meraikan hidup Puteri Diana telah berjaya terjual sebanyak 33 juta unit terjual. 

album elton john

Ia juga dikatakan single yang paling laris dalam sejarah muzik. Dianggarkan sebanyak 250 juta unnit Elton John terjual di seluruh dunia, beliau juga merupakan artis solo British yang paling berjaya. Kekayaan Elton John dianggarkan sebanyak RM1.74 billion.

4. Madonna – 166 juta

madonna artis keempat dengan jualan paling tinggi di dunia

Ketika baru setahun berkecimpung dalam industri muzik, Madonna adalah antara beberapa artis yang diserapkan ke dalam "Hall of Fame Rock and Roll". Berada di tangga ke-4, syarikat rakaman Madonna menganggarkan sebanyak 300 juta unit rekod telah terjual.

album greatist hit madonna

Selain itu, Madonna juga diiktiraf sebagai artis wanita dengan unit paling banyak terjual oleh Guinness Book of World Records. Walau bagaimanapun, jualannya yang disahkan menerusi pasaran rasmi yang ada dikatakan tidak mencecah 170 juta.

3. Michael Jackson – 175 juta

michael jackson 267

Memang tak dapat disangkal lagi bakat yang ada pada mendian Michael Jackson. Walaupun beliau dan syarikat rakamannya dikatakan selalu membesar-besarkan tentang jualan dan pencapaiannya, namun tiada keraguan mengenai rekod yang dilakukan oleh Raja Pop ini.

Ia termasuklah album yang paling laris sepanjang zaman iaitu "Thriller", muzik video yang paling laris dalam sejarah dan juga memenangi anugerah terbanyak melebihi mana-mana artis dan band dalam sejarah.

album michael jackson thriller

Dakwaan Michael sendiri bahawa sebanyak 750 juta unit rekod terjual adalah tidak tepat, dan jualan yang disahkan tidak melebihi 175 juta. Peminat-peminatnya juga mendakwa sebanyak 350 hingga 400 juta unit rekod terjual di seluruh dunia.

2. Elvis Presley – 210 juta

elvis presley

Mungkin kebanyakan daripada remaja zaman sekarang tidak tahu akan nama ini, namun Elvis Presley telah membawa satu aura muzik yang sangat dahsyat satu ketika dahulu. Dengan gelaran "The King", Elvis merupakan satu-satunya artis solo yang telah berjaya melepasi paras 200 juta unit rekod terjual.

Lebih menarik, rekod jualan itu dikira oleh  Recording Industry Association of America (RIAA) bermula tahun 1958. Ini bermakna banyak lagi rakaman muzik Elvis yang berjaya sebelum itu tidak diambil kira. 

album elvis presley

Walaupun begitu, Elvis mempunyai anugerah yang tersangat banyak termasuklah emas (90), platinum (52) dan juga multi-platinum (25). Elvis juga merupakan artis solo paling laris dalam sejarah muzik di Amerika Syarikat . 

1. The Beatles – 265 juta

the beatles

Dan tangga pertama bagi senarai ini adalah tak lain tak bukan band yang mana lagu mereka masih diperdengarkan sehingga hari ini, The Beatles. Kejayaan yang The Beatles kecapi antaranya adalah album nombor 1 paling banyak dalam carta US sebanyak 20 album, single paling di tangga pertama paling banyak iaitu 20, album nombor 1 paling banyak dalam carta British, dan single paling laris di UK.

Menurut RIAA, Beatles merupakan artis dengan rekod paling banyak terjual di Amerika Syarikat iaitu 178 juta jualan rasmi terjual. Kejayaan itu juga dilakukan di UK, Jerman dan juga seluruh Eropah.

album the beatles

Dakwaan mereka bahawa sebanyak 1.5 billion unit terjual di seluruh dunia adalah tidak benar, walaupun Beatles adalah satu-satunya artis yang berkemungkinan memecahkan rekod unit terjual melebihi 300 juta.




Hakcipta iluminasi.com (2017)