Oleh pada 05 Jul 2017 kategori

Frank William Abagnale Jr. Pastinya sesetengah daripada pembaca seperti pernah mendengar nama ini. Ya, beliau adalah watak dalam filem jenayah berdasarkan cerita sebenar yang dilakonkan semula oleh Leonardo DiCaprio iaitu "Catch Me If You Can". Beliau merupakan penjenayah yang paling terkenal dan licik dalam sejarah dunia dalam bidang penyamaran dan pemalsuan. Usia muda remajanya di antara 15 hingga 21 tahun dihabiskan dengan kegiatan penipuan, pemalsuan cek, penyamar, termasuklah sebagai juruterbang, doktor, pegawai penjara guru, peguam dan guru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun belum menjangkau usia 21 tahun namun beliau sudah 2 kali meloloskan diri ketika dibawah pengawasan pihak polis, sekali ketika  Beliau bijak memanipulasi kelemahan sekuriti sedia ada pada ketika itu dan menggunakan kekacakan paras rupanya serta pujuk rayunya untuk mendapatkan apa yang dimahunya.

frank

Oleh kerana kepintarannya yang tiada tandingan dalam bidang pemalsuan pada ketika itu, beliau hanya menghabiskan masa selama 5 tahun di dalam penjara dan sebelum diambil bekerja oleh kerajaan Amerika Syarikat. Kini beliau adalah seorang ahli perniagaan dengan menubuhkan sebuah syarikat perundingan penipuan kewangan, Abagnale & Associates. Beliau juga bertugas sebagai konsultan dan tenaga pengajar di akademi FBI.

Kehidupan awal dan jenayah pertama

frank ketika muda

Frank William Abagnale Jr dilahirkan pada 27 April 1948 di New York, Amerika Syarikat. Ibu dan bapanya bercerai ketika beliau berusia 14 tahun. Frank menjadikan bapanya yang kaya sebagai idola namun itu tidak membuatkan bapanya mendapat pengecualian daripada kegiatan penipuannya. Beliau memulakan karier jenayahnya dengan menjadikan bapaya sebagai mangsa pertamanya di mana kad kredit yang diberikan bapanya bagi kegunaan perbelanjaan pergi balik kerja digunakan beliau untuk membeli barangan aksesori kereta seperti tayar dan bateri. Barangan tersebut kemudiannya dijualkan kembali bagi mendapatkan wang tunai yang menyebabkan kerugian kepada bapanya sebanyak RM14,600 ketika itu, yang bernilai RM116,000 pada 2017.

Penipuan Bank

frank abagnale johnny carson

Antara penipuan awal oleh Frank adalah dengan menipu pihak bank. Beliau telah melakukan penipuan dengan membuka beberapa akaun bank menggunakan identiti palsu yang dihasilkannya. Beliau kemudiannya menulis cek dari satu akaun bank kepada akaun yang lain yang mana kesemua akaun tersebut tidak mempunyai simpanan. Seperti dalam filem tersebut, beliau juga telah menghasilkan salinan cek gaji dan mendepositkan ke dalam beberapa akaun bank, kemudian mengeluarkan wang daripada akaun tersebut. Dengan kemahiran dan ketelitian yang tinggi dalam menghasilkan cek-cek tersebut, tiada siapa pun yang dapat mengecam bahawa cek tersebut adalah palsu sehinggalah disedari oleh pihak bank.

Pada zaman itu, syarikat penerbangan dan juga syarikat sewa kereta (seperti United Airlines dan Hertz) biasanya akan memasukkan wang kutipan harian ke dalam sebuah bag "zip up" dan mendepositkannya ke dalam "drop box" di lapangan terbang, dan perkara itu disedari oleh Frank. Beliau yang tidak menyangkakan usaha penipuan itu akan membuahkan hasil, telah melakukan penyamaran sebagai seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan kostum yang dibelinya. Untuk mengambil alih wang yang akan dimasukkan ke dalam drop box tersebut, Frank meletakkan papan tanda pada kotak tersebut mengatakan "Perkhidmatan tergendala, sila depositkan wang kepada pengawal keselamatan yang bertugas". Tertipu dengan papan tanda itu, syarikat-syarikat itu lalu menyerahkan wang tersebut kepada Frank.

Juruterbang palsu Pan Am World Airways

juruterbang

Impian Frank untuk mengembara ke serata tempat dengan percuma direalisasikannya dengan satu muslihat yang sangat unik dan berisiko tinggi, iaitu menyamar sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Pan American World Airways. Seperti memalsukan cek, kali ini beliau memalsukan pula lesen juruterbang dan mendapatkan pakaian seragam dengan menipu pihak syarikat tersebut dengan memberitahu bahawa beliau juruterbang yang kehilangan pakaian seragamnya ketika dihantar ke dobi. Frank telah terbang melebihi 250 penerbangan sejauh 1.6 juta kilometer ketika diantara usia 16 hingga 18 tahun, menurut Pan Am.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah terbang ke 26 buah negara, namun bukan sebagai juruterbang tetapi hanya menumpang penerbangan tersebut dengan alasan mahu ke lapangan terbang tersebut untuk bertugas. Beliau menerima segala kelebihan yang dinikmati oleh seorang juruterbang iaitu penginapan hotel dan makanan percuma yang dibayar oleh pihak syarikat.Menurut Frank, beliau pernah sekali memandu sebuah pesawat dalam ketinggian 9,100 meter dari aras laut setelah berkali-kali ditawarkan oleh juruterbang sebenar. Namun beliau yang tidak tahu cara memandu kapal terbang hanya mengaktifkan mod autopilot.

Doktor penyelia di Georgia

frank sebagai doktor

Setelah bertahun menyamar sebagai juruterbang, Frank hampir-hampir diberkas ketika sedang menurunkan penumpang di New Orleans dan memperlahankan kegiatan jenayahnya dengan tinggal buat sementara waktu di Georgia. Di sini, beliau menyamar pula menjadi seorang ketua doktor pediatrik menggunakan nama Frank Williams. Sebelum diterima masuk menjadi doktor, Frank berkawan dengan seorang doktor sebenar yang kebetulan tinggal di apartment yang sama dengannya. Ketika itu hospital tersebut sedang mencari doktor penyelia bagi doktor pelatih, jadi Frank bersetuju untuk bekerja di situ kerana tiada siapa yang mahu menjambil jawatan itu.

leo caprio

Disebabkan tugas seorang penyelia tidaklah begitu banyak melakukan kerja-kerja doktor sebenar, jadi ia amat mudah bagi Frank. Beliau hanya menyerahkan dan menyuruh doktor-doktor pelatih mengendalikan kes-kes lewat malam. Penyamaran beliau hampir terbongkar dalam satu insiden di mana beliau tidak mengetahui apa yang diberitahu oleh jururawat dengan mengatakan "blue baby yang menyebabkan seirabg bayi hampir mati kerana kekurangan oksigen. Oleh kerana risaukan nyawa yang mungkin melayang akibat perbuatannya, Frank akhirnya berhenti daripada menyamar sebagai seorang doktor.

Graduan Harvard dan peguam di Louisiana

frank sebagai peguam

Untuk menyamar sebagai seorang peguam, Frank telah memalsukan transkrip daripada Harvard University, yang mana ketika itu beliau masih menyamar sebagai juruterbang. Salah seorang daripada pramugari telah memperkenalkan Frank kepada rakannya yang merupakan seorang peguam, selepas Frank memberitahunya bahawa beliau adalah pelajar di Harvard Law School. Peguam itu memberitahu bahawa mereka memerlukan ramai peguam ketika itu. Frank yang hanya berusia 19 tahun, mengambil peperiksaan bar namun gagal dua. Beliau memberitahu bahawa beliau lulus untuk cubaan kali ketiga selepas bertungkus lumus mengulangkaji selama 8 minggu. Frank kemudiannnya diterima bekerja di pejabat Louisiana State Attorney General. 

Kerjanya sebagai seorang peguam hanyalah menjadi "budak suruhan" yang disuruh untuk membuat kopi dan menghantar buku kepada pegawai atasan, yang diceritakan di dalam buku biografinya. Tetapi kerjayanya sebagai seorang peguam tidak bertahan lama apabila beliau ditanya oleh pegawai atasannya mengenai zaman pembelajarannya di Harvard University, dan beliau tidak dapat menjawab. Curiga dengan perlakuan Frank, peguam tersebut menyelidik latar belakang Frank yang menyebabkan Frank meletak jawatan 8 bulan selepas menyamar sebagai seorang peguam.

Penolong pengajar Brigham Young University

frank sebagai guru

Walaupun dakwaan Frank ini disangkal oleh pihak universiti itu sendiri, namun Frank memberitahu media bahawa beliau pernah bekerja sebagai pembantu pensyarah sosiologi di Brigham Young University menggunakan nama Frank Adams. Beliau bekerja di situ selama satu penggal.

Tertangkapnya Frank Abagnale

diberkas

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ketika berusia 21 tahun, setelah bertahun dicari oleh pihak berkuasa dan 12 buah negara yang menjadi mangsanya jenayahnya, Frank Abagnale akhirnya berjaya diberkas. Beliau diberkas ketika berada di Montpellier, Perancis selepas diberitahu pihak polis oleh bekas kekasihnya yang merupakan seorang pramugari Air France. Beliau dijatuhkan hukuman penjara satu tahun di penjara Perpignan, Perancis, namun hukuman itu dikurangkan kepada 6 bulan, selepas dibicarakan.

Selepas menjalani hukuman tersebut, beliau diekstradisi ke Sweden untuk dibicarakan atas dakwaan pemalsuannya, dan hampir-hampir dakwaan ke atas beliau digugurkan. Ianya disebabkan peguambelanya telah berhujah mengatakan Frank bukannya memalsukan cek tetapi menghasilkan cek palsu. Namun beliau tidak terlepas kerana dakwaan itu kemudiannya ditukar menjadi dakwaan penipuan dan penyelewengan. Sekali lagi Frank didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara di Malmo, Sweden. Beliau kemudiannya dihantar balik ke Amerika Syarikat yang mana beliau dipenjarakan selama 12 tahun di penjara perseketuan.

Meloloskan diri dari pengawasan dan penjara

perpignon prison

Kelicikkan Frank tidak terhad kepada memalsukan dan menyamar, tetapi juga dalam meloloskan diri. Beliau telah berjaya meloloskan diri daripada pesawat yang sedang membuat pusingan di landasan, di bawah pengawasan pihak berkuasa ketika dihantar pulang ke Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya memotong pagar kemudiannya pergi ke Grand Central Terminal. Wang yang disimpannya di peti simpanan bernilai RM86,000 telah dikeluarkannya dan menaiki tren menghala ke lapangan terbang Montreal, Canada. Beliau kemudiannya membeli tiket ke Sao Paolo, Brazil. Namun beliau tidak berjaya meloloskan diri apabila ditangkap oleh pihak polis Canada yang menunggunya di barisan masuk ke pesawat, lalu diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Ketika berumur 23 tahun, ketika menunggu untuk dibicarakan, Frank telah dilaporkan meloloskan diri daripada pusat tahanan di Georgia. Insiden ini berlaku akibat daripada kecuaian pegawai pengawasan yang bertanggungjawab ke atas Frank, terlupa membawa dokumen tahanannya. Frank telah disalahanggap sebagai seorang ajen penyamar penjara. Frank mengaturkan langkah untuk meloloskan diri dengan menggunakan rakannya, Jean Sebring, yang berlakon sebagai tunangnya yang memberikan kad nama "Inspector C.W. Dunlap", seorang Biro Penjara. Jean memperolehi kad tersebut ketika menyamar sebagai penulis dan menemuramah pihak penjara.

french prison cell

Frank menggunakan kad tersebut sebagai bukti bahawa beliau sebenarnya adalah inspektor penjara. Kad nama "Sean O'Riley", seorang agen FBI yang bertanggungjawab ke atas kes Frank, juga telah dipalsukan oleh Jean dan diberikan kepada Frank yang mana digunakan beliau untuk meminta pihak penjara supaya menghubungi agen Sean O'Riley kerana mempunyai hal penting.

Pihak penjara kemudiannya menghubungi nombor yang terdapat pada kad nama agen Sean O'Riley. Nombor tersebut adalah nombor yang diletakkan sendiri oleh Jean, sebenarnya nombor telefon sebuah telefon awam di pasaraya di Atlanta. Jean yang menjawab panggilan itu telah menyamar sebagai operator FBI dan meyakinkan pihak penjara untuk membenarkan Frank untuk bertemu dengannya tanpa pengawasan, di luar kawasan tahanan. Jean kemudiannya berjumpa dengan Frank dan membawa Frank ke stesen bus. Frank menaiki bas ke New York dan kemudiannya menaiki tren ke Washington. Hampir ditahan kerana dicam oleh kerani motel, Frank menyamar sebagai agen FBI dan terlepas. Beliau masih ingin melarikan diri ke Brazil. Namun usahanya itu terkubur apabila telah ditahan oleh dua pegawai NYPD akibat kecuaiannya berjalan melepasi kereta polis yang tidak bertanda.

Bekerja dengan kerajaan dan FBI

frank abagnale jr

Disebabkan kepintaran dan kebijaksanaan Frank, beliau telah dibebaskan daripada tahanan, walaupun hanya baru menjalani hukuman kurang daripada 5 tahun daripada jumlah 12 tahun, dengan syarat bekerja untuk kerajaan tanpa gaji. Tugas beliau adalah untuk menyiasat jenayah-jenayah yang sama seperti dilakukannya sebelum ini.

Frank akhirnya dibebaskan dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun ia tidak semudah itu kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya berakhir dengan dipecat selepas mengetahui rekod beliau, termasuklah tukang masak, pembantu pasaraya, dan projektor filem. Beliau kemudiannya cuba memohon kerja di bank, tetapi kali beliau berterus terang mengenai dirinya. Untuk membela dirinya dan mendapatkan kerja tersebut, beliau menawarkan untuk menunjukkan cara-cara bank selalu ditipu oleh penipu. Dengan pekerjaan ini, bermulalah karier Frank Abagnale sebagai perunding keselamatan kewangan sehingga kini.

frank abagnale jr 767

Syarikat perunding keselamatan kewangan, Abagnale & Associates telah ditubuhkan beliau. Mereka menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat mengenai masalah penipuan. Selain itu, beliau juga menjadi tenaga pengajar di akademi dan pejabat-pejabat FBI. Lebih daripada 14,000 institusi menggunakan program yang dicipta oleh Frank. Kini, kekayaan Frank Abagnale dianggarkan sebanyak RM42.8 juta.

Sumber :

1. Money

2. Abagnale

3. Forum Network

4. Spielberg

5. Wikipedia

6. Bizjournals

7. Archive




Hakcipta iluminasi.com (2017)