Sebagai pemimpin Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat sentiasa dikawal rapi keselamatannya daripada pelbagai ancaman luar. Ini termasuklah hal pengangkutan dan perjalanannya daripada satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

Peristiwa pembunuhan John F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat ke 35 pada 1963 di Texas telah menjadi sejarah hitam negara ini. Beliau telah dibunuh oleh penembak tepat sewaktu berada dalam kenderaan ketika acara perarakan di Dallas, Texas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Peristiwa ini memberi tamparan hebat kepada Amerika Syarikat sehingga memaksa mereka meningkatkan lagi kawalan keselamatan ke atas orang nombor 1 negara mereka.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi mengenai Air Force One, kapal terbang khas yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat. Dengan ciri-ciri hebat seperti di bawah ini, maka tidak hairanlah kos operasi kapal terbang ini mampu mencecah sehingga $206,337 bagi setiap jam perjalanan.

1. Mampu bertahan daripada serangan senjata nuklear

air force one 518

Kebanyakan kenderaan khas pemimpin-pemimpin dunia dibina dengan bahan kalis peluru. Namun, badan kapal terbang Air Force One bukan sahaja kali peluru malah dapat bertahan daripada serangan senjata nuklear.

Bukan itu sahaja, kapal terbang ini juga mempunyai kemampuan untuk mengelak daripada dikesan radar musuh dan memantulkan gelombang elektromagnetik. Kapal terbang ini juga dilengkapi sistem keselamatan khas bagi mengelakkan daripada serangan peluru berpandu musuh.

2. Mempunyai bilik dan segala kelengkapan melakukan pembedahan

meje pembedahan air force one 450

Bagi pesawat penerbangan komersial biasa, kit pertolongan cemas merupakan kemudahan yang wajib disediakan. Namun bagi Air Force One, ianya lengkap dengan satu bilik khas untuk melakukan pembedahan dan lengkap dengan segala mesin dan ubat-ubatan.

Setiap perjalanan Presiden juga akan diiringi oleh jururawat dan doktor khas yang sedia bertugas sekiranya kejadian tidak diingini berlaku. Selain itu, bekalan darah yang mempunyai kumpulan darah sama dengan Presiden juga boleh didapati dalam kapal terbang ini.

3. Boleh diisi minyak ketika di udara

isi minyak di udara

Kapal terbang khas seperti Air Force One tidak perlu risau akan kehabisan minyak diudara. Seperti jet pejuang, kapal terbang ini juga dilengkapi dengan kebolehan untuk mengisi minyak ketika sedang terbang di udara.

Ciri-ciri seperti ini sangat penting bagi membolehkan kapal terbang ini memanjangkan tempoh penerbangan sekiranya keadaan tidak selamat untuk melakukan pendaratan. CIri seperti ini kebiasaannya tidak dimiliki oleh kapal terbang komersial.

4. Mempunyai tangga automatik dan sistem simpanan barangan istimewa

tangga khas air force one

Untuk mengelakkan sabotaj dengan penggunaan tangga yang disediakan di lapangan terbang, kapal terbang ini mempunyai tangga khas yang boleh dikeluarkan apabila sudah selamat mendarat.

Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem simpanan bagasi bersekuriti tinggi yang membolehkan setiap barangan dan bagasi yang keluar dan masuk daripada pesawat ini diimbas dengan sistem pengimbas khas. 

5. Boleh mencecah ketinggian altitud maksimum 45,100 kaki

kapal terbang pesawat presiden amerika

Bagi pesawat komersial biasa, kebiasaannya ia hanya mampu terbang pada ketinggian 30,000 kaki di udara. Sementara itu, kapal terbang Air Force One ini mampu terbang sehingga ketinggian altitud maksimum 45,100 kaki.

Selain kemampuan untuk terbang pada altitud yang lebih tinggi, kapal terbang ini juga mempunyai kelajuan yang sangat pantas. Kelajuannya dikatakan mampu mencecah sehingga 1,015 km/h, menjadikannya antara kapal terbang terlaju di dunia.

Kredit:

  1. ABC News
  2. Business Insider
  3. Live Science



Hakcipta iluminasi.com (2017)