Menurut statistik, Amerika Syarikat merupakan negara dengan yang mempunyai pemimpin paling banyak dibunuh iaitu dengan 40 pembunuhan. Daripada 40, 4 daripadanya melibatkan jawatan tertinggi negara ini iaitu Presiden.

Berlaku di antara tahun 1865 hingga 1964, keempat-empat pembunuhan ini dilakukan dengan cara yang sama iaitu menembak. iluminasi.com kongsikan 4 kes pembunuhan Presiden Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Abraham Lincoln

abraham lincoln 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh

Presiden AS ke-16, Abraham Lincoln merupakan individu pertama berjawatan presiden yang menjadi mangsa pembunuhan. Pada 14 April 1865, Abraham menghadiri pementasan Our American Cousin di Teater Ford, Washington DC. Ketika sedang asyik menonton, Abraham didatangi seorang lelaki yang juga pelakon pentas terkenal ketika itu, John Wilkes Booth yang menembaknya di kepala.

Sehari kemudian pada jam 7.22 pagi, Abraham Lincoln disahkan meninggal dunia. Pembunuhan yang berlaku di penghujung Perang Saudara Amerika ini dikatakan satu konspirasi besar oleh John Booth untuk menghidupkan kembali penyatuan Confederate (negara di Amerika Utara yang tak diiktiraf yang wujud di antara tahun 1861 hingga 1865), dengan membunuh 3 pegawai terpenting Amerika Syarikat.

abraham lincoln 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh 2

Dua yang lain iaitu Lewis Powell dan David Herold diarahkan untuk membunuh Setiausaha Negara William Seward manakala George Atzerodt pula ditugaskan membunuh Naib Presiden, Andrew Johnson.

Walaupun Abraham Lincoln berjaya dibunuh, namun rancangan itu gagal kerana William hanya cedera dan George pula tidak berani untuk membunuh Andrew. Selepas meloloskan diri, akhirnya John Booth ditembak mati ketika proses pemburuannya manakala 3 yang lain dihukum gantung sampai mati.

2. James A. Garfield

james a garfield 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh 2

Kurang daripada 4 bulan James A. Garfield memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-20, beliau telah menjadi mangsa pembunuhan yang berlaku di Washington DC pada 2 Julai 1881.

Ketika James tiba di Stesen Keretapi Baltimore dan Potomac, beliau menerima 2 das tembakan daripada Charles Guiteau mengenai tangan kanannya dan bahagian belakang badan.

Disebabkan komplikasi yang berpunca daripada jangkitan hasil daripada tembakan itu, akhirnya James menghembuskan nafas terakhir 11 minggu selepas kejadian pada 19 September 1881.

james a garfield 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh

Charles diberkas serta merta dan dibicarakan. Perbicaraan tersebut mendapat liputan yang sangat luas dan berlangsung selama 9 minggu, dan akhirnya Charles didapati bersalah. Dia dijatuhkan hukuman mati.

Rayuan dibuat namun gagal, dan Charles digantung sampai mati pada 30 Jun 1882, 2 hari sebelum ulangtahun insiden tersebut. Ketika dibicarakan, Charles dikatakan mengalami masalah mental dan bipolar.

Charles mendakwa dia menembak James Garfield kerana kecewa kerana tidak dilantik sebagai Duta ke Perancis.

3. William McKinley

william mckinley 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh 2

Bertempat di Temple of Music di New York pada 6 September 1901, pembunuhan William McKinley, Presiden AS ke-25 berlaku pada jam 4.07 petang ketika beliau menghadiri Ekspo Pan-Amerika.

William telah ditembak sebanyak 2 kali di bahagian perut dari jarak dekat oleh seorang anarkis, Leon Czolosz menggunakan pistol revolver kaliber .32 yang dibalut menggunakan kain.

Tembakan pertama terkena plat metal pada jaket beliau namun tembakan kedua menembusi perutnya. 7 hari kemudian pada 14 September 1901, William disahkan meninggal dunia.

william mckinley 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh

Orang ramai memberkas Leon ketika kejadian berlaku. Kemudian Briged Ke-4, National Guard Signal Corps dan pihak polis masuk campur dan memukul Leon dengan tersangat teruk sehinggakan dia dijangkakan akan mati sebelum dibicarakan.

Seleps dibicarakan selama dua hari, Leon dijatuhkan hukuman mati dan dilakukan dengan menggunakan kerusi elektrik di Penjara Auburn. Tindakan oleh Leon bermotifkan politik namun tak jelas apa hasil yang dia dapat daripada pembunuhan tersebut.

leon czolosz 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh

Pembunuhan William McKinley ini telah menjadi satu sejarah kawalan keselamatan apabila Kongres mengarahkan Perkhidmatan Rahsia untuk melindungi Presiden sebagai sebahagian daripada mandatnya.

4. John F. Kennedy

john f kennedy 4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh

Ketika berada dalam perarakan presiden di Plaza Dealey, Texas pada tengahari 22 November 1963, Presiden ke-35 AS iaitu John F. Kennedy telah ditembak dari arah belakang. Ketika itu, beliau berada di dalam kereta bersama-sama isterinya, Gabenor Texas John Connally dan isteri.

John Connally cedera parah akibat serangan tersebut. Kumpulan motor yang mengiringi mereka kemudiannya bergegas membawa John Kenney ke Hospital Parkland Memorial.

Namun 30 minit selepas tembakan itu, beliau disahkan meninggal dunia disebabkan tembakan tersebut.

4 presiden amerika syarikat yang mati dibunuh

70 minit selepas insiden itu, Lee Harvey Oswald, seorang bekas tentera marin AS telah ditangkap oleh pihak polis Dallas. Lee telah didakwa di bawah undang-undang Texas kerana membunuh Presiden AS dan juga seorang lagi yang juga terbunuh akibat tembakannya, iaitu pegawai polis Dallas, J.D. Tippit.

Pada 24 November 1963, liputan televisyen memaparkan Lee dipindahkan daripada Penjara Daerah Dallas ke ruang bawah tanah Ibu Pejabat Polis Dallas di mana dia ditembak mati oleh seorang pengendali kelab malam di Dallas iaitu Jack Ruby.

Lee Oswald kemudiannya dikejarkan ke hospital yang sama dan mati tak lama selepas itu. Jack Ruby pula disabitkan kesalahan kerana membunuh Lee, dan mati di penjara pada tahun 1967.

Selepas 10 bulan penyiasatan, pihak berkuasa mengesahkan John F. Kennedy dibunuh oleh Lee Oswald yang bertindak bersendirian. Juga, Jack Ruby bertindak bersendirian ketika membunuh Lee.




Hakcipta iluminasi.com (2017)